Izreen Azminda

Pelakon dan model Malaysia

Izreen Azminda Aznam (Jawi: ازرين عزميندا; lahir 30 Ogos 1985) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau ialah bekas peserta Dewi Remaja 2005/2006 dan terkenal dengan peranan lakonan dalam beberapa drama TV termasuk Gerak Khas, Juvana, Kerana Terpaksa Aku Relakan, 7 Suami dan Eksperimen Cinta.[2]

Izreen Azminda
KelahiranIzreen Azminda binti Aznam
(1985-08-30) 30 Ogos 1985 (umur 34)
Kangar, Perlis, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PendidikanDiploma Kewartawanan Integratif
Pusat pendidikanInstitut Media Integratif Malaysia (MIIM)
PekerjaanPelakon, pelawak, pengacara televisyen
Tahun aktif2005–kini
PasanganMuhamad Riza Baharudin (k. 2012; c. 2014)
Muhammad Radzi Abdul Wahid (k. 2017)[1]
AnakMuhammad Adrian Umar (lahir 2013)

Kehidupan peribadiSunting

Izreen dilahirkan pada 30 Ogos 1985 di Kangar, Perlis dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Beliau mempunyai Diploma Kewartawanan Integratif dari Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).

Pada tahun 2012, Izreen berkahwin dengan pengarah televisyen Muhamad Riza Baharudin[3][4] namun perkahwinan mereka tidak kekal lama. Akhirnya pada tahun 2014, Izreen sah bercerai dengan suami beliau.[5][6][7][8] Hasil perkongsian perkahwinan terdahulu, beliau mempunyai seorang anak lelaki yang dilahirkan pada tahun 2013 yang diberi nama Muhammad Adrian Umar.[9][10][11]

KerjayaSunting

Beliau merupakan pengacara bagi rancangan Mahligai Cinta Musim Ketiga[12] dan rancangan Layar Kasih di TVi dan RTM.

Izreen juga merupakan antara 10 peserta rancangan Gempak Superstar yang bermula pada April 2016. Namun, tersingkir pada minggu keempat bersama Raja Ilya. Sebelum ini, Izreen pernah mengambil bahagian dalam pertandingan Dewi Remaja 2005/06 yang turut disertai oleh Intan Ladyana, Scha Al-Yahya dan Zara Zya.

Izreen menjadi bintang utama bersama Beto Kusyairy, Syazwan Zulkifly, Elfira Loy, Naim Danial, Shera Aiyob dan Izzue Islam dalam siri drama Astro Ria Jangan Ambil Padang Kami yang mengisahkan perjuangan dan pengembaraan hidup 7 orang kanak-kanak untuk menyelamatkan sebuah padang bola di kawasan flat mereka daripada dibangunkan oleh peneroka.

Izreen muncul bersama Tony Eusoff dan Soffi Jikan dalam filem aksi Pecah arahan Asrul Hisham Ahmad, adaptasi dari novel karya Khairulnizam Bakeri terbitan Buku FIXI.[13]

Gempak SuperstarSunting

PersembahanSunting

Izreen merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016. Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, beliau menyanyikan lagu:

  1. Minggu 1: "Ikut Rentakku" nyanyian asal Jaclyn Victor
  2. Minggu 2: "Tanpa Kekasihku" nyanyian asal Agnez Mo
  3. Minggu 3: "Cinta Kristal" nyanyian asal Rahim Maarof
  4. Minggu 4: "Potret" nyanyian asal Akim & The Majistret

Carta penyingkiranSunting

Minggu: 1 (10/Apr) 2 (17/Apr) 3 (24/Apr) 4 (1/Mei)
Kedudukan Peserta Keputusan
6 Izreen Kekal ke-3 ke-4 Tersingkir

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2007 Otai A. Razak Mohaideen Filem pertama
Nana Tanjung 2 A. Razak Mohaideen
2013 Pecah Lydia Asrul Hisham Ahmad
2017 Pak Pong Nora Fauzi Nawawi

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Berselindung Di Sebalik Kaabah Maya
Tangisan Langsuir
Mendongak Ke Langit
2012 Nenek Bongkok 3
3 Jumaat Terakhir
Perempuan Itu Ibuku Kamariah
2013 Diari Hatiku
Dia Yang Terpilih Mak Su
2014 Perjalanan
Racun Menantu Jamilah
Homestay Berhantu Mawar
Tingkat Atas Tingkat Bawah Liza
Hanya Di Atas Kertas
2015 5 Kali Cinta Ayuni Reffa
Isteriku Bukan Tukang Masak Dr Astro Maya HD
Jodoh Ke Uolls Indah Halina TV3 khas gabungan antara Hati Perempuan & Kerana Terpaksa Aku Relakan
Cinta Gila Atikah/Ika
Bukan Wanita Sempurna Intan
Laki Aku Drakula
Wan Embong Cempaka
Awaklah Imam Saya
2016 Kolam Cinta
Kau Ilhamku
Kak Marr Raya TV3
Sepahtu Mercun Raya
Suamiku Bukan Tukang Masak
Misiku Sado TV9
2017 Syawal Yang Kuinginkan TV3
Surat Panjang Untuk Mak TV3
Asam Pedas Pewitt Peah TV3
Cinta Latah Shaza TV2
Mahram TV3

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Siaran TV Catatan
2006 Gerak Khas (Musim 8) Minah TV2 Pelakon undangan, episod: "Minah Rewang"
2007 Airmata Maria Ruby TV3 Pelakon undangan
2009 Nenek Kebaya Marini
Gerak Khas (Musim 11) Mona TV2 Pelakon undangan, episod: "Terjerat"
2010 Isabella Shasha
2011 Juvana Cikgu Zakiah TV3
Tentang Dhia Melly
Stanza Cinta
2012 Jangan Ambil Padang Kami Akmar Astro Ria
Suri Kira
Julia Sofia TV3
Metro Skuad (Musim 1) Rina TV2 Peranan ulangan
2013 Cinta Qaseh Maria TV3
Tanggang Ayu Ayu Astro Prima
Sehangat Asmara Mimie Astro Mustika HD
2014 Kerana Terpaksa Aku Relakan Indah Halina TV3
7 Suami Safiyah
2015 Parut Cinta Farina
Eksperimen Cinta Damia Farisha
2016 Kak Marr Asmah
Ahli Mesyuarat Tingkap Ju
Pergilah Air Mata Dayana Dr. Dahari
Lelaki Macam Dia Nur Fatihah Husna Astro Ria
2017 Tukar - Tukar Menu Khatijah/Cat
Pergilah Air Mata Dayana Dr. Dahari Tayangan Khas Raya - 7 Episod
TBA Kesetiaan TBA

TeaterSunting

Tahun Tajuk Watak
2014 Takhta 3 Ratu Puteri Majapahit/Galuh

IklanSunting

Tahun Iklan
2017 P&G

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2013 Anugerah Skrin 2013 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Perempuan Itu Ibuku) Menang
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Watak Jahat Dalam Drama/Filem Popular Dicalonkan
2014 Anugerah Skrin 2014 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Perjalanan) Dicalonkan
2016 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 Aktres Pilihan (Eksperimen Cinta) Dicalonkan
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 Pengacara TV Popular Dicalonkan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Sensasi Popular Dicalonkan

RujukanSunting

  1. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamad (1 Disember 2017). Izreen isteri kedua saya Berita Harian. Dicapai pada 18 Januari 2018.
  2. ^ Izreen Azminda mahu jadi eksklusif - Hiburan Sinar Harian (19 Februari 2017). Dicapai pada 19 Februari 2017.
  3. ^ Izreen Azminda kahwin bukan sebab kecewa dengan Johan As'ari mStar Online (5 Jun 2012). Diperoleh pada 5 Jun 2012.
  4. ^ Izreen Azminda Kahwin 30 Ogos 2012 Malaysian Digest. Dicapai pada 16 Disember 2012.
  5. ^ "Saya belum ceraikan Izreen Azminda" - Suami mStar Online (21 Mei 2014). Dicapai pada 22 Mei 2014.
  6. ^ 11 Jun 2014. Izreen Azminda dan Muhammad Riza sah cerai talak satu Oh Bulan! (11 Jun 2014). Dicapai pada 12 Jun 2014.
  7. ^ Izreen nafi orang ketiga punca cerai Kosmo! (12 Jun 2014). Dicapai pada 13 Jun 2014.
  8. ^ Suami lafaz cerai di lokasi penggambaran Sinar Harian (21 Mei 2014). Dicapai pada 21 Mei 2014.
  9. ^ (TAHNIAH) Izreen Azminda lahirkan anak lelaki Beautifulnara (13 Julai 2013). Dicapai pada 13 Julai 2013.
  10. ^ Anak peluk kaki Izreen ketika berlakon - Hiburan Berita Harian (26 Julai 2016). Dicapai pada 26 Julai 2016.
  11. ^ Zaidi Mohamad (2 Ogos 2015). Izreen Azminda selesa berkawan dengan bekas suami Berita Harian. Dicapai pada 3 Ogos 2015.
  12. ^ 'Kontrak asal memang setahun' Harian Metro (28 Disember 2015). Dicapai pada 18 Januari 2016.
  13. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (7 Januari 2017). "Teruja jayakan filem Pecah". Sinar Harian. Dicapai pada 16 Mei 2018.

Pautan luarSunting