Sehangat Asmara (drama)

Sehangat Asmara adalah merupakan drama adaptasi novel karya Aisya Sofea yang disiarkan di Astro Mustika HD bermula 21 Januari 2013 bagi menggantikan drama Adam & Hawa. Drama arahan Feroz Kader ini disiarkan sebanyak 35 episod. Dibintangi oleh Rita Rudaini, Adi Putra, Shahz Jaszle, Izreen Azminda, dan ramai lagi.

Sehangat Asmara
GenreKonflik
Cinta
Keluarga
Berdasarkan daripada
Sehangat Asmara (novel) karya Aisya Sofea
PenciptaAisya Sofea
Ditulis olehRozie Rashid
Eenaz Mokhtar
PengarahFeroz Kader
Dibintangi oleh
Rita Rudaini
Adi Putra
Shahz Jaszle
Izreen Azminda
Lagu pembukaan"Ratuku" nyanyian Awie & Adira
Lagu penutup"Ratuku" nyanyian Awie & Adira
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod35
Penerbitan
PenerbitZaiton Mohd Jiwa
Tempoh siaran25 Minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Mustika HD
Siaran asal21 Januari 2013 – 9 April 2013
Kronologi
MengikutiAdam & Hawa
Diikuti olehDahlia

Sinopsis sunting

Mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay yang melanjutkan pelajaran di London, bertemu dengan Zainal Arief. Kay seorang gadis yang agak sosial, Zainal telah jatuh cinta dengan Kay dan mahu merubah hidup Kay yang hanya hanyut dalam dunia sosialnya. Mereka berkahwin di luar negara tetapi perkahwinan mereka tak direstui oleh keluarga.

Zainal balik ke Malaysia terlebih dahulu tetapi Zainal menghilangkan diri meninggalkan Kay yang sedang hamil anak mereka di luar negara. Kay sangat rindukan Zainal tetapi suaminya tu tetap tak muncul, Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarganya dan mereka memaksa Kay lupakan Zainal.

Setelah 9 tahun berlalu, anak mereka sudah membesar barulah Zainal muncul untuk menuntut hak sebagai bapa kepada anak perempuan mereka , Misya. Zainal ternampak wajah Kay dan anak perempuan mereka dalam sebuah majalah dan dia tidak menyangka ada seorang anak perempuan. Kay menyimpan dendam pada Zainal dan tak mahu membenarkan Zainal menghampiri Misya kerana meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa khabar berita.

Apabila Zainal mahu membawa kes ke mahkamah barulah Kay lembut hati membenarkan Zainal bertemu anak mereka. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal masih ada perasaan cinta lagi dengan Kay, sedangkan pada ketika itu keluarga Kay mahu Kay berkahwin dengan Azman. Zainal mula meraih cinta dari Kay semula kerana mahukan keluarga yang bahagia dengan Kay dan anak mereka. Misya pula sedah rapat dengan Zainal, demi anak mereka Kay hidup semula dengan Zainal walaupun dia masih lagi berdendam dengan Zainal.

Kay masih tertanya-tanya mengapa lelaki itu meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita. Rahsia terbongkar apabila Kay bergaduh dengan adik Zainal kerana Kay masih menuduh Zainal sebagai lelaki tak bertanggungjawab kerana meninggalkan dia selama ini.

Rupanya Zainal meninggalkan Kay dan pulang ke Malaysia kerana dia telah diugut oleh bapa Kay yang kaya dan berpengaruh. Bapa Kay mengaku akhirnya yang dia menjadi punca Kay dan Zainal berpisah, tetapi bapa Kay sudah insaf dan mahu Kay dan Zainal berbaik semula. Akhirnya Zainal dan Kay hidup bahagia dengan anak mereka Misya.[1]

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon undangan sunting

Rujukan sunting