Amar Baharin
Amar bin Mohd Baharin (lahir 1 Julai 1985)[a] ialah seorang pelakon dan model Malaysia.[1] Beliau memulakan kerjaya seninya sebagai model sambilan dan menyertai program pencarian bakat Anak Wayang pada April 2009.[2] Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Tajul Razin dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.[3] Antara drama terkenal beliau ialah Janji Kekasih, Khurafat The Series, Cik Bunga Encik Sombong, Tersuka Tanpa Sengaja, Kalis Kasih dan Cemburu Seorang Perempuan.[4][5]
Amar Baharin | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Amar bin Mohd Baharin 1 Julai 1985 |
Pendidikan | Kejuruteraan Elektrik |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2008–kini |
Pasangan | Amyra Rosli (k. 2016) |
Anak | 2 |
Kehidupan awalSunting
Amar Baharin dilahirkan pada 1 Julai 1985 di Kajang, Selangor. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik, kepada pasangan Mohd Baharin Amir dan Nor Hayati Abd Aziz.[6] Mempunyai darah kacukan Arab, Thai dan Melayu, Amar bersekolah di SMK Bukit Bandaraya dan Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan. Beliau juga merupakan lulusan jurusan kejuruteraan elektrik di UiTM kampus Shah Alam.[7][8]
KerjayaSunting
Meskipun berkelulusan dalam Kejuruteraan Elektrik di UiTM, Amar Baharin memutuskan untuk memulakan kerjaya sebagai pelakon sepenuh masa. Pada tahun 2008, beliau memulakan kerjaya lakonan profesional menerusi peranan kecil dalam siri drama Sofea Zahra yang bersiaran di Astro Ria.
Pada tahun 2009, Amar menyertai rancangan realiti TV Astro Ria, Anak Wayang di mana beliau merupakan salah seorang pesertanya, menerusi rancangan inilah beliau mengenali Dayana Roza, Feeya Iskandar, Hairi Safwan, Lan Siro, Afzan A. Rahman, Hafiz Halim dan Alex Yanz yang menjadi peserta rancangan itu. Sepanjang bersama Anak Wayang, Amar terpilih membintangi drama Kecuali Cintamu di mana beliau memegang watak sebagai seorang mekanik.
Pada tahun yang sama, Amar melakonkan peranan Ashraf dalam siri drama Kau dan Aku yang diadaptasi dari telenovela Velenzuela, Somos Tu y Yo dan dibintangi oleh bintang Akademi Fantasia, beliau melakonkan kembali peranannya dalam musim kedua siri itu.
Pada tahun 2011, Amar membintangi telefilem pertamanya, Prebet Jamilah 2 yang merupakan kesinambungan daripada telefilem 2010 dengan judul sama yang dibintangi oleh Scha Al-Yahya, juga pada tahun yang sama, beliau bekerja sekali lagi dengan Scha menerusi drama Kelaaas Kau Maria!! dan telefilem Mimi Mencari Cinta.
Amar melakonkan peranan pembantu sebagai Rosman dalam siri drama seram Khurafat The Series yang diadaptasi dari filem Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011) arahan Syamsul Yusof, drama itu dibintangi oleh Zahiril Adzim dan Nora Danish.[9] Beliau juga muncul dalam telefilem Patah Seribu yang dibintangi oleh Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad.
Beliau membintangi dalam telefilem untuk siaran Astro First Eksklusif bertajuk Anugerah Dendam Yang Terindah (2013) arahan Mohd Feroz Abd Kadir dan dibintangi oleh Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa, Amar melakonkan watak sebagai adik bongsu kepada Azman yang bernama Aril, yang menuruti kehendak ibunya, dan kemudiannya ditunangkan dengan Izatul hingga terbabit dalam nahas jalan raya dan lumpuh.
Juga pada 2013, beliau membuat penampilan filem pertamanya menerusi filem sejarah patriotik arahan Shuhaimi Baba bertajuk Tanda Putera yang mana beliau memegang watak sebagai Tengku Razaleigh Hamzah. Ia merupakan satu-satunya filem lakonan beliau di dalam kerjaya lakonannya.
Pada 2014, Amar diberi peranan sebagai Tajul Razin dalam siri drama waktu perdana TV3, Kerana Terpaksa Aku Relakan yang dibintangi bersama Izreen Azminda, diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Umie Nadzimah. Beliau juga muncul dalam beberapa drama lain termasuk Kristal Maya dan Bila Hati Telah Hitam.
Pada tahun berikutnya, Amar terlibat dalam pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang diadaptasi daripada novel 1938 dengan judul sama karya sasterawan Indonesia, Hamka. Juga pada 2015, beliau membintangi drama Tersuka Tanpa Sengaja bersama teman wanitanya ketika itu, Amyra Rosli (kini menjadi isterinya), Emma Maembong dan Hafreez Adam, yang diadaptasi daripada novel 2014 dengan judul sama nukilan Pena Kayu.
Beliau bergandingan bersama Siti Elizad dalam siri drama waktu perdana Astro Ria, Si Kolot Suamiku yang mana beliau memegang watak sebagai Tengku Ehsan. Bagaimanapun, lakonan mesra antara Amar dan Elizad didalam drama itu telah mengundang rasa kurang senang sesetengah penonton kerana status Elizad sebagai isteri orang.
Bermula 2 April 2018, Amar memegang watak utama bersama Mawar Rashid dalam siri drama waktu perdana Kalis Kasih untuk siaran di Slot Samarinda di TV3.
Beliau berlakon di samping isterinya, Amyra dalam drama Cemburu Seorang Perempuan dengan memegang watak sebagai Zikri. Ini merupakan drama pertama lakonan bersama Amar dan Amyra sejak perkahwinan mereka.[10][11][12][13][14] Beliau memegang watak sebagai Romi, seorang pemuda yang bersikap negatif dalam telefilem Jangan Disalahkan Takdir di TV3 lakonan bersama Amar Asyraf yang memegang watak Muhammad, seorang pemuda yang bersikap positif.
Amar kembali aktif di set penggambaran selepas tiga bulan tertangguh akibat pandemik COVID-19, beliau kini menjalani penggambaran drama Ayat-Ayat Halal.[15]
Kehidupan peribadiSunting
Amar mula menjalin hubungan dengan pelakon baharu dalam bidang lakonan, Amyra Rosli ketika sama-sama membintangi drama Suamiku Encik Sotong.[16] Mereka pertama kali bekerja sama dalam drama Kalimah Jiwa, diikuti oleh Tersuka Tanpa Sengaja. Mereka bertunang pada 22 Julai 2016[17][18] dan berkahwin pada 11 November.[19] Pada 15 Oktober 2017, Amar dan Amyra dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aqeef Anaqi Amar. Pada 2 Februari 2020, mereka dikurniakan anak kedua, iaitu seorang anak perempuan.[20] Pada 8 Februari, Amar dan Amyra menamakan bayi perempuan mereka Ayra Arissa, mereka juga turut mendedahkan wajah puteri mereka buat pertama kali menerusi akaun Instagramnya.[21]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Tanda Putera | Tengku Razaleigh Hamzah | Shuhaimi Baba | Filem pertama |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Sofea Zahra | Astro Ria | ||
2009 | Kau dan Aku (Musim 1) | Ashraf | ||
2010 | Geng Surau | Daud | Astro Oasis | |
Mayang Mengurai | Khalif | TV3 | ||
Kau dan Aku (Musim 2) | Ashraf | Astro Ria | ||
Janji Kekasih | Azmi | TV3 | ||
2011 | Laila Manja | Manja / Malik | ||
Terowong | Lan | Episod: "Alam Lain" | ||
Mimi Mencari Cinta | Haziq | Astro Warna | ||
Kelaaas Kau Maria | Astro Ria | |||
Darling | Za Poyo | Astro | ||
Khurafat The Series | Rosman | Astro Ria | ||
Tanah Kubur (Musim 1) | Astro Oasis | Episod: "Syurga Bonda" | ||
2012 | Geng Surau Musim 2 | Daud | Astro Oasis | |
Atas Nama Cinta | Andi | TV3 | ||
Naziha | Akmal | TV3 | ||
Sirrun | TV9 | dibatalkan | ||
Teksi Merah Jambu | Aliff | TV1 | ||
2013 | Demi Dia | Nazri | TV3 | |
Cikgu Kemisah Kirkby | Nizam | TV2 | ||
Nur Khalifah | Yusuf | TV2 | ||
Sehangat Asmara | Rudy | Astro Mustika HD | ||
Bangkitnya Seorang Perempuan | Luqman | TV3 | ||
Tanggang Ayu | Khalid | Astro Prima | ||
Tanah Kubur (Musim 6) | Farid | Astro Oasis | Episod: "Dosa Karib" | |
Mencintaimu | Rizuan | TV2 | ||
2014 | Kerana Terpaksa Aku Relakan | Tajul Razin | TV3 | |
Pelangi Petang | Farid | TV1 | ||
Kalimah Jiwa | Afiq | TV3 | ||
Dan Calonnya Adalah: Episod 20 | Kamil | Tonton | ||
Kristal Maya | Syukri | TV3 | ||
Tanah Kubur (Musim 12) | Azmin | Astro Oasis | Episod: "Hati Hitam" | |
Suamiku Encik Sotong | Tengku Izhan | Astro Ria | ||
2015 | Bila Hati Telah Hitam | Ustaz Syafik | Astro Oasis | Episod: "Riak" |
Cik Bunga dan Encik Sombong | Harris Isqandar | Astro Prima | ||
Alif Imani | Rafiq | TV9 | ||
Sayap Jibril: Melangkau Jibril | Adib | Astro Oasis | ||
Tersuka Tanpa Sengaja | Dr. Syed Arif | Astro Ria | ||
2016 | Akadku Yang Terakhir | Irham Zahri | Astro Prima | |
Si Kolot Suamiku | Kudin/Tengku Emran | Astro Ria | ||
2017 | Jadikan Aku Yang Kedua | Thaqif Aswad | Astro Oasis | |
Masam Manis Param | Astro Ria | |||
Cinta Di Langit Cardiff | Ashraf | TV2 | ||
2018 | Ketika Cinta Merintih | |||
Mr London Ms Langkawi | Ijam | Astro Warna | ||
Kalis Kasih | Khair | TV3 | ||
Solat: Maafkan Aku Tuhan | Akhbar | TV3 | ||
2019 | Detak Cinta Stetoskop | Dr Razlan | TV Okey | |
Jodoh-Jodoh Annisa | Rizal | Astro Prima | ||
Cinta Yang Kurasa | Mir Shariman | TV2 | ||
Cemburu Seorang Perempuan | Zikri | Astro Ria | ||
2020 | Ayat- Ayat Halal | Ebrahim Al Farez | TV1 |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011 | Ekspress Dania | Sharkawi | Astro Ria |
Prebet Jamilah 2 | |||
InsyaAllah | Astro Oasis | ||
2012 | Patah Seribu | Sun Khai | Astro Ria |
Getaran Jiwa | Amar | TV1 | |
Mencintaimu | Zaim | TV | |
Kerana Dia Anakku | Badrul | TV3 | |
Jambatan ke Syurga | Zaki | Astro Oasis | |
Pontianak Masih Beraya Di Kg Batu | Amran | Astro | |
Pelesit | Kamal | Astro Ria | |
2013 | Ramadhan Jangan Ambil Nyawaku | Johari | TV1 |
Anugerah Dendam Yang Terindah | Aril | Astro First Eksklusif | |
Aku Bukan Malaikat | TV3 | ||
Jihan Tak Nak Balik Beraya | Emir | Astro Ria | |
2014 | Cinta Kapcai | Roslan | TV1 |
Abang Samseng Jemur Kain | TV3 | ||
Nur Syuhada | Sahir | TV AlHijrah | |
Alahai Abah | Azrul | TV2 | |
Sesuci Cintamu | Azman | TV1 | |
2015 | Shopaholic | Astro Box Office | |
Bila Hujan | TV2 | ||
Hujan Pagi | Busu | Astro Prima | |
Jodoh Ke Uolls | Tajul Razin | TV3 | |
Aku Nak Kahwin Raya Ni | Mahmud | Astro Ria | |
Cik Bunga Encik Sombong Beraya Bertiga | Harris Isqandar | Astro Prima | |
Pengantin 3 Jam | Rizman | Astro Ria | |
Jalan Singkat Ke Syurga | AJ | Astro Oasis | |
2016 | Tersuka Tanpa Sengaja Raya | Dr. Syed Arif | Astro Ria |
Akadku Yang Terakhir Raya | Irham Zahri | Astro Prima | |
Usetat | Paan | TV2 | |
2017 | Hanya Aku | Iqram / Malik | TV3 |
Mat Kental | |||
Dalam Dakapan Bidadari | Murshid | ||
Pentas Haiwan | Astro Citra | ||
Aku Mahu Hidup | Astro | ||
2018 | Daffodil Lara | Hairi | TV2 |
Bebaskan Anak Kita | Razak | TV3 | |
Janin | Astro Citra | ||
2019 | Jangan Salahkan Takdir | Romi | TV3 |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Anak Wayang | Peserta | Astro Ria | |
2011 | Terokai Korea Bersama Air Asia X | Dirinya sendiri | Astro Ria | |
2013 | Siti Ooo... Som | Dirinya sendiri | Astro Ria | |
2013–2014 | Betul ke Bohong? | Astro Warna | Musim 4 & Musim 5 (Ep 11 & Ep 9) Game Show | |
2014 | Bikin Panas | TV9 | ||
2015 | Diva | TV9 | Musim 1 | |
Karok La Kau | Astro | |||
Ketuk-Ketuk Ramadhan | RTM TV1 | |||
Tunggu Sekejap | TV3 | |||
2016 | Dapur 2 Pintu | Astro Prima | ||
2017 | Projek Theme Park | Astro Ria | Musim 1 | Ep 7 |
The Adventures of Aqeef AmyrAmar | Astro Ria | |||
2018 | Jom Berbuka | Dirinya sendiri | TV3 |
TeaterSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Rujukan |
---|---|---|---|
2013 | Akulah | Peguam | [22] |
2015 | Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck | Zainuddin | [23] |
2016 | Zombie LaLaLa | Z-Capt Cook | [24] |
DokumentariSunting
Tahun | Tajuk | Penerbit | Catatan |
---|---|---|---|
2014 | Pemeriksaan Awal Kanser Mulut | Kementerian Kesihatan Malaysia | Dokumentari pendek |
Iklan komersialSunting
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2015 | Anugerah MeleTOP Era 2015 | Pelakon TV MeleTOP | N/A | Tercalon |
Anugerah MeleTOP Era 2015 | Drama TV MeleTOP | Kerana Terpaksa Aku Relakan | Tercalon | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 | Pelakon TV Lelaki Popular | N/A | Tercalon | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 | Gandingan Serasi di Layar (bersama Izreen Azminda) | N/A | Tercalon | |
Anugerah Melodi 2014 | Artis Lelaki Pilihan | N/A | Tercalon | |
Anugerah Buku Negara 2015 | Anugerah Telenovela 2015 Kategori Artis Lelaki | Amar Baharin (Cik Bunga Encik Sombong) | Tercalon | |
2016 | Anugerah MeleTOP Era 2016 | Pelakon TV MeleTOP | N/A | Tercalon |
2016 | Anugerah MeleTOP Era 2016 | Drama TV MeleTOP | Cik Bunga Encik Sombong | Tercalon |
2016 | Anugerah Seri Angkasa 2016 | Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik | Amar Baharin (Hujan Pagi) | Tercalon |
2017 | Malam Throwbaek Drama | Hero Throwbaek | Amar Baharin (Si Kolot Suamiku) | Tercalon |
2017 | Malam Throwbaek Drama | Kapel Throwbaek | Amar Baharin & Siti Elizad | Tercalon |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Pelakon TV Lelaki Popular | Amar Baharin | Tercalon |
CatatanSunting
- ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan penyanyi Allahyarham Achik Spin yang tiga lebih tua daripadanya.
RujukanSunting
- ^ Sudirman Mohd Tahir (25 Mac 2016). Amar tidak terkilan Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2016.
- ^ Senarai Nama 25 Peserta Anak Wayang Astro Sensasi Selebriti (29 Mei 2009). Dicapai pada 24 Ogos 2015.
- ^ Ardini Sophia Sina (10 April 2016). Seni lakon, suara serentak Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2016.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (22 Disember 2018). Amar Baharin hadapi risiko Harian Metro. Dicapai pada 28 Jun 2019.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (24 Jun 2018). Amar Baharin tak mahu sekadar asal boleh Berita Harian. Dicapai pada 2 Julai 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (19 Julai 2016). Menanti detik disatukan Harian Metro. Dicapai pada 28 Jun 2017.
- ^ Biodata Amar Baharin Melvister. Dicapai pada 30 Ogos 2014.
- ^ Rezeki lakonan melimpah ruah Harian Metro. Diperoleh pada 24 Ogos 2015.
- ^ Abdul Aziz Itar (11 Julai 2011). Khurafat The Series yakin lulus LPF Utusan Malaysia. Diperoleh pada 21 Julai 2011.
- ^ Farhana Ab Rahman (8 Julai 2019). Amar, Amyra letak syarat jadi suami isteri dalam drama Berita Harian. Dicapai pada 4 Julai 2020.
- ^ Farhana Ab Rahman (28 November 2019). Saya tak boleh lebih-lebih - Amar Baharin Berita Harian. Dicapai pada 4 Julai 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (27 November 2019). Amar tabik dengan lakonan Amyra Harian Metro. Dicapai pada 4 Julai 2020.
- ^ Zaidi Mohamad (8 Ogos 2015). Sandiwara cinta Amyra Rosli, Amar Baharin? Berita Harian. Dicapai pada 9 Julai 2016.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (5 Jun 2015). Amar, Amyra bukan kekasih Berita Harian. Dicapai pada 9 Julai 2015.
- ^ Vivien Lim (19 Jun 2020). Actor Amar Baharin is happy he doesn't need to shoot intimate scenes The Star Online. Dicapai pada 2 Julai 2020.
- ^ Tahir Alhamzah (12 Ogos 2016). Amar Baharin: All in the family New Straits Times. Dicapai pada 12 Ogos 2016.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (28 Julai 2016) Hidup makin ceria dan indah Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2016.
- ^ Rudy Imran Shamsuddin (22 Julai 2016). Amar, Amyra selamat bertunang Harian Metro. Dicapai pada 28 Jun 2017.
- ^ Kemalia Othman (11 November 2016). Amar Baharin & Amyra Rosli Akhirnya Bergelar Suami-Isteri mStar. Dicapai pada 11 November 2016.
- ^ Najiy Jefri (1 Februari 2020). Amar, Amyra dapat anak kedua Harian Metro. Dicapai pada 2 Februari 2020.
- ^ Ayra Aryssa nama pilihan puteri Amyra Rosli, Amar Baharin Astro Gempak. 8 Februari 2020. Dicapai pada 2 Julai 2020.
- ^ Teater cabar wibawa Amar Harian Metro. Dicapai pada 27 November 2014.
- ^ Amar Baharin galas tugas berat Era FM. Dicapai pada 27 November 2016.
- ^ Amar nafi pantang dikritik Harian Metro. Dicapai pada 27 Disember 2015.