Alif Imani ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Keoi Haji Khalid, dibintangi oleh Fezrul Khan, Fasha Sandha, Amar Baharin dan Ummi Nazeera.[1][2] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Ratu TV9 bermula 13 November 2015 hingga 22 Januari 2016.

Alif Imani
GenreCinta, konflik, keluarga
Ditulis olehWan Mahani Wan Hassan
PengarahKeoi Hj Khalid
Dibintangi oleh
Fezrul Khan
Ummi Nazeera
Fasha Sandha
Amar Baharin
Lagu pembukaan"Dahsyat" oleh Mojo
Lagu penutup"Dahsyat" oleh Mojo
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
PenerbitRosyam Nor
Runika Mohd Yusof
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar1080p (HDTV)
Siaran asal13 November 2015 – 22 Januari 2016

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[3]

Sinopsis sunting

Alif Imani mengisahkan mengenai, Imani (Ummi Nazeera), gadis yang dibesarkan di rumah anak yatim mula mendapat sinar bahagia apabila dia diambil Suri (Fasha Sandha) untuk menjadi sebahagian daripada keluarganya. Suri, sudah berkahwin dengan Alif (Fezrul Khan) mula dirundung duka apabila disahkan menghidap penyakit jantung yang serius.

Kerana tahu hidupnya bila-bila saja boleh terhenti, Suri perangkap Imani dan Alif agar mereka bernikah. Imani dan Alif telah ditangkap basah, Suri meluahkan keizinannya agar Alif bernikah dengan Imani, mereka berdua terpaku tidak percaya dengan permintaan Suri. Aliff menolak kerana dia tidak mahu melukakan Suri dan tidak cintakan Imani. Imani juga tidak mahu menikah dengan suami kakak angkat yang amat disayanginya itu.

Biarpun dia anak yatim, dia berhak untuk memilih hidup sendiri. Tapi nasihat daripada Suri merelakan perkongsian kasih mereka, membuatkan Imani tidak berdaya lagi menolak permintaan Suri.

Dua bulan perkahwinan, Imani dan Alif merupakan waktu paling terseksa bagi Imani. Alif melayannya bagaikan sampah, menghinanya setiap kali balik ke rumah dan langsung tidak menyentuhnya. Alif menuduh Imani sengaja memerangkapnya kerana cemburu dengan Suri dan mahu mengikis hartanya.

Alif sengaja melakukan pelbagai perkara untuk menyakitkan hati Imani tetapi Imani tetap taat dan akur sehinggalah satu hari dia tekad untuk melarikan dirisetelah permintaan untuk diceraikan Aliff tidak ditunaikan.

Sehinggalah Aliff mengetahui kebenaran daripada Suri sendiri, yang mahu Imani mengganti tempatnya untuk menjaga Zurin, satu-satunya anak mereka. Alif kesal dengan sikapnya yang kejam terhadap Imani yang ternyata tidak bersalah.

Alif cuba untuk mencari Imani tetapi gagal mengesannya lebih-lebih lagi apabila terpaksa menjaga Suri hinggalah setahun kemudian Suri meninggal dunia. Kerana dua wanita itu, Alif hidup menderita selama tiga tahun. Selama itu jugalah dia mencari Imani tapi hampa.

Tiga tahun berlalu, Imani bersyukur setelah tamat pengajian, dia ditawarkan untuk berkerja disebuah butik miilik Dato’ Rohani. Perwatakan manis Imani yang sentiasa tenang dan tersenyum telah mencuri hati Rafiq (Amar Baharin), yang juga anak kepada Dato’ Rohani. Rafiq telah beberapa kali melamar Imani tetapi Imani memberi alasan yang dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki.

Bukan dia tidak terpikat dengan ketampanan dan kebaikan Rafiq, cuma hatinya masih terikat dengan Alif kerana dia masih isteri Alif. Adakah Iman perlu mengorban rasa cintanya terhadap Rafiq sekali lagi dek kerana kisah silamnya bersama Alif?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

  • Shakilla Khoriri sebagai Nadia
  • Amanda Hariz sebagai Zurin
  • Raja Ema sebagai Dato Rohani
  • Aripah Damanhuri sebagai Saleha
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Faridah
  • Afique Hussain sebagai Razak
  • Faiez Affandi sebagai Faris
  • Sasqia Dahuri sebagai Intan
  • Emma Akma Yunus sebagai Rosnah
  • Abdul Rashid Jaafar sebagai Pak Long
  • Zulkifli B. Mohd Salleh sebagai Basri
  • Lynda Bangs sebagai Wani
  • Syed Faris Syed Ahmad Kamarul sebagai Pudin
  • Fiq Panther sebagai Zul

Penerbitan sunting

Penggambaran mengambil masa 45 hari di Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang.[4]

Siaran sunting

Asalnya dijadualkan untuk tayangan pada 16 Oktober 2015, Alif Imani memulakan tayangan perdana secara rasmi pada 13 November 2015.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Zaidi Mohamad (16 November 2015). Korban cinta Alif Imani di Slot Ratu TV9 Berita Harian. Dicapai pada 16 Februari 2016.
  2. ^ Budiey (12 November 2015). Sinopsis drama bersiri Alif Imani lakonan Ummi Nazeera dan Fezrul Khan Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 Februari 2016.
  3. ^ Alif Imani (2015–2016): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 7 Jun 2018.
  4. ^ a b Syed Mussaddad Syed Mahdi (20 September 2015). "Alif Imani penuh emosi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-22. Dicapai pada 21 Disember 2015.