Sasqia Dahuri

Pelakon wanita Malaysia

Nurlisasqia Ahmad Dahuri (Jawi: نرليسثكي بنت احمة داحوري; lahir 7 Mei 1985) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1] Beliau mula aktif menceburi bidang lakonan sejak 2008 dan terkenal dengan watak-watak antagonis.[2][3]

Sasqia Dahuri
Kelahiran
Nurlisasqia binti Ahmad Dahuri

(1985-05-07) 7 Mei 1985 (umur 38)
PendidikanPengurusan Pemasaran
Pusat pendidikanUniversiti Multimedia (MMU)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2008–2019, 2021
Ketinggian1.77 m (5 ka ​9 1116 in)
PasanganMuhammad Asyraff Khan Baharudin Khan (k. 2018)

Kehidupan awal sunting

Sasqia dilahirkan pada 7 Mei 1985 di Pasir Mas, Kelantan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga orang beradik dan mempunyai ketinggian 177cm serta berdarah kacukan Thai-Melayu. Sasqia berkelulusan dalam bidang Pengurusan Pemasaran di Universiti Multimedia Malaysia (MMU). Selain itu, beliau juga banyak terbabit dalam bidang peragaan di awal penglibatannya dalam dunia glamor.[4]

Kerjaya sunting

Kemunculan pertama Sasqia dalam bidang lakonan ialah menerusi dua filem lakonannya pada 2011—Senario Ops Pocot arahan Ismail Bob Hasim, kemudian diikuti oleh filem Kongsi arahan Farid Kamil. Bagaimanapun, beliau terpaksa berundur seketika daripada dunia seni sambil menyatakan belum cukup bersedia berdepan dengan kehidupan sebagai artis pada waktu itu.

Drama pertama lakonan Sasqia ialah Manis yang disiarkan di Astro Ria. Beliau kemudiannya ditawarkan watak antagonis bernama Gina dalam drama Ayuni Safira pada 2014. Drama pertama selepas kemunculan semula beliau mendapat maklum balas yang baik daripada penonton. Begitu juga keadaannya apabila beliau diberi peluang sekali lagi membawakan watak antagonis dalam drama Cik Bunga Encik Sombong.[5]

Peluang sebegitu tidak dilepaskan kerana misinya mahu membuka mata khalayak tentang kemampuan lakonannya. Beliau sekali lagi muncul dengan watak antagonis bernama Tina dalam drama Dhia Sofea.[6] Sasqia menjayakan peranan sebagai Felisha, bekas kekasih kepada Iskandar dalam siri telenovela Astro Ria, Lara Aishah yang dibintangi oleh Fasha Sandha dan Nazim Othman.[7]

Sasqia juga muncul dalam filem fantasi pendek arahan Feisal dan Iskander Azizuddin, Through The Forest yang dikeluarkan pada 25 Disember 2016, beliau memegang watak sebagai Fia. Pada tahun 2017, beliau membintangi drama kepolisan Gerak Khas menerusi episod dua bahagian, "Love Scam" di TV2, beliau memegang watak sebagai Sofia, seorang pengusaha butik fesyen.

Sasqia bersama pelakon Zul Ariffin dan Elizabeth Tan membintangi filem seram thriler, Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof yang ditayangkan pada 21 Februari 2019. Beliau memegang watak sebagai Dilaila kedua dan Inspektor Farah.[8]

Kehidupan peribadi sunting

Sasqia mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Syarnissa (lahir 1989) yang menghidap penyakit saraf mata dan seorang adik lelaki yang dilahirkan pada 1993. Dalam temuramah bersama Harian Metro pada 24 Ogos 2017, beliau berkata pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarganya bagi merawat penyakit adiknya, namun Syarnissa terus hilang penglihatan secara perlahan-lahan.[9]

Sasqia bertunang dengan usahawan hartanah, Muhammad Asyraff Khan Baharudin Khan yang berasal dari Singapura pada 22 Januari 2018.[10] Pasangan Sasqia dan Asyraff diijabkabulkan pada 16 Disember 2018.[8]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Senario The Movie Ops Pocot Ann Filem pertama
Kongsi Sara
2016 Through The Forest Fia Filem pendek
2019 Misteri Dilaila Dilaila II/Inspektor Farah

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Manis Seri Astro Ria Drama pertama
2015 Dendam Semalam Lily TV3
Ayuni Safira Geena TV9
Cik Bunga Encik Sombong Erny Humairah Astro Prima
Mencintaimu Aimi TV3
Dhia Sofea Tina
Alif Imani Intan TV9
Aku Pilih Kamu Isabel TV3
2016 Pujaan Hati Umi Safiya TV9
Satu Cinta Airin TV1
Lara Aishah Felisha Astro Prima
Abang Bomba I Love You Suzana Astro Ria
The Spooky Adventures of Ilham & Gaffran Gadis
2017 Gerak Khas (Musim 17) Sofiya TV2 Episod: "Love Scam"
Fatin Episod: "Desperado"
Misteri Wan Peah Cik Siti TV3
Kias Ramadan Amy Episod: "Merisik Kasih"
Cinta Hati Batu Farisha
Khabar Dari Casablanca Filzah TV2
Ops Cinta Din Sardin Suraya TV9
Jurnal Suraya Niesha TV3
2018 Gerak Khas (Musim 18) Sally TV2 Pelakon undangan
Cinta Koko Coklat Zara ntv7
Misteri Jenazah Afifah Astro Prima Episod: "Tangisan Jenazah"
2019 Kerana Dia Manusia Biasa Nora / Yasmin TV3
Ripin Mugha Batu Marini TV2
2021 Cinta Untuk Raf Dr. Orked Huwaina TV1

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Saluran TV
2016 Sepahtu Reunion Live Astro Warna
Dalang Prank
2020 Rezeki Dari Rumah TV Okey

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Gugurl Propa Sheila HyppTV
2016 Sepahtu Cinta Plastik Aleysa Astro Ria
Perempuan Disarung Ungu Siti
Pulangkan Syawalku Mariana TV1
Kau Aku Kita Raya Ika TV3
2017 Pergilah Cinta Rania
2018 Andai Ku Cinta Lagi Melena TV2
Lalang Rohana TV1
2019 Kecoh Malam Raya Safia
Orang Gaji Puaka Sara Astro Citra
2020 Tuan Petri Saadong Cik Siti Wan Kembang
Karya Yang Hilang Mariah TV1

Rujukan sunting

  1. ^ Profil Sasqia Dahuri Babab.net. Dicapai pada 3 April 2017.
  2. ^ Syafaat, Amirah Amali (6 September 2015). "Sasqia Dahuri ada strategi kukuhkan nama". Utusan Malaysia. Dicapai pada 6 September 2015.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (21 September 2015). "Bintang Sasqia mula bersinar". Harian Metro. Dicapai pada 22 September 2015.
  4. ^ Syafil Wyazwan Jefri (1 Disember 2016). Bangga bakat dihargai Harian Metro. Dicapai pada 8 April 2017.
  5. ^ Norhidayyu Zainal (16 Mei 2017). Sasqia Dahuri: Saya puas jadi jahat Sinar Harian. Diperoleh pada 26 April 2018.
  6. ^ Alif Fadli Mohd. Sori (2 Mei 2017). "Sasqia Dahuri suka watak 'jahat'". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 April 2018.
  7. ^ Siti Athirah Dzulkifly (29 Mei 2016). "Antara status & prinsip". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 April 2018.
  8. ^ a b Zaidi Mohamad (16 Disember 2018). Sikap ambil berat Sasqia tawan hati Asyraf Berita Harian. Dicapai pada 19 Disember 2018.
  9. ^ Nor Akmar Samudin (24 Ogos 2017). Sasqia tidak terlalu memilih Harian Metro. Dicapai pada 24 Ogos 2017.
  10. ^ Nur Asyikin Mayudin (22 Januari 2018). Sasqia bertunang selepas 5 bulan berkenalan mStar Online. Dicapai pada 8 April 2018.

Pautan luar sunting