Jajahan Pasir Mas

(Dilencongkan dari Pasir Mas)

Pasir Mas ialah sebuah jajahan daripada 11 buah jajahan yang terdapat dalam negeri Kelantan. Ia bersempadan dengan Jajahan Kota Bharu di sebelah timurnya dan Jajahan Tumpat di sebelah utaranya. Ia juga bersempadan dengan negara Thailand di sebelah barat dan di sebelah selatan bersempadan dengan Jajahan Tanah Merah. Seluas 3.9 peratus daripada keluasan negeri Kelantan ialah keluasan Pasir Mas atau 57,800 hektar.

Pasir Mas
Jajahan Pasir Mas
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiڤاسير مس
 • Tulisan Cina巴西马县
 • Tulisan Thaiปาซีร์มัซ
Bendera bagi Pasir Mas
Official seal of Pasir Mas
Jata
Lokasi Jajahan Pasir Mas di Kelantan
Lokasi Jajahan Pasir Mas di Kelantan
Map
Pasir Mas yang terletak di Malaysia
Pasir Mas
Pasir Mas
Lokasi Jajahan Pasir Mas di Malaysia
Koordinat: 6°2′N 102°8′E / 6.033°N 102.133°E / 6.033; 102.133Koordinat: 6°2′N 102°8′E / 6.033°N 102.133°E / 6.033; 102.133
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
KerusiP022 Pasir Mas
P023 Rantau Panjang
Kerajaan kawasan tempatanMajlis Daerah Pasir Mas
Kerajaan
 • Ketua Jajahan &
Yang Dipertua Daerah
Hazmi bin Abdul Hamid[1]
Luas
 • Jumlah570 km2 (220 batu persegi)
Penduduk
 (2022)[3]
 • Jumlah233,400
 • Kepadatan410/km2 (1,100/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Not observed)
Poskod
  • 17000
  • 17010
  • 17020
  • 17050
  • 17060
  • 17200
Kod panggilan+6-09
Plat pendaftaran kenderaanD
Laman webptjpm.kelantan.gov.my
mdpmas.kelantan.gov.my

Sebelum Jajahan Pasir Mas diwujudkan, ia merupakan sebahagian daripada Jajahan Kota Bharu. Walau bagaimanapun setelah dipersetujui bersama, Jajahan Pasir Mas telah diasingkan pada tahun 1918 dan diletakkan dibawah pentadbiran sendiri di bawah Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Pada waktu itu, Ketua Jajahan Pasir Mas yang pertama telah disandang oleh Encik Jaafar yang memegang jawatan selama satu tahun.

Penduduk sunting

Jumlah penduduk di jajahan Pasir Mas ialah 189,292 orang (banci 2010). Penduduk Melayu sebanyak 90%, Cina 5%, India 1% dan lain-lain 4%.

Projek DiRaja sunting

Fail:Kelapa wangi.jpg
Kelapa Wangi.

Projek DiRaja Tanaman Kelapa Wangi ialah hasil daripada ilham dan cadangan DYMM Raja Perempuan Kelantan selaku Penasihat kepada Projek DiRaja Kelantan. Projek ini merupakan projek pertama yang dilancarkan di Negeri Kelantan pada awal 2001

Sebidang tanah seluas 12.8 ha (31.55 ekar) telah diusahakan di Kampung Gual Mesa, Mukim Apam, Jajahan Pasir Mas yang terdiri daripada tanah kerajaan dan keadaan tanah tersebut pada masa itu adalah terbiar dan ditenggelami air.

Kerja-kerja pembangunan projek ini telah dijalankan bersama oleh jabatan dan agensi kerajaan terutama daripada jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian serta juga pihak swasta kerana tiada peruntukan wang khusus disediakan bagi melaksanakan projek ini. Kerja-kerja penyediaan plan tataatur telah disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan desa dengan nasihat teknikal diberikan oleh Jabatan Pertanian. Komponen projek terdiri daripada tapak tanaman kelapa wangi, tapak tanaman sayur-sayuran, kolam ikan, reban ternakan ayam, rumah peserta, tapak gerai jualan, pejabat dan jalan ladang.

Seramai 8 peserta telah diambil daripada mereka yang terdiri daripada golongan rakyat termiskin yang menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk melayakkan mereka mendapat bantuan rumah PPRT(Program Pembangunan Rakyat Termiskin). Peserta dan keluarga akan ditempatkan di dalam kawasan projek dengan diberi kemudahan rumah dan kawasan ladang untuk menjalankan aktiviti pertanian yang telah diatur oleh pihak pengurusan.

Kerja-kerja menyediakan tapak telah dimulakan pada 28 Oktober 2000 dan kelapa wangi telah dicadangkan sebagai tanaman utama di samping tanaman sampingan dan aktiviti pertanian yang lain. Majlis Pelancaran oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan telah diadakan pada 29 Oktober 2000.

Mukim sunting

  1. Mukim Alor Buloh
  2. Mukim Alor Pasir
  3. Mukim Apa-Apa
  4. Mukim Apam
  5. Mukim Bakong
  6. Mukim Bechah Menerong
  7. Mukim Bechah Palas
  8. Mukim Bechah Semak
  9. Mukim Bukit Tuku
  10. Mukim Chetok
  11. Mukim Gelam
  12. Mukim Gua
  13. Mukim Gual Nering
  14. Mukim Gual Periok
  15. Mukim Jabo
  16. Mukim Jejawi
  17. Mukim Kangkong, Kelantan
  18. Mukim Kala
  19. Mukim Kasa
  20. Mukim Kedondong
  21. Mukim Kenak
  22. Mukim Kerasak
  23. Mukim Kiat
  24. Mukim Kuala Lemal
  25. Mukim Kubang Batang
  26. Mukim Kubang Bemban, Kelantan
  27. Mukim Kubang Gatal
  28. Mukim Kubang Gendang
  29. Mukim Kubang Ketam
  30. Mukim Kubang Sepat
  31. Mukim Kubang Terap
  32. Mukim Lalang
  33. Mukim Lubok Anching
  34. Mukim Lubok Gong
  35. Mukim Lubok Kawah
  36. Mukim Lubok Tapah
  37. Mukim Lubok Setol
  38. Mukim Meranti
  39. Mukim Padang Embon
  40. Mukim Paloh
  41. Mukim Rantau Panjang
  42. Mukim Sakar
  43. Mukim Tasik Berangan
  44. Mukim Teliar
  45. Mukim Tendong
  46. Mukim Tok Sangkot
  47. Mukim Tok Uban
  48. Mukim Kuala Kelar
  49. Bandar Pasir Mas
  50. Pekan Rantau Panjang
  51. Mukim Alor Mengkuang

Bandar dan Pekan sunting

Pusat beli-belah dan Pasaraya sunting

  • Pasar Besar Bandar Tasek Raja
  • Emporium MYDIN Rantau Panjang
  • Plaza Serakai Mas
  • Pasaraya PKT Tendong
  • Pasaraya Pantai Timor Pasir Mas
  • Pasaraya Pantai Timor Rantau Panjang
  • the ZON Duty-Free
  • Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang
  • Pasaraya Pantai Timor Mart Bandar Baru Lubuk Jong
  • Pasaraya Salamku Tendong

Institut Pengajian sunting

  • Sekolah Rendah di daerah Pasir Mas
  1. Sekolah Kebangsaan Bakong
  2. Sekolah Kebangsaan Banggol Chicha
  3. Sekolah Kebangsaan Banggol Petai
  4. Sekolah Kebangsaan Baroh Pial
  5. Sekolah Kebangsaan Bayu Lalang
  6. Sekolah Kebangsaan Bechah Durian
  7. Sekolah Kebangsaan Bendang Pauh
  8. SK BUKIT PERAH
  9. SK BUNUT SUSU
  10. SK CHABANG TIGA CHETOK
  11. SK CHETOK
  12. SK CHICHA TINGGI
  13. SK GELANG MAS
  14. SK GUAL PERIOK
  15. SK GUAL SITOK
  16. SK GUAL TO DEH
  17. SK KAMPONG BARU
  18. SK KANGKONG
  19. SK KEDAI TANJONG
  20. SK KEDONDONG
  21. SK KELAR
  22. SK BECHAH KELUBI
  23. SK KEPAS
  24. SK KOK PAUH
  25. SK KUBANG CHENOK
  26. SK KUBANG KUAU
  27. SK LATI
  28. SK LEMAL
  29. SK LUBOK SETOL
  30. SK MEKASAR
  31. SK MERANTI
  32. SK PANGKAL KALA
  33. SK DATO ABDUL HAMID (1)
  34. SK PENGGU
  35. SK RANTAU PANJANG
  36. SK TANJONG BUNGA
  37. SK TANJONG CHENAK
  38. SK OTHMAN TALIB (1)
  39. SK SRI KIAMBANG
  40. SK TOK SANGKUT
  41. SK TO UBAN
  42. SK RAHMAT
  43. SK DATO ABDUL HAMID (2)
  44. SK OTHMAN TALIB (2)
  45. SK SULTAN IBRAHIM (3)
  46. SK SULTAN IBRAHIM (4)
  47. SK PENDIDIKAN KHAS KELANTAN
  48. SK GUAL TINGGI
  49. SK BUKIT JARUM
  50. SK SRI RANTAU PANJANG (1)
  51. SK SRI RANTAU PANJANG (2)
  52. SK SULTAN IBRAHIM (1)
  53. SK SULTAN IBRAHIM (2)
  54. SJK (C) KHAY BOON
  55. SJK(C) YOK ENG
  56. SJK(C) POY HWA
  • Sekolah Menengah di daerah Pasir Mas
  1. SMK CHETOK
  2. SMK BUNUT SUSU
  3. SMK KANGKONG
  4. SMK TENGKU PANGLIMA RAJA
  5. SMK MERANTI
  6. SMK (P) PASIR MAS
  7. SMK TENDONG
  8. SMK TO UBAN
  9. SMK TIANG CHANDI
  10. SMK SULTAN IBRAHIM (2)
  11. SMK GUAL PERIOK
  12. SMK KEDONDONG
  13. SMK KUBANG BEMBAN
  14. SMK BAROH PIAL
  15. SMK RANTAU PANJANG
  16. SMK SULTAN IBRAHIM (1)
  17. SMK (A) LATI
  18. MAAHAD MUHAMMADI PASIR MAS
  • institusi pengajian tinggi dan kemahiran di daerah Pasir Mas
  1. Kolej Polytech Kemahiran Mara Pasir Mas

Tokoh kelahiran jajahan Pasir Mas sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Laman Web Rasmi - Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas - Perutusan Ketua Jajahan". www.ptjpm.kelantan.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-07. Dicapai pada 2017-11-27.
  2. ^ "Laman Web Rasmi - Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas - Sejarah Jabatan". www.ptjpm.kelantan.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-07. Dicapai pada 2017-11-27.
  3. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)