Dendam Semalam
Dendam Semalam | |
---|---|
Genre | Drama Dendam |
Dibintangi oleh | Iqram Dinzly Azwan Kombos Nina Iskandar Adiba Yunus Fadlan Hazim Esma Daniel Kuza Sasqia Dahuri Arash Afnan |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 20 Episodes |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | Isnin - Khamis, 4 petang Isnin - Khamis, 2 petang (Ulangan) |
Syarikat penerbitan | (MIG Production) |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Azalea) |
Siaran asal | 24 Mac 2015 – 27 April 2015 |
Status | 13 Februari 2017 — 16 Mac 2017(Ulangan) |
PelakonSunting
- Iqram Dinzly - Farizal
- Adiba Yunus - Atiqah
- Azwan Kombos - Amirul
- Fadlan Hazim - Alif
- Nina Iskandar - Linda
- Esma Daniel - Datuk Malik
- Kuza - Datin Saerah
- Sasqia Dahuri - Lily
- Ayang Abbas - Sofea
- Tengku Fiella - Alia
- Memey Rooney - Dr.Reen
- Tengku Sariza Tengku Muzani - Datin Saerah
SinopsisSunting
mengisahkan dendam seorang budak lelaki bernama Farizal (Iqram Dinzly) apabila mengetahui dirinya bukanlah anak kandung kepada keluarga berada. Rahsia terbongkar apabila Datuk Malik dan Datin Saerah memberi sepenuh perhatian kepada seseorang yang sebaya dengan dirinya.
Melihat perhatian yang berat sebelah itu, segala prasangka Farizal ternyata benar! Bahawa dirinya hanya anak angkat! Farizal menyimpan seribu dendam! Amirul (Azwan Kombos) merupakan anak sebenar kepada Datuk Malik dan Datin Saerah. Mengetahui dirinya sudah kurang diberi perhatian, Farizal rajuk lalu keluar dari rumah itu.
Sehingga meningkat dewasa, dendam di hati Farizal tidak pernah pudar! Farizal merencana ingin menghancurkan perniagaan Datuk Malik. Farizal berkahwin dengan anak perempuan Datuk Malik, Atikah (Adiba Yunus). Perkahwinannya bukan atas dasar cinta, namun kerana dendam semata-mata.
Demi melunaskan niat jahatnya, Farizal berusaha keras memajukan perniagaan ayah mertuanya. Ditambah lagi tiada tekanan dari Amirul. Kerana Amirul sendiri lebih gemar menghabiskan masa dengan hobinya yang suka melancong dan melukis.
Dalam diam, Farizal menaruh perasaan terhadap Linda. Namun, Farizal hanya bertepuk sebelah tangan apabila Linda hanya menganggapnya sebagai sahabat dan teman sepermainan ketika mereka sama-sama di rumah anak yatim suatu ketika dahulu.
Melihat keadaan Atikah yang sering dalam kemurungan dan kesedihan, Datin Saerah mulai curiga terhadap Farizal. Datin Saerah melaporkan hal tersebut kepada Amirul dan menasihati anaknya untuk menyelamatkan perniagaan mereka dari jatuh ke tangan Farizal.
Berjayakah Amirul mendapatkan kembali perniagaan keluarganya? Apakah tentangan dan ujian hebat yang diterimanya oleh Amirul dari niat jahat Farizal?