Pujaan Hati Umi ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 dibintangi oleh Wan Maimunah, Talha Harith, Faye Kusairi, Wan Nor Azlin, Zain Hamid dan Syaffiq Sahli. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV9 dari 14 April 2016 hingga 20 Mei 2016 menggantikan Dawai Asmara.[2]

Pujaan Hati Umi
GenreDrama, konflik, keluarga
Ditulis olehHaida Mazni Mohammad
PengarahM. Nazir Juhan (Jet Li)
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kau Biarkan" oleh Faye Kusairi
Lagu penutup"Kau Biarkan" oleh Faye Kusairi
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifRozie Othman
PenerbitSofia Arshad
PenyuntingMinn Johari
SinematografiHalim Tajudin
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
SRS Productions
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar1080i (HDTV)
Siaran asal14 April 2016 – 6 Mei 2016

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[3]

Sinopsis sunting

Mengisahkan Umi (Wan Maimunah) seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan anak-anaknya Razziah (Wan Nor Azlin), Razman (Zain Hamid), Razzi (Syafiq Sahli), dan Reza (Talha Harith). Pada usia 60 tahun, Umi telah mencapai kemanisan hidup bersama keluarganya, malah disegani masyarakat kampung. Umi juga menerima anugerah Ikon Wanita Warga Emas. Bagi Umi hidupnya lengkap dengan kehadiran menantunya Osman (Haeryanto Hasan) iaitu suami Raziah dan Safiya (Sasqiah Dahuri) isteri Razzi dan dua orang cucunya Emir (Darren Zariff) dan Ezra (Syasya Afiqah).

Namun siapa menyangka panas yang diharap hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Keluarga Umi diduga lagi. Osman meninggal ditimpa kemalangan membuatkan Razziah kini terpaksa memulakan hidup baharu dan tinggal bersama Umi. Dalam masa yang sama Razman tiada bersama keluarga mereka untuk berkongsi kedukaan. Razman sebelum ini mengambil keputusan meninggalkan keluarga kerana malu kepada Umi apabila dia terpaksa meninggalkan acara pernikahannya di saat akhir.

Umi cuba menyorokkan kesedihan dan berharap emosi keluarganya pulih. Anak bongsu kesayangannya, Reza menyampaikan berita bahawa dia ingin berkahwin dengan Rita (Faye Kusairi). Umi menyambut berita baik itu dan berharap Rita bakal menjadi sinar baharu kepada keluarganya. Namun bagaikan membela seekor ular, Rita punya agendanya tersendiri.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon kanak-kanak sunting

  • Darren Zariff sebagai Emir
  • Syasya Afiqah sebagai Ezra

Runut bunyi sunting

  • "Kau Biarkan" - Faye Kusairi
  • "Manusia Sempurna" - Awi Rafael dan Ayai
  • "Bila Ada Cinta" - Asmidar
  • "Sakit Terpanah" - Spin
  • "Kau Pilih Dia" - Puteri Octovia

Rujukan sunting

  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (10 Februari 2016). Berhijab datang dari hati Harian Metro. Diperoleh pada 10 Februari 2016.
  2. ^ Drama Pujaan Hati Umi (TV9) My Infotaip (12 April 2016). Dicapai pada 5 Mei 2017.
  3. ^ Pujaan Hati Umi (2016): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 11 Oktober 2018.