Zain Hamid
Muhammad Kamaruzaman Zain bin Abdul Hamid (lahir 19 April 1978) merupakan seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau merupakan salah seorang anggota kumpulan Ruffedge.[1]
Zain Hamid | |
---|---|
![]() | |
Latar belakang | |
Nama lahir | Muhammad Kamaruzaman Zain bin Abdul Hamid |
Juga dikenali sebagai | Zain Ruffedge (ketika bersama Ruffedge), Zain Hamid |
Kelahiran | Kuala Lumpur, Malaysia | 19 April 1978
Genre | Pop, R&B |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1998–kini |
Pengkarya berkait | Ruffedge |
Latar belakangSunting
Beliau dilahirkan pada 19 April 1978 dan berasal dari Kuala Lumpur. Merupakan anak sulung dari tiga beradik lelaki dan pernah menghasilkan tiga buah album serta dua album bungkusan semula (re-pack) sewaktu bersama Ruffedge.
Zain mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihannya Khazmira Anuar pada 8 Ogos 2008, dan dikurniakan seorang cahayamata perempuan, Arianna Rania pada 5 Mei 2009.[2] Namun jodoh mereka telah berakhir pada November 2014.
KerjayaSunting
RuffedgeSunting
Untuk perincian mengenai topik ini, sila lihat Ruffedge.
Zain merupakan salah seorang daripada anggota asal kumpulan Ruffedge sewaktu penubuhannya pada 1998, bersama-sama dengan tiga ahlinya yang lain termasuk Azan Addin, Cat Farish dan Mode. Beliau bersama rakan-rakan Ruffedge muncul dalam lagu nyanyian kumpulan Too Phat, "Too Phat Baby" yang dimuatkan dalam album sulung Too Phat, Whuttadilly?! (1999) serta lagu "Tell Shorty" (turut menampilkan kumpulan VE) dari album ketiga kumpulan itu, 360° (2003).
Pada 2002, mereka bersama kumpulan VE melancarkan album Extreme Pleasure yang diterbitkan oleh The Promise Clan dan Positive Tone dan diedarkan oleh EMI Music Malaysia, Ruffedge diperkenalkan menerusi single sulung mereka "Tiada Lagi Cinta" menampilkan kumpulan hip hop Singapura, Urban Xchange. Pada 2003, album Extreme Pleasure Extra dikeluarkan dengan penambahan beberapa lagu baru termasuk "Saat Bahagia" dan "Khayalan" (dipopularkan oleh kumpulan Black Dog Bone). Amer Munawer menyertai Ruffedge pada tahun yang sama.
Selepas pemisahan antara VE dan Ruffedge, Ruffedge membawa haluan sendiri dengan melancarkan album pertama mereka Defined pada Mac 2004. Zain pernah tampil dalam lagu nyanyian kumpulan Pop Shuvit yang bertajuk "Journey"
Bidang lakonan dan pengacaraanSunting
Mula mencuba bakat dalam bidang lakonan sewaktu masih menganggotai Ruffedge iaitu filem SH3, Castello dan Tipah Tertipu The Movie.
Selepas kumpulannya tidak lagi aktif dalam bidang nyanyian, Zain telah menceburi bidang lakonan sepenuh masa. Beliau bekerjasama dengan Bade Hj. Azmi dalam drama Kejar arahan Bade Hj. Azmi yang turut dibintangi oleh Ezany, Nasir Bilal Khan, Mustapha Kamal, Noniswara, Betty Banafe dan Faradhiya.
Di dalam drama kejar, Zain melakonkan watak Ali iaitu seorang yang tidak mempunyai keluarga, yang kelihatan seperti seorang yang jahat tetapi dia sebenarnya seorang yang baik. Ini kerana Ali mengalami konflik keluarga dan diganggu oleh orang jahat. Drama 26 episod itu disiarkan pada Mei 2009 di RTM 1. Ini merupakan kali kedua Zain berlakon di bawah arahan Bade selepas filem Castello.
Zain juga merupakan pengacara bagi rancangan Wakenabeb! musim ketiga yang disiarkan di ntv7 pada tahun 2008.
DiskografiSunting
- Album bersama Ruffedge
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2004 | SH3 | Dirinya sendiri (Ruffedge) | Filem pertama |
2006 | Castello | Castello (Muda) | |
Tipah Tertipu The Movie | Zain | ||
2012 | Ngorat | Rizal | |
2013 | Pecah | Bakar (70an) | |
KL Zombi | Aliff | ||
Aku Pilih Kamu | Iskandar | ||
2014 | Qadr | ||
2015 | Love, Supermoon | Sulaiman | |
2018 | Busker | ||
2019 | Till Death: Azalea's Wrath | Inspektor Bakri | Ditayangkan eksklusif di Netflix |
2020 | Keluarga Iskandar The Movie | Azlan Iskandar | |
Bikin Filem | Suffian Kassim | ||
2023 | Eva ‘Take Me As I Am’ |
DramaSunting
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011 | Dan Sebenarnya | Zahar | |
2013 | Bayangan Rindu | Lutfi | |
2015 | Beli Adik | Hazimin | |
Sia Sia Cinta | Fakhri | ||
2016 | Arca Cinta Kasih | Engku Mahmud | |
2017 | Hisyam dan 3 Hantutiyers | Kevin | |
2018 | Vivi Si Perigi | Haziq | ntv7 |
Enam | Pegawai Sekuriti | Astro Mustika HD | |
Puteri | Amid | ntv7 | |
2020 | Kambing Golek Ramadhan | Aris | TV2 |
Ratahan Al- Madrid | Anas | Astro Citra |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008 | Wakenabeb | Pengacara | ntv7 |
2020 | The Masked Singer Malaysia (musim 1) | Peserta sebagai Musang King | Astro Warna |
RujukanSunting
- ^ "Zain tumpu dunia lakonan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-12. Dicapai pada 2017-08-12.
- ^ Zain Ruffedge menghitung hari bergelar bapa[pautan mati kekal]