Laila Asyikin ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2010 arahan bersama Heykal Hanifah dan Eoon Shuhaini, dibintangi oleh Fathia Latiff dan Fahrin Ahmad bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 1 Julai 2010 hingga 5 Ogos 2010 menggantikan Noktah Erna.[1]

Laila Asyikin
Genre
Ditulis olehZarihah Hassan
Pengarah
Pengarah kreatif
Azmir Affandi
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Sampai Syurga" oleh Faizal Tahir
Lagu penutup"Sampai Syurga" oleh Faizal Tahir
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod16
Penerbitan
PenerbitDavid Teo
Penyunting
  • Masalynazirah Suldin
  • Nur Ashikin Noor Affendey
SinematografiMohd Jufri Ayob
Tempoh siaran25–30 minit
Syarikat penerbitan
MIG Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal1 Julai 2010 – 5 Ogos 2010

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis sunting

Laila Asyikin (Fathia Latiff) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi tetapi memilih untuk tidak berkerja setelah berkahwin dengan Mikhail (Irfan Roslan). Laila Asyikin tetap mengambil tahu tentang urusan syarikat peninggalan arwah ayahnya, Datuk Shamsudin, iaitu United Holding Berhad. Mikhail pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif United Holdings Sdn Bhd atas wasiat arwah Datuk Shamsudin. Mikhail seorang yang gigih, penyayang dan bijak dalam urusan perniagaan, United Holdings Sdn Bhd telah berkembang maju di bawah pentadbirannya.

Perkahwinan Laila Asyikin dan Mikhail kelihatan bahagia dengan kelahiran dua cahaya mata iaitu Laila Huda dan Laila Afifah. Namun, keharmonian kehidupan Laila Asyikin dan anak-anak tergugat serta berkecai selepas Mikhail terlibat dalam kemalangan jalanraya. Lebih memeranjatkan apabila Sarah (Diana Amir) turut berada dalam kereta tersebut yang telah membongkarkan rahsia Mikhail. Sarah telah meninggal dunia manakala Mikhail pula mengalami kecederaan dan koma selama tiga bulan.

Tanpa pengetahuan Laila Asyikin, Mikhail telah mengahwini Sarah kerana bersimpati dengan kehidupannya yang miskin dan mereka juga mempunyai seorang anak lelaki, Irfan yang baru berusia 3 bulan. Enggan berdiam diri dan menyerah kalah, Laila Asyikin telah mengambil tindakan segera. Dia telah mendapatkan hak penjagaan Irfan daripada keluarga Sarah. Dia juga mengatur strategi untuk menyingkirkan sesiapa yang mahu menjatuhkan syarikatnya dengan sokongan sepenuhnya daripada pembantu khas Mikhail iaitu Remy (Fahrin Ahmad). Kebijaksanaan dan ketabahan Laila Asyikin telah menyebabkan Remy dalam diam menyimpan perasaan kepadanya.

Selepas Mikhail sedar daripada koma, adakah dia akan dimaafkan oleh Laila Asyikin? Berjayakah Laila Asyikin merungkai kemelut dalam rumahtangga dan juga syarikatnya? Adakah hubungan Remy dan Laila Asyikin akan bertukar menjadi intim?

Pelakon sunting

Utama sunting

Pembantu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Budiey (30 Jun 2010). "Drama Laila Asyikin Lakonan Fahrin Ahmad dan Fathia Latiff". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 18 April 2013.
  2. ^ Laila Asyikin (2010): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 6 November 2019.