Wizards of Warna Walk

Wizards of Harvey Walk ialah sebuah siri televisyen komedi fantasi asal Nickelodeon Asia, ia berkisarkan mengenai kehidupan unik keluarga D'Cruz di tengah kesibukan bandar raya Jalan Lake yang disiarkan dari 30 Ogos 2021 hingga 20 Disember 2021. Ia merupakan adaptasi Malaysia daripada siri televisyen popular Disney Channel, Wizards of Waverly Place.[1][2][3][4]

Wizards of Harvey Walk
Genre
Berdasarkan daripada
Wizards of Waverly Place oleh Disney
PenciptaTodd J. Greenwald C.H. Greenblatt
Ditulis oleh
  • Todd J. Greenwald
  • Zaidah Z.
  • C.H. Greenblatt
Pengarah
  • Junad M. Nor
  • Imri Nasution
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"There's Magic Here" oleh Daiyan Trisha
Lagu penutup"There's Magic Here" oleh Daiyan Trisha
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim1
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Garry Sinclair
  • Rashmi Lohani
  • Hazo Mahayuddin
Penerbit
  • Irwan Junaidy
  • Zuhri Aziz
LokasiNickelodeon Animation Studios
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran22 minit
Syarikat penerbitan
Nickelodeon Animation Studios
Syarikat pengedaran
{{plainlist|
Penyiaran
Saluran asalNickelodeon
Format gambar720p (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal30 Ogos 2021 – 20 Disember 2021
Pautan luar
Laman sesawang

Premis

sunting

Siri ini mengisahkan keluarga D'Cruz, yang berketurunan Baba dan Nyonya, menguruskan kopitiam Peranakan bernama Little Nyonyum, yang terletak di bandar raya Kuala Lumpur. Pasangan adik-beradik ini menyeimbangkan kehidupan mereka sebagai kanak-kanak biasa di sekolah dan ahli sihir pelatih di rumah, dalam pelbagai situasi yang lucu dan menyeronokkan.

Pelakon

sunting
Idan Aedan sebagai Aiden Rowan
Afdlin Shauki sebagai Norman James
Carmen Soo sebagai Jasmin Tae
  • Emma Sofea sebagai Amelia Rue D'Cruz, anak bongsu daripada keluarga D'Cruz yang mula menemui potensi sebenar kemampuan magisnya.
  • Mia Sara Shauki sebagai Alissa Rose D'Cruz, anak sulung yang merasakan rasa tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya.
  • Idan Aedan sebagai Aiden Rowan D'Cruz, anak lelaki dari keluarga D'Cruz, yang menyukai semua perkara termasuk seni dan muzik.
  • Afdlin Shauki sebagai Norman James D'Cruz, seorang ahli sihir, memperkenalkan dan membimbing anak-anaknya dalam dunia sihir.
  • Carmen Soo sebagai Jasmin Tae D'Cruz, yang mengendalikan kopitiam, Little NyoNyum, bersama suaminya Norman. Dia berdisiplin terhadap keluarga. Walaupun kelihatan tegas dengan anak-anaknya, dia sangat menjaga mereka.

Berulang

sunting
  • Rose Melynna sebagai Sarah, rakan karib Amelia
  • Andika Rees Pahamin Azhar sebagai Johan Ali
  • Megat Sharizal sebagai Cikgu Singh
  • Nur Anis Fatihah sebagai Hailie

Undangan

sunting
  • Zalif Sidek sebagai Pocong
  • Hannan Barakbah sebagai Cik Toy
  • Ali Alasri sebagai Hang Tuah
  • Faiq Syazwan Kuhiri sebagai Parameswara
  • Syarifah Nur Syalin sebagai P. Gunung Ledang
  • Yiky Chew sebagai P. Hang Li Po
  • Ashraff Modee Zain sebagai Profesor Zubir
  • Linora Low sebagai Chef Ai Gar Ng
  • Joel Timothy sebagai Benji
  • Tan Meng Kheng sebagai Mr. Adam
  • May June Tan sebagai Ms. Nora
  • Kamarul Baisah Hussin sebagai Wayang Kulit (suara)
  • Zain Hamid sebagai Uncle Andy
  • Mandy Chong sebagai Madame Tee
  • Fikhree Bakar sebagai Djinn
  • Vicha Barbie sebagai Nenek Kebaya
  • Fariz Isqandar sebagai Daniel
  • Barisan pelakon Kelab Mickey Mouse Malaysia sebagai diri mereka sendiri:

Gambaran keseluruhan

sunting

Penerbitan

sunting

Wizards of Warna Walk diadaptasi dari siri televisyen Disney Channel yang memenagi anugerah, Wizards of Waverly Place yang disiarkan di Amerika Syarikat dari 2007 hingga 2012 sebanyak empat musim.[5] Penggambaran dijalankan sepenuhnya di Pinewood Iskandar Malaysia Studios (kini Iskandar Malaysia Studios) di Johor, selama dua bulan.[6] Berlatarkan Kuala Lumpur, adaptasi siri ini menampilkan pelakon, komposisi muzik, bahasa Malaysia dan budaya Asia.[6] Eksekutif rangkaian pernah mempertimbangkan cadangan untuk mengadaptasi siri lain seperti Hannah Montana, namun Wizards dipilih kerana dirasakan terbaik untuk menarik perhatian penonton Malaysia.[6]

Pelakon baharu, Emma Sofea dipilih menjayakan watak Amelia dan ini merupakan penampilan televisyen pertamanya selepas dipilih melalui ujibakat yang diadakan di seluruh negara.[7] Afdlin Shauki memegang watak sebagai Norman James D'Cruz, seorang ahli sihir; Afdlin dalam satu temuramah bersama Harian Metro menyifatkan peluang bekerjasama dengan anak sulungnya, Mia Sara dalam sitkom ini ialah pengalaman berharga buatnya.[8] Lagu tema siri ini, "There’s Magic Here", dipersembahkan oleh penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha, manakala muzik videonya disiarkan di Disney Channel pada 16 Ogos 2019.[2][7]

Siaran

sunting

Wizards of Warna Walk disiarkan di Disney Channel Asia bermula 30 Ogos 2019 dan berakhir pada 20 Disember 2019 di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.[6]

Ringkasan siri

sunting
Musim Episod Tarikh siaran di Disney Channel
Episod pertama Episod terakhir
1 14 30 Ogos 2019 20 Disember 2019

Episod

sunting
No. episod
keseluruhan
No. episod
musim
Tajuk Tarikh siaran pertama
11"Haunted Hantu"30 Ogos 2019
22"A Very Chocolate Anniversary"6 September 2019
33"Masalah Di Muzium"13 September 2019
44"10-Minute Crazy Sale"20 September 2019
55"Report Card"27 September 2019
66"The Ice Kacang Shebang"4 Oktober 2019
77"Murtabak Magic"11 Oktober 2019
88"Pop Me and We Both Down"18 Oktober 2019
99"It's All In The Family"25 Oktober 2019
1010"Potion Pandemonium"1 November 2019
1111"Aiden's Little Sister"8 November 2019
1212"Amelia's Choice"15 November 2019
1313"You Can't Always Get What You Carpet"22 November 2019
1414"Friends In Need, Indeed!"20 Disember 2019

Ulasan kritis

sunting

Mengulas untuk portal hiburan Sensasi Selebriti, Budiey menyifatkan Wizards of Warna Walk "terlalu jauh untuk dibandingkan dengan jenama besar seperti Harry Potter", sambil menambah ia "juga kaya dengan nilai sosial dan budaya setempat, kekeluargaan dan nilai kasih sayang yang boleh menjadi inspirasi dalam setiap episod" yang disiarkan.[9]

Rujukan

sunting
  1. ^ Noor Ain Norman (15 Ogos 2019). "Disney Channel tampil dengan sitkom terbaru Wizards of Warna Walk". Remaja. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  2. ^ a b "Disney Channel Southeast Asia launches original Malaysian series, Wizards of Warna Walk" (dalam bahasa Inggeris). AFO Radio. 29 Ogos 2019. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  3. ^ Iylia Adreena (16 Ogos 2019). "Witches and wizards exist in Malaysia and you can find them in Disney's Wizards of Warna Walk" (dalam bahasa Inggeris). Rojak Daily. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  4. ^ "#Showbiz: Meet the D'Cruzes and their wizardry" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 22 Ogos 2019. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  5. ^ Sukhbir Cheema (27 Ogos 2019). "Wizards of Waverly Place is getting an Asian adaptation and some people are losing their minds". Mashable (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Januari 2020.
  6. ^ a b c d Kenneth Chaw (16 Ogos 2019). "Meet the 3 M'sian kids who beat 350 others to star in this Disney show" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  7. ^ a b "Meet the wizards of Warna Walk" (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. 22 Ogos 2019. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  8. ^ Ardini Sophia Sina (20 Ogos 2019). "Kenangan manis bersama Mia". Harian Metro. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  9. ^ Budiey (8 November 2019). "Peraduan menang merchandise Wizards of Warna Walk terbitan Disney Channel Asia". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 31 Januari 2020.

Pautan luar

sunting