Muhammad Shahidan Abdullah atau lebih dikenali sebagai Idan Aedan (lahir 2 Julai 2004) ialah seorang pelakon dan pengacara televisyen Malaysia. Idan memulakan kerjaya lakonan menerusi peranan kecil dalam drama seawal usia 10 tahun setelah memenangi rancangan realiti TV3, Over The Top.

Idan Aedan
Kelahiran
Muhammad Shahidan bin Abdullah

(2004-07-02) 2 Julai 2004 (umur 19)
PekerjaanPelakon, pengacara, model
Tahun aktif2013–kini

Idan kemudiannya mendapat peranan-peranan kecil dalam drama, tv komersial, dan penyampai/hos rancangan televisyen seperti watak anak kepada askar Myanmar dalam filem Operation Mekong (2016) dan video korporat untuk syarikat seperti Garena, Skyworld, Kiko, Schlumberger, dan banyak lagi. Idan kemudian menceburi bidang lakonon di layar perak melalui watak kecil-kecilan dalam telemovie Pulang (2015), Filem Pendek MyEG Raya Khilaf (2015), Jalan Belakang Rumah (2016), Supersains (2017), Anak Merdeka (2017), Oh My English (2017), Juan (2017), Luar Biasa (2017), The Bridge (2018), Jibril (2018), Genk Mak Mak (2019), Disney Wizards of The Warna Walk (2019), Kerana Korona (2020), Zombitopia (2021). Idan juga telah berjaya membuktikan bakat lakonannya melalui watak utama dalam pelbagai siri televisyen seperti Astro Ceria SMK Siri (2020), siri Netflix Mr Midnight (2022)[1], Filem Anak Rimau (2022)[2], pelbagai watak utama dalam video korporat dan tv komersial untuk syarikat seperti Milo, MDEC, KBS, Kementerian Perumahan, dan watak-watak dalam filem pendek.

Kehidupan awal

sunting

Idan dilahirkan di negeri Perak, Malaysia pada 2 Julai 2004. Idan merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik. Beliau berketurunan Melayu dan minat beliau dalam bidang lakonan telah disokong penuh oleh ibu dan keluarga.

Kerjaya

sunting

2013 - 2015: Kerjaya awal dan kejayaan

sunting

Biarpun beliau telah memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2013 menerusi pelbagai drama, filem pendek, dan rancangan televisyen, hanya pada tahun 2015 nama Idan menjadi sebutan apabila beliau muncul dalam filem Pulang (2015). Sejak itu, Idan muncul dalam banyak produksi terutama filem dan siri televisyen melalui watak-watak pembantu. Antara lakonan beliau yang paling menjadi perhatian adalah menerusi watak Zidik sewaktu kecil dalam filem Zombitopia (2015), Tupai dalam siri Oh My English (2017), dan Salman dalam drama bersiri tayangan Viu The Bridge (2018).

Idan juga pernah bergandingan bersama pelakon dan pengacara Sazzy Falak pada tahun 2015 untuk mengacarakan ADMM Asean Defense Ministry Meeting Gala Dinner dan rancangan kanak-kanak RTM DIY Junior (2018).

2016 - 2018: Cabaran, hala tuju kerjaya dan Luar Biasa

sunting

Dengan sikap penuh keinginan untuk berjaya dan juga semangat dalam bidang lakonan, Idan tidak mahu hanya selesa dengan pencapaian kecilnya dan berhenti mencuba. Setelah keluarga Idan meratapi pemergian arwah ayahnya, Idan diberi peluang untuk membuktikan bakat dan semangatnya melalui watak Saiful Puzi dalam telemovie Luar Biasa[3].  

Telemovie Luar Biasa ini ialah naskah yang diinspirasikan daripada pemenang pingat emas Paralimpik, Mohamad Ridzuan atau Dek Wan yang menghadapi penyakit ‘Cerebral Palsy'[4]. Menggambarkan kehidupan Dek Wan bersama abangnya Saiful yang ketika itu masih lagi berusia belasan tahun. Menerusi watak Saiful Puzi dalam telemovie tersebut, Idan dicalonkan untuk kategori Pelakon Terbaik di Asian Academy Creative Awards di Singapura.[5]

Idan telah membawa pelbagai watak dengan serba boleh melalui beberapa filem pendek, iklan komersial, dan video korporat yang membabitkan pelbagai syarikat-syarikat besar dan perbadanan kerajaan.

2019 - Kini: Mr. Midnight dan melangkah serantau

sunting

Pada Julai 2019, Idan mengukuhkan hala tuju kerjaya beliau dengan bekerjasama bersama Keeklr Films melalui filem Anak Rimau (2022) arahan Areel Abu Bakar. Idan telah membawa watak Ariff.[6]

Anak Rimau The Movie merupakan filem sukan bola sepak Malaysia 2022 yang mengisahkan sekumpulan anak-anak muda dari pelbagai latar belakang yang ingin mengapai impian menjadi pemain bola sepak. Dengan pencapaian terbaik beliau sepanjang perjalanan kerjaya beliau, pada tahun 2022, Idan adalah salah satu pencalonan termuda di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32)[7].

Pada tahun 2022, Idan telah mencipta sejarah sebagai pelakon pertama Malaysia yang berjaya ke siri Netflix antarabangsa menerusi siri Mr. Midnight: Beware the Monsters (2022) dan melakonkan watak utamanya dengan berbahasa Inggeris.[8]

Mr Midnight: Beware The Monsters (2022) adalah satu siri 13-episod Netflix terbitan Beach House Pictures, dan Idan diberi kepercayaan membawa watak utama sebagai Tyar yang telah menjalani penggambaran di Batam, Indonesia dan Singapura pada pertengahan tahun 2021. Idan bekerjasama bersama beberapa pelakon remaja dari Indonesia seperti Adinia Wirasti dan Maxime Bouttier serta pelakon-pelakon antarabangsa lain.[9]

Idan juga bekerjasama bersama barisan pelakon tempatan seperti Remy Ishak, Bront Palarae, dan pengarah Dain Said melalui filem seram tempatan yang bertajuk Harum Malam (2023)[10]. Idan membawa watak Iqbal, anak kepada Bront Palarae dan Nadiya Nisaa yang memiliki deria ‘keenam’ dan membuatkan kehidupan Iqbal tidak tenang kerana sering diganggu makhluk halus dan ancaman dari dunia alam ghaib.[11]

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2015 Operation Mekong Anak Askar Myanmar Dante Lam Projek Filem International bersama Film Fireworks Hong Kong dan Asian Tropical Film Malaysia
2018 Pulang Omar (kecil) Kabir Bhatia
Surf This Love Billy (kecil) Wan Mohd Hafiz Wan Hussain
2021 Kerana Korona Harun Kabir Bhatia
Zombitopia Zidik (kecil) Woo Ming Jin
2022 Anak Rimau The Movie Ariff Areel Abu Bakar
2023 Harum Malam Iqbal Dain Said
Tebus Jalil Jason Chong
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 Pulang Omar TV9
2016 Jalan Belakang Rumah Iman TV2
Supersains[12][13] Afiq Astro TVIQ
Cinta 11 Syarat Komeng (kecil) Astro Prima
2017 Luar Biasa Saiful Astro Citra Pencalonan Pelakon Terbaik

Asian Academy Creative Awards

Akil & Juan Akil TV9
Oh My English! - Level Up[14] Tupai Astro TVIQ
Anak Merdeka Johan Astro
2018 Jibril Jibril (kecil) Viu
The Bridge Salman
Bebaskan Anak Kita Azril TV3
2019 Wizards of Warna Walk Aiden Rowan Disney Channel Asia
SMK (musim 1) Adam Astro Ceria
2020 SMK (musim 2) Adam
2022 Mr. Midnight: Beware the Monsters Tyar Netflix
SMK (musim 4) Adam Astro Ceria
2023 SuperWira Aman
Yang Tahu Je Tahu Adi Astro Ria
2024 Hawt Fellas Napron TV3

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Dalang tonton

Iklan dan video korporat

sunting
Tahun Tajuk Watak Jenama
2015 Khilaf Kamil MYEG
2016 KFC Bucketria KFC
2017 Filem Pendek Raya Atan Citibank
2018 Digi Raya #Nawaitu Azmi Digi
TNB Raya 2018: Rumah Epik Fantastik Rizal Tenaga Nasional Berhad
PPRT Kempen Kerajaan Cucu PPRT
Padu: Hero Transformasi Pendidikan Pengawas Kementerian Pendidikan Malaysia
Viral Video Along Milo

Televisyen

sunting
Pengacaraan
Tahun Program Siaran
2015 Chiki Boom TV2
2015 Co - Hos bersama Sazzy Falak untuk ADMM (Asean Defense Ministry Meeting ) Gala
2018 DIY Junior TV2

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting