Dain Iskandar Said
Dain Iskandar Said (juga dikenali sebagai Dain Said) merupakan seorang pengarah, pelakon, penulis skrip dan penerbit Malaysia. Dari kerjayanya sebagai seorang sutradara, beliau menduduki kerusi pengarah menerusi filem cetera pertamanya, Dukun (2007) dan mula mencuri perhatian peminat filem Malaysia menerusi filem Bunohan (2012). Beliau bersama Nandita Solomon menubuhkan syarikat Apparat Sdn. Bhd. yang mengkhususkan kepada penerbitan filem.
Dain Said | |
---|---|
Kelahiran | Dain Iskandar bin Said |
Pendidikan | Filem dan Fotografi |
Pusat pendidikan | Universiti Westminster, London |
Pekerjaan | Pengarah, penulis skrip, penerbit, pelakon |
Tahun aktif | 2006—kini |
Kehidupan awalSunting
Beliau membesar di Kuala Lumpur, Malaysia dan berkelulusan dalam Filem dan Fotografi dari Universiti Westminster di London pada tahun 1990.[1]
Kerjaya filemSunting
Selepas tamat pengajian, beliau bekerja untuk beberapa filem pendek, rancangan televisyen, iklan, pemasangan media dan dokumentari. Dain mengarahkan filem pertamanya pada tahun 2006, Dukun, tetapi diharamkan tayangannya berikutan ia mempunyai kaitan dengan kes Mona Fandey.[2] Filem kedua arahannya, Bunohan[3] ditayangkan pada 2012 dan merupakan penyerahan Malaysia di Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik.[4]
Filem ketiga arahannya, Interchange dikeluarkan pada Disember 2016,[5] dan dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Locarno pada Ogos 2016, empat bulan sebelum tayangannya.[6]
Pada 5 April 2018, filem Dukun arahan beliau lakonan Umie Aida sebagai Diana Dahlan dibenarkan tayangannya sekaligus menamatkan 12 tahun penantian beliau untuk menyaksikan filem ini ditayangkan.[7]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Pengarah | Penulis skrip | Penerbit | |||
2012 | Bunohan | ||||
2013 | Kolumpo | Memegang watak sebagai Pelanggan Kedai Mamak 2 | |||
2014 | Terbaik dari Langit | Memegang watak sebagai pengkritik filem | |||
2016 | Mrs K | Memegang watak sebagai Loan shark | |||
Interchange | |||||
2018 | Dukun | Filem arahan pertama yang telah menjalani penggambaran sejak tahun 2006, namun ditangguh tayangannya.[8] | |||
2019 | Fly By Night | ||||
Wira | Memegang watak sebagai Raja | ||||
2020 | Daulat | Memegang watak sebagai Penganalisis Politik | |||
Pasal Kau! | Memegang watak sebagai Duke | ||||
2023 | Harum Malam |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Saluran TV | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Pengarah | Penulis skrip | Penerbit | ||||
2019 | Iman Untuk Bulan | Astro First Ekslusif |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Skrin 2018 | Pengarah Filem Terbaik (Dukun) | Menang |
2019 | Festival Filem Malaysia ke-30 | Pengarah Terbaik (Dukun) | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ "Dain Iskandar Said". IFFR. Dicapai pada 2017-08-07. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ "Will Dukun ever charm viewers?" TheStar, 3 June 2007.
- ^ "Bunohan: Return to Murder (2011)". New York Times. Dicapai pada 2016-01-06. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ "Bunohan calon awal Anugerah Academy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-10. Dicapai pada 2017-08-06.
- ^ (Inggeris) Malaysia's Dain Iskandar Said shooting supernatural 'Interchange'
- ^ "Filem 'Interchange' ke Festival Filem Locarno di Switzerland". Astro Awani. 17 Julai 2016.
- ^ Awaludin, Nurul Fadila (6 April 2018). "Misteri 12 tahun Dukun dan Diana Dahlan". Kosmo!. Dicapai pada 8 April 2018.
- ^ Sham, Nursyazwani Saiful (2018-04-02). "Filem 'Dukun' akhirnya ditayang selepas 12 tahun, ini komen pengarahnya Dain Said". Astro Awani. Dicapai pada 2021-05-27.