WIRA (filem)

Filem aksi Malaysia 2019 arahan Adrian Teh

WIRA merupakan sebuah filem aksi Malaysia 2019 arahan Adrian Teh dan ditulis oleh Anwari Ashraf. Ia berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka. Filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Henley Hii, Zizan Razak, Dain Said, dan Josiah Hogan serta pelakon Indonesia Ismi Melinda dan Yayan Ruhian. Filem ini ditayangkan pada 21 November 2019 dan mendapat respon dan reaksi positif daripada peminat mahupun pengkritik filem tempatan.[1][2][3][4][5]

WIRA
PengarahAdrian Teh
Lakon layarAnwari Ashraf
Cerita oleh
  • Adrian Teh
  • Anwari Ashraf
Dihasilkan oleh
  • Datuk Steven Lim
  • Adrian Teh
  • Tung Yow Kong
  • Dato' Khairul Anwar Salleh
  • Iskandar Mizal Mahmood
Dibintangi
SinematografiYong Choon Lin
Disunting olehLee Pai Seang
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
  • GSC Movies (Malaysia)
  • Astro Shaw
  • Netflix
Tarikh tayangan
  • 21 November 2019 (2019-11-21)
Masa tayangan
109 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 8 juta
Pecah panggungRM 7.6 juta

SinopsisSunting

Filem ini mengisahkan tentang karakter utamanya, Hassan (Hairul Azreen) yang merupakan seorang bekas tentera yang telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil. Dia menyertai tentera bukan sahaja untuk mengawal “setan” dalam dirinya tetapi juga tidak sanggup melihat hidup keluarganya dan orang sekelilingnya yang ditekan dan dikawal oleh Raja (Dain Said).

Setelah menyempurnakan khidmat untuk negara, Hassan kembali juga demi keluarga dan menyelesaikan hutang adiknya Zain (Fify Azmi) atas kekalahan pertandingan seni bela diri campuran dianjurkan oleh Raja. Hassan dan Zain terpaksa bertanding sekali lagi dengan Vee (Ismi Melinda) dan Rayyan (Josiah Hogan), kedua-dua anak Raja. Apakah halangan yang akan mereka hadapi seterusnya? Adakah Hassan mampu menyelamatkan keluarga dan orang di sekelilingnya?

PelakonSunting

Penampilan kameoSunting

KeluaranSunting

WIRA ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 21 November 2019. Majlis pratonton filem ini diadakan pada 19 November 2019.[6] Teaser treler filem WIRA telah dimuat naik di saluran YouTube Astro Shaw pada 22 April 2019, manakala treler rasminya dikeluarkan pada 16 Oktober 2019.[7]

SambutanSunting

Kutipan pecah panggungSunting

WIRA telah meraih kutipan sebanyak RM2.2 juta dalam masa empat hari tayangan.[8]

Ulasan kritisSunting

Dashiran Yohan dari Lowyat.net memuji filem dan meluahkan pendapat beliau mengenai filem ini: "Wira mempunyai beberapa momen yang terbaik dalam aksi tulen yang saya lihat sepanjang tahun, sangat bergaya dan memberi inspirasi kepada gambar, bukan hanya dari segi pawagam Malaysia tetapi pawagam global. Ini semua perkara lain yang dicampur di antara yang jatuh rata".[9] Bissme S. dari The Sun Daily pula berpendapat: "Secara peribadi, WIRA bukan sebuah filem Malaysia yang buruk untuk menghabiskan masa menonton anda. Anda pasti akan merasakan deruan adrenalin".[10] Menulis untuk The Star Online, Mumtaj Begum berhujah bahawa "WIRA meletakkan apa yang boleh dilihat sebagai adegan pertandingan klimaktik 40 minit ke dalam filem. Ia merupakan perjuangan dua-dalam-dua di gelanggang, dan ia agak menarik".[11]

Anugerah dan pencalonanSunting

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-31 Pelakon Wanita Harapan Terbaik Fify Azmi Menang

RujukanSunting

  1. ^ "Selepas PASKAL THE MOVIE, Adrian Teh Bakal Arah Filem Aksi WIRA". Budiey. Dicapai pada March 13, 2019.
  2. ^ "SINOPSIS FILEM WIRA LAKONAN HAIRUL AZREEN & FIFY AZMI".
  3. ^ Ashari, Amirul Haswendy (May 12, 2019). "Wira mula dunia sinematik". HM Online.
  4. ^ http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/6781/wira-a-promising-new-movie-from-the-director-of-paskal-the-movie
  5. ^ "cinema.com.my: Adrian Teh mahu fokus bikin lebih banyak filem aksi selepas "Wira"". www.cinema.com.my.
  6. ^ Nursyazwani Saiful Sham (12 November 2019). Tiada pertaruhan angka kutipan, Adrian Teh harap penonton terima baik filem 'Wira' Astro Awani. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  7. ^ Mumtaj Begum (4 September 2019). Hairul Azreen fights Indonesian action star Yayan Ruhian in 'Wira' trailer The Star Online. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  8. ^ Hanafis Haris (25 November 2019). Padu! Filem Wira Raih RM2.2 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan! Astro Gempak. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  9. ^ Dashiran Yohan (18 November 2019). Wira Review: Melodrama Hurts What Could’ve Been a Fantastic Action Film Lowyat.net. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  10. ^ Bissme S. (22 November 2019). Movie review: Wira The Sun Daily. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  11. ^ Mumtaj Begum (20 November 2019). 'Wira': Takes Malaysian action films to a higher level The Star Online. Dicapai pada 8 Disember 2019.

Pautan luarSunting