Trisha Ooi
Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi (lahir 17 Ogos 2000 di Kuala Lumpur, Malaysia) atau lebih dikenali sebagai Trisha Ooi ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak Erra lakonannya dalam drama Risik Pada Hati (2022). Beliau sebelum ini telah memulakan kerjayanya sebagai pelagak ngeri.[1]
Trisha Ooi | |
---|---|
Kelahiran | Reyshqa Aqiera binti Mohd Nasron Ooi 17 Ogos 2000 |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2019–kini |
Kerjaya Sunting
Trisha memulakan kerjayanya awalnya di belakang tabir sebagai pelagak ngeri wanita ketika menimba ilmu persilatan, namun tidak pernah terfikir untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan pada mulanya.[2]
Kerjaya lakonannya bermula apabila beliau membintangi filem Wira (2019) arahan Adrian Teh,[3] seterusnya membintangi drama KL Gangster: Underworld dan Hari Kita Jatuh Cinta. Trisha mendapat kejayaan meluas dalam bidang lakonan menerusi lakonannya dalam Risik Pada Hati yang disiarkan di TV3. Dalam drama ini, beliau memegang watak perampas suami orang yang bernama Erra.[4][5]
Pada tahun 2023, beliau berlakon dalam dua filem, iaitu Coast Guard Malaysia: Ops Helang dan Pagari Bulan.[6][7]
Filemografi Sunting
Filem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2019 | Wira | Konco Vee | Filem pertama |
2023 | Coast Guard Malaysia: Ops Helang | Trisha / Riska | Penampilan khas |
Pagari Bulan | Sui Li | ||
TBA | Janna Endoro | Janna | pos-produksi |
Roxana | Mulan |
Drama Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2021 | Hari Kita Jatuh Cinta | Anna Nabila | Awesome TV |
Langkah Terakhir | Jessica | TV Okey | |
2022 | Kau Cipta Kasih | Sari | TV3 |
Kerana Dia Suka | Zaimah (Zee) | ||
Risik Pada Hati | Erra | ||
2023 | Kau? C.E.O Aku? | Sherry | TV1 |
Rindu Darul Iman | Hanna | TV Okey | |
Tentang Hati Dia | Tiara | TV3 | |
Surat Dari Tuhan |
Telefilem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2020 | Misteri Jam Vintage | Linda | Astro Citra |
2021 | Bukan Cinta Biasa | Athirah | TV2 |
Aisya & Bella | Mei Ling | ||
2022 | Bukan Teman Stereotype | Citra Ayu Maulida Ramlee | TV9 |
Web Drama Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2020 | KL Gangster: Underworld 2 | Teja | Iflix |
Televisyen Sunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Selamat Pagi Malaysia | Dirinya sendiri | TV1 | Mempromosikan telefilem Bukan Cinta Biasa |
Rujukan Sunting
- ^ Norhayati Nordin (14 Julai 2022). "Ikut kehendak watak". Harian Metro. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
- ^ Najiy Jefri (30 Oktober 2021). "Bukan sekadar lagak ngeri". Harian Metro. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
- ^ Charma Kie (11 Julai 2022). ""Adakala Saya Tergelincir" – Trisha Ooi Bersyukur Tidak Keseorangan Beraksi Ngeri". BOOM!. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
- ^ Norhayati Nordin (30 Jun 2022). "Watak Erra buat Trisha dikecam hebat". Harian Metro. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
- ^ Norhayati Nordin (29 Julai 2022). "'Perampas dalam lakonan, ok lah' - Trisha Ooi". Harian Metro. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (18 Ogos 2023). "Mesej dalam lakonan". Harian Metro. Dicapai pada 21 September 2023.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (18 September 2023). "Trisha Ooi tak kisah berkemban". Berita Harian. Dicapai pada 21 September 2023.