Menanti Senja ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Faizal Nadxaman. Ia dibintangi oleh Trisha Ooi dan Fazziq As'ari. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di TV3 melalui Slot Samarinda bermula 17 Januari 2024 menggantikan Hati Tercarik Luka.[1]

Menanti Senja
Genre
Ditulis olehShaza Talib
PengarahFaizal Nadxaman
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifMarjiena Abdul
PenerbitHariff Ahamat
Rosnita Abdul Rahman
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Anomali Media & Production
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Samarinda)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal17 Januari 2024 – 12 Februari 2024
Kronologi
MengikutiHati Tercarik Luka
Diikuti olehRindu Kasih 2

Sinopsis sunting

Mengisahkan pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah dan suami diuji apabila isteri dan anaknya dipisahkan daripadanya akibat kesalahan yang tidak dilakukannya.

Selepas ayahnya meninggal dunia, Syukri mengambil alih tanggungjawab menjaga ibunya, Mak Milah. Syukri membuka sebuah kedai yang menawarkan servis memperbaiki alatan elektrik dengan sahabat baiknya, Epul. Walaupun perniagaan mereka hanya kecil-kecilan, namun ia dapat menampung keluarga masing-masing.

Kehidupan sederhana Syukri berubah selepas berkenalan dengan Sarah, anak kepada pemilik syarikat perindustrian kayu. Mereka berkahwin dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Suhana walaupun perkahwinan mereka tidak direstui oleh ayah Sarah, Kamal.

Kamal telah menyuruh Syukri bekerja di kilangnya. Satu hari, Syukri dituduh pecah amanah. Malangnya, Syukri gagal membela diri dan dipenjarakan akibat kesalahan yang tidak dilakukannya. Setelah dibebaskan, Syukri telah bertekad untuk membersihkan namanya demi menambat hati Sarah semula dan mendapatkan hak jagaan anaknya Suhana. Adakah perjuangan cinta seorang suami dan ayah ini berpihak kepadanya?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon undangan & Penampilan khas sunting

  • Jeri Jamalullail (Jeri Shades) sebagai Jebat

Pelakon pembantu & tambahan sunting

  • Nazwan
  • Hamidi Dorsamin
  • Hamizan Junnaidi
  • Eyda Rahman
  • Che Norizuan (Boy Wan)
  • Hairi Azuat b. Razali
  • Nor Farhana bt Mat Dali
  • Badrul Sham bin Harun
  • Muhd Faizy Halim
  • Nik Badrol Hisham b. Nik Din
  • Mohd Azhari b. Sarif
  • Rezaki b. Daud
  • Nor Asli bin Mon
  • Mohd Rezal bin Abd Rahman
  • Nur Humaira
  • Yasmeen Zanayah binti Mohamad Hidir
  • Afrin Arissa Medina binti Mohd Hairul
  • Lienda Halim
  • Al Amrie
  • Hidir Sani
  • Nor Azlin Shamsudin
  • Mohd Erman Ibrahim
  • Noor Azizah Abd Jalil
  • Zaliqqal Izzah bt Mokhtar
  • Roslinawati bt Mat
  • Muhd Dayyan Lee
  • A. Juahir @Mizie Arjuna
  • Zaed bin Abd Hamid
  • Mohd Izhan Saliman
  • Mohammad Anwar Abd Halim
  • Asyraff Huzaini
  • Airil Hafiz
  • Nor Shaf Adriyana
  • Bella Camellia binti Mohamad Hidir
  • Afiera Alessya Medina binti Mohd Hairul

Penerbitan dan siaran sunting

Drama Menanti Senja menyusuli drama Hati Tercarik Luka. Ia merupakan drama terbitan syarikat Malaysia iaitu Anomali Media & Production dan diarahkan oleh Faizal Nadxaman. Ia ditayangkan bermula 17 Januari 2024 di TV3 melalui Slot Samarinda pada hari Isnin sehingga Khamis, pukul 10.00 malam waktu tempatan. Menanti Senja juga boleh ditonton melalui platform Tonton.[2] Drama ini mempunyai 15 episod penayangan.[3]

Runut bunyi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Drama Menanti Senja (TV3)". MyInfoTaip. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  2. ^ Afiqah Azizan (17 Januari 2024). "Tonton Apa Hari Ni: 'Menanti Senja'". Xtra. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  3. ^ Budiey (26 Januari 2024). "Sinopsis Drama Bersiri MENANTI SENJA Lakonan Johan As'ari & Trisha Ooi". Sensai Selebriti. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  4. ^ Ruszaini Ruslan (23 Januari 2024). ""Sinar Sunyi" Dendangan Hariz Fayahet Serikan Drama "Menanti Senja" di TV3". maskulin.com.my. Maskulin. Dicapai pada 5 Mac 2024.