Sherie Merlis
Sherie Merlis (lahir Sharifah Saadah Wan Zainal; 23 Oktober 1972) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau banyak bergiat aktif di televisyen dan filem dan pernah dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin dan Anugerah Filem Asia.[1][2][3]
Sherie Merlis | |
---|---|
![]() Sherie pada 2006. | |
Kelahiran | Sharifah Saadah binti Wan Zainal 23 Oktober 1972 |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1989–kini |
Pasangan | Esma Daniel (1992–1997; bercerai) Tengku Shafiz Rullah As Syafiee (2012–kini) |
Anak | 4 |
Ibu bapa | Wan Zainalabidin Tuanku Kassim Raden Aini Raden Kasron |
Kehidupan awalSunting
Dilahirkan di Sibu, Sarawak, Sherie merupakan anak ketiga daripada 5 beradik kepada pasangan Wan Zainalabidin Tuanku Kassim dan Raden Aini Raden Kasron. Sherie berketurunan Arab dan Melayu melalui ayahnya. Sebelah ibunya pula adalah berketurunan Melayu dari Pontianak, Indonesia dan berketurunan Cina dari Yunnan, China. Hanya diketahui bahawa nenek moyang aslinya dari sebelah ibunya merupakan seorang bangsawan Kesultanan Pontianak dari Borneo.
KerjayaSunting
Sewaktu kecil, Sherie sering menonton filem dengan keluarganya dan kemudian menjelaskan bahawa hal ini telah memberikan inspirasi kepada minatnya dalam lakonan. Pada umur 19 tahun, Sherie mula bekerja sebagai pelakon di Kuala Lumpur.
Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1989 menerusi filem Part-Time dan sejak itu beliau terus aktif berlakon dalam televisyen dan filem. Pada tahun 2014, Sherie membuat penampilan teater pertama dengan muncul dalam pementasan teater Surat Sabariah yang berlangsung di KLPac dengan memegang watak sebagai Sarimah.[4][5]
Kehidupan peribadiSunting
Sherie Merlis berkahwin sebanyak dua kali. Beliau sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel dari 1992 hingga 1997 dan dikurnikan dua anak.[6]
Pada 2 Januari 2012, Sherie berkahwin dengan penerbit muzik yang juga bekas suami Dira Abu Zahar, Tengku Shafiz Rullah As Syafiee atau Ash.[7] Hasil perkahwinan mereka, dua orang cahaya mata telah dikurniakan iaitu Tengku Kaseh Anaqah, lahir pada 1 Julai 2012 dan Tengku Areef Bolkiah As Syafiee, lahir pada 21 Januari 2014.[8]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1989 | Part-Time | ||
2000 | Leftenan Adnan | Tuminah | |
2010 | Janin | Munah | |
2011 | Chow Kit | ||
2013 | Aku Pilih Kamu | ||
2014 | Pintu Neraka | ||
2018 | Lee Chong Wei: Rise of the Legend | Latifah Sidek | |
2019 | Motif | Suri |
DramaSunting
Tajuk | Tahun |
---|---|
Mat Despatch | 1997 |
Daun Di Musim Luruh | |
Sejadah Terakhir | |
Teratai Layu Di Tasik Madu | |
Kamelia | |
Diari Dewi | |
Perempuan Atau Wanita | |
Kau Dan Aku | 2009 |
Warkah Terakhir: Rosli Dhobi | 2009 |
Di Telapak Kaki Bonda | 2011 |
Geng Surau | 2011 |
Cita & Cinta | 2011 |
Cinta Stroberi & Coklat | 2011 |
Karlos | 2012 |
Perempuan Neraka | 2012 |
Bila Kucing Menangis | 2012 |
Sebelum Lima Perkara | 2012 |
Sebelum Kiamat | 2012 |
Resepi | 2013 |
Ramadan Yang Hilang | 2013 |
Sehangat Dakapan Mama | 2014 |
Jangan Kafankan Dia | 2014 |
Malaikat Tersembunyi | 2014 |
Boria Raya | 2014 |
30 Hari Puasa | 2014 |
Delina | 2015 |
TelefilemSunting
Tajuk | Tahun |
---|---|
Dee & Moon | 2006 |
Hantu Janet | 2005 |
TeaterSunting
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2014 | Surat Sabariah | Persembahan pentas pertama |
2019 | Semarak Pertiwiku[9] | Teater mengenai rasuah |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2012 | Anugerah Skrin 2012 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama | Di Telapak Kaki Bonda | Menang |
2018 | Anugerah Skrin 2018 | Pelakon wanita Terbaik Drama | Pendosa Ingin Ke Syurga | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ Hanisah Selamat (2 November 2010). "Bernyawa kembali". Berita Harian. Diarkib daripada yang asal pada 14 Julai 2014. Dicapai pada 1 Januari 2011.
- ^ "Sherie Merlis...berhati-hati pilih watak". Utusan Malaysia. 27 Mei 2000. Diarkib daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 17 Jun 2010.
- ^ "Anugerah selepas 24 tahun". Kosmo!. 12 November 2012. Diarkib daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 2 Oktober 2013.
- ^ Syaffique Shuib (21 November 2014). "#SuratSabariah: Sherie Merlis tidak mahu dibayangi lakonan Sarimah". Astro Awani. Dicapai pada 3 September 2015.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (6 Disember 2014). "Menangis kerana Sabariah". Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2014.
- ^ "Sherie Merlis menghilang?". Berita Minggu. 7 Februari 1993. Dicapai pada 3 September 2018.
- ^ Feride Hikmet Atak (2 Januari 2012). "Ash dan Sherie Merlis selamat diijabkabulkan". mStar Online. Dicapai pada 2 Oktober 2012.
- ^ Khadijah Ibrahim (6 September 2012). "Kaseh pengikat Sherie, Ash". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 17 November 2015. Dicapai pada 2 Oktober 2012.
- ^ "Sherie Merlis, Azhan Rani dan Anding antara selebriti yang menjayakan teater tentang rasuah". Malaysiakini. 5 Julai 2019. Dicapai pada 3 September 2019.