Motif merupakan filem drama jenayah Malaysia 2019 arahan Nadiah Hamzah. Dalam filem ini, seorang remaja perempuan di bandar kecil telah dibunuh, seorang inspektor perempuan berazam untuk menyiasat kes ini, namun suspek utama adalah ayah remaja itu.

Motif
PengarahNadiah Hamzah
Penulis
  • Nadiah Hamzah
  • Muhammad Bahir
  • Honey Ahmad
Dihasilkan oleh
  • Muhammad Bahir
  • Farah Al Amin
Dibintangi
SinematografiZainudin Mohamed
Disunting oleh
  • Muhammad Bahir
  • John Hafiz
Muzik oleh
  • Teoh Eng Hooi
  • Irena Taib
Syarikat
penerbitan
  • WayangWorks
  • Ore Struck Media
Diedarkan olehEmpire Film Solution
Tarikh tayangan
26 September 2019 (Malaysia)
Masa tayangan
1 jam 25 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM 79 ribu

Ia ditayangkan pada 26 September 2019 di Malaysia.[1][2][3][4]

Sinopsis

sunting

Inspektor Dewi (Sharifah Amani) seorang inspektor perempuan dari bandar yang ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan seorang remaja perempuan, Anna di pekan Tanah Merah. Anna terakhirnya dilihat di sebuah hotel lama. Inspektor tempatan, Rizal (Taqim Zaki) ditugaskan membantu Dewi. Kehadiran Dewi tidak disenangi oleh penduduk situ dan menerima tentangan hebat dari ayah remaja yang hilang itu, Hussein (Rosyam Nor) yang merupakan orang kaya Tanah Merah tetapi dia tidak percayai kebolehan Dewi. Sementara itu, Dewi juga ada masalah peribadinya kerana dia sedang dalam hubungan poligami dengan seorang lelaki yang ada isteri pertama.

Apabila Anna ditemui dibunuh, semua orang berkaitan dengan Anna disyaki, semua dengan motif tersendiri, bolehkah Dewi selesaikan kes bunuh ini?

Pelakon

sunting

Sumber rujukan

sunting
  1. ^ "Empat tonggak tarikan Motif". Berita Harian.
  2. ^ "Nadiah Hamzah mengambil inspirasi dari siri drama pembunuhan Scandinavia untuk filem debutnya Motif". The Sun.
  3. ^ "Nadiah Hamzah bawa kelainan dalam filem debut "Motif"". Cinema.com.my.
  4. ^ "'Motif': Ulasan filem". The Hollywood Reporter.

Pautan luar

sunting