Azhan Rani

Pelakon lelaki Malaysia

Azhan Abdul Rani (lahir 24 Januari 1976) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Tanjung Karang, Selangor. Memulakan kerjaya awalnya dalam bidang lakonan menerusi teater dan drama radio, beliau terkenal dengan peranan di televisyen dan filem.[1][2]

Azhan Rani
Kelahiran
Azhan bin Abdul Rani

(1976-01-24) 24 Januari 1976 (umur 48)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Drama dan Teater
Pusat pendidikanUniversiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1994–kini
Ketinggian1.82 m (6 ka 0 in)
Ibu bapa
  • Abdul Rani Sabri (bapa)
  • Salmah Budin (ibu)

Kehidupan awal sunting

Azhan dilahirkan pada 24 Januari 1976 di Tanjung Karang, Selangor dan dibesarkan di Kuala Kubu Bharu. Beliau merupakan anak keempat daripada lima beradik kepada pasangan Abdul Rani Sabri dan Salmah Budin.[3][4] Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Drama dan Teater di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).[5]

Kerjaya sunting

Azhan memulakan kerjaya awal sebagai pelakon teater pada 1994.[6] Beliau seterusnya bergiat aktif dalam drama radio pada 2004, ketika berusia 28 tahun, di mana ketika itu hasrat beliau sekadar ingin mencuba dan mengetahui bagaimana drama radio dilakukan. Sepanjang tempoh itu, beliau telah menjayakan sebanyak 100 drama radio. Penerbit drama radio RTM, Zuraida yang ketika itu kebetulan datang menonton teater lakonan beliau, Lantai T Pinkie. Beliau pertama kali tampil bergandingan bersama pelakon berpengalaman Jalaluddin Hassan.[7]

Penampilan televisyen pertamanya ialah pada 2007 menerusi drama Sesuci Cinta Soffiya yang menggandingkan beliau bersama Rozita Che Wan. Pada tahun 2013, Azhan membintangi filem sulungnya, sebuah filem komedi pasca-apokaliptik arahan Woo Ming Jin lakonan Zizan Razak, KL Zombi. Beliau turut membintangi dua lagi filem yang ditayangkan pada tahun sama, Aku Pilih Kamu dan Kolumpo.

Azhan memegang watak sebagai A. R. Tompel dalam filem biopik Saloma arahan Melissa Saila yang dibintangi oleh Nabila Huda yang memegang watak Biduanita Negara Puan Sri Saloma.[8][9]

Beliau muncul bersama Ayda Jebat dan Syafiq Kyle dalam drama Dekatkan Jarak Kita yang bersiaran di TV3. Azhan memegang watak sebagai Ustaz Hamadi dalam drama Nur yang dibintangi oleh Amyra Rosli yang bersiaran di TV3 sepanjang Ramadan.[10] Azhan muncul dalam filem Kalla: Hidup Atau Mati arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin yang ditayangkan pada Oktober 2018, serta filem Bikin Filem yang akan menunggu tarikh tayangan.[11]

Kehidupan peribadi sunting

Azhan dilahirkan dan dibesarkan di Tanjung Karang, Selangor. Bapa beliau, Abdul Rani Sabri meninggal dunia pada 21 Ogos 2016 pada usia 71 tahun akibat penyakit sesak nafas.[12] Selain itu, Azhan juga bersahabat baik dengan pelakon dan pengarah Farid Kamil, malah beliau beranggapan Farid (yang ketika itu sedang berhadapan dengan tuduhan jenayah di mahkamah) tidak pernah menganiaya sesiapa.[13]

Azhan masih membujang dan belum berkahwin, menjadikan beliau satu-satunya yang masih bujang di kalangan 5 adik-beradiknya.[14] Beliau bagaimanapun tidak tertekan jika ditanya tentang soal berumahtangga.[15][16] Selepas bapanya meninggal, Azhan menumpukan sepenuh perhatian kepada ibunya.[17]

Beliau juga menjalankan tanggungjawabnya untuk menderma darah.[18][19][20]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 Sepi Filem bebas
Kotak Along Hutang
2011 Jalan Pintas Filem bebas
Kotak Samad
2013 KL Zombi Azman Filem pertama
Balada Pencinta Majid
Aku Pilih Kamu Imran
Kolumpo Azhan
2014 Anak Jantan Ejen Ali
Lelaki Harapan Dunia Cina
2018 Hantu Rumah Sakit Jiwa Razak Filem televisyen Astro First
Kalla: Hidup Atau Mati Inspektor Harris
2019 Rise to Power: KLGU Tauke
Motif Kamal Penampilan khas
2020 Tyickoouns Orang Jahat 1
Kelaster Dr. Madi
Bikin Filem Rahim G
2021 Seandainya Kau Ada Imam
Kampung Latah Kena Kuarantin Ajin
Frontliner Dr. Azman
2022 Kampung Latah The Mummy Ajin
Anak Rimau The Movie Ehsan
Rasuk Harris Penampilan khas
Daddyku Gangster
2023 Penanggal Mak Kiah Dirinya sendiri
Tebus Bakar
2024 Rampok Tuan Rudin
Misi Ainaa Filem pendek
Korsakoff
Mencari Ramlee
Reversi Hisham
TBA Dendam Dari Pusara Dolah Dalam perancangan
Vektor Alchemist

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007 Airmata Maria Kontraktor binaan TV3 Kameo dalam episod 22, tidak dikreditkan
Sesuci Cinta Soffiya Imran
Dinasti Bilut TV1
Spa Q Zaki TV3
2008 Ku Milikmu
2009 Tower 13 Detektif Malik
Warkah Terakhir: Rosli Dhoby Abang Han Abang Ahmad Astro Citra Mini Series
Lembing dan Layang Bah Ayob @ Mohd Nor Abdullah Mini series
Embun Mutiara Suami Athirah TV3
2010 Dendam Orang Minyak Lamin
2011 Wasiat Astro Prima
Gemilang Ali TV3
Supermak Inspektor Reez
Terowong Yus Episod: "Cantik"
Iparku Diva Hassan Astro Warna
2012 Gemersik Kalbu Nazrul TV3
Amukan Pocong Long Hussin
Mana Hilangnya Juwita Astro Ria
Tanah Kubur (Musim 4) Halim Astro Oasis Episod: "Susuk Marabah"
2012–2013 Cinta Dalam Hati Rio Darwan TV2
2013 Tanah Kubur (Musim 6) Kamal Astro Oasis Episod: "Sisih Anak"
Derhaka Seorang Madu Kamal TV3
2014 7 Suami Luqman
Fajar Aiman Shafie
Kifarah (Musim 1) Zahir Episod: "Bisikan Qarin"
Tanah Kubur (Musim 11) Salim Astro Oasis Episod: "Mayat Terapung"
2015 Nasuha Nasrun TV9
Tanah Kubur (Musim 14) Azman Astro Oasis Episod: "Teraniaya Rusuk Kiri"
Bidadari Anjang TV3
Wadi Bakri
Kifarah Mistik Episod: "Saka"
2016 Tanah Kubur (Musim 15) Azmin Astro Oasis Episod: "Kahwin Paksa"
Samudera Rindu Zainal TV9
2017 Budak Ijat Razak TV3
Dekatkan Jarak Kita Kamil
Aku Di Sisimu Faizal TV1
Waris Kampung Semarah Padi Wak
Ops Cinta Din Sardin Zack TV9
2018 13 Khurafat Ustaz Astro Prima
Halalkan Hati Yang Ku Curi Abang Ali TV3
Nur Ustaz Syed Hamadi
KL Gangster: Underworld Tauke Iflix
Matahari Cerah Lagi Jalil TV Okey
Mencari Qiblat Ustaz Malik TV3
2019 Nur 2 Ustaz Syed Hamadi
Aku Tak Raya Malik
Hilang Yang Kembali Tuan Ismail
Rumah Siti Khadijah Chip Kameo: Episod 13
Sembil9n Aboi Astro GO, Astro Citra
2020 Mummy Oja Anaqi Awesome TV
Rumah Rara Razi
KL Gangster: Underworld 2 Tauke WeTV
2021 Hantu Van Sewa Leman Awesome TV
Sis Stars Hotel Ismail
Kiblat Yang Hilang Lion
Langkah Terakhir Bang Long TV Okey
Keluarga Untuk Disewa Alwi / Azman TV9
Terlerai Noktah Tuan Ismail TV3
2022 Dilema Sebuah Anugerah Kamal Awesome TV
Fantasia Inn Tuan Rejab TV Okey
Cina Buta Tan Sri Astro Ria
Gila Viral Syed Zainal / Mat Rasta Astro Warna
2023 Sekali Aku Bahagia Naufal TV3
Budak Hostel Otaknya Sewel Cikgu Marzuki Astro Ria
Tanah Kubur (Musim 16) Roy Astro Oasis Episod: "Sekeji Pedofil"
Bang... Maznah Datang... Abang Ali Awesome TV
2024 Khunsa Wan Mat Jusoh Astro Ria

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Yassin Untuk Bonda Osman TV3
2011 7 Lagu Astro Citra
2012 Ego TVi
Meriahnya Raya TV1
Neraka Abah TV9
7 Hari Di Neraka
Perempuan Tanpa Rahim Razi
Teratak Shamsiah Dato' Raus TV3
Mr Labuci Marlique
Pelarian
Peluang Kedua Halim
2013 Abah Tak Balik Malam Raya Basri
2014 Saloma A. R. Tompel Astro First Eksklusif
7 Jam TV9
Warkah Syurga Fuad Astro Prima
2015 Spaghetti Masak Lodeh Zikri Astro Ria
Rindu Dari Pencipta Haziq Astro Prima
Izinku Kembali Muzammil
2016 Aku Tak Marah
2017 Lukisan Cinta Astro Ria
Psikopat Amirul TV2
Yam Melaram TV9
Inayah Muhammad Astro Citra
Kapur Kuning Buat Puteh
Syurgaku TV3
Sakit Omar
Hijrah Di Ufuk Senja Saiful TV2
Jalan Sehala Pak Ajis TV1
2018 Kitab Sijjin Astro Citra
Apabila Terbit Fajar Johan TV3
2019 Dari Jauh Paksu
Viral Alam Maya Malik
Restu Ayah Wahid
Terima Kasih Ibu Cikgu Malik
Pulangkan Syawalku Azlan TV2
Sesekali Adeng
Tebus Shariff Astro Citra
2020 Di Pinggir Ilusi Rizman TV2
2021 Khilaf Terakhir Manaf TV1
Cinta 24 Jam TV2
2022 Robohnya Rumah Kecil Man TV Okey
Misteri Lain Macam Jali TV3
2023 Anak Tuan Sani
Durjana Pujaan Jaka TV1
2024 Seharum Firdausi Razak TV3

Teater sunting

Tahun Tajuk
2004 Lantai T. Pinkie

Drama radio sunting

Tajuk
Tuah Si Pandir
Kesetiaan Seorang Pahlawan
Istiqamah Sebuah Cinta
Nilam Satria

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2015 Anugerah Tribute P. Ramlee Pelakon Pembantu Terbaik Menang
2019 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 Antagonis Pilihan Menang
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Aktor Filem Popular Tercalon
Couple Filem Popular (bersama Nadia Mustafar) Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Wawann Mohd (4 September 2017). "Pernah diminta berhenti berlakon". Sinar Harian. Dicapai pada 6 Mei 2018.
  2. ^ "Azhan Rani tak rasa popular". Kosmo!. 10 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 10 Julai 2018.
  3. ^ Tengku Suzana Raja Hamat (20 Jun 2018). "Kisah Kalla, Aidilfitri Azhan Rani & Faizal Hussein". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 10 Julai 2018.
  4. ^ Amirah Amaly Syafaat (21 Jun 2015). "Pelakon teater underdog". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-23. Dicapai pada 22 Januari 2016.
  5. ^ Ramlah Zainal (18 September 2023). "Asyik watak jahat saja..." Harian Metro. Dicapai pada 21 September 2023.
  6. ^ "Azhan minat teater, muncul pelakon terbaik". Utusan Malaysia. 24 September 1994.
  7. ^ Wawann Mohd (5 Disember 2016). "Azhan Rani berlakon hampir 100 drama radio". Sinar Harian. Dicapai pada 6 Mei 2018.
  8. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (24 Ogos 2014). Azhan Rani galas tanggungjawab berat sebagai AR Tompel mStar Online. Dicapai pada 31 Mei 2018.
  9. ^ Gambar Azhan Rani persis Allahyarham AR Tompel[pautan mati kekal] My News Hub (3 September 2014). Dicapai pada 31 Mei 2018.
  10. ^ Nadia Azam (25 Jun 2018). "Walau dapat bayaran rendah, Azhan enggan jadi 'pembangkang'". Malaysiakini. Dicapai pada 10 Julai 2018.
  11. ^ Norhayati Nordin (10 Julai 2018). "Belum rezeki raih anugerah". Harian Metro. Dicapai pada 10 Julai 2018.
  12. ^ Norhidayyu Zainal (20 Mac 2018). "Azhan Rani rindu arwah bapa". Sinar Harian. Dicapai pada 6 Mei 2018.
  13. ^ Wawann Mohd (16 Januari 2018). "Farid Kamil tak pernah berkasar dengan sesiapa: Azhan Rani". Sinar Harian. Dicapai pada 6 Mei 2018.
  14. ^ Affan Rostam (31 Ogos 2023). "Terus membujang, Azhan jaga emak dan karier". Berita Harian. Dicapai pada 21 September 2023.
  15. ^ Mohd Al-Qayum Aziz (19 September 2016). "Masih bujang, Azhan Rani tak tetekan soal kahwin". mStar Online. Dicapai pada 6 Mei 2017.
  16. ^ "Azhan Rani belum sedia kahwin walaupun usia cecah 50 tahun". Sinar Harian. 2 September 2023. Dicapai pada 21 September 2023.
  17. ^ "Azhan fokus jaga ibu, tak tertekan soal kahwin". My News Hub. 19 September 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-20. Dicapai pada 19 Mei 2018.
  18. ^ Norhayati Nordin (30 Jun 2020). "Azhan Rani seronok derma darah". Harian Metro. Dicapai pada 21 September 2020.
  19. ^ Haryati Karim (5 Mac 2021). "Derma darah gaya hidup sihat Azhan Rani". Kosmo!. Dicapai pada 21 September 2021.
  20. ^ Fatin Farhana Ariffin (27 Januari 2021). "35 kali derma darah". Berita Harian. Dicapai pada 21 September 2021.

Pautan luar sunting