Radio Televisyen Malaysia

Stesen penyiaran awam Malaysia
(Dilencongkan dari RTM)

Koordinat: 3°6′40.0″N 101°40′13.9″E / 3.111111°N 101.670528°E / 3.111111; 101.670528

Radio Televisyen Malaysia (Jawi: راديو تيليۏيشن مليسيا; secara rasmi disingkat sebagai RTM) atau Jabatan Penyiaran Malaysia (Jawi: جابتن ڤڽيارن مليسيا) ialah stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia yang memiliki dan mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran televisyen memulakan penyiaran berkedudukan dan berpusat di Kuala Lumpur, bandar raya terbesar dan ibu kota negara di Malaysia ia ditubuhkan pada 1 April 1946 di mana siaran radio telah diperkenalkan dan manakala siaran televisyen diperkenalkan pada 28 Disember 1963, ia adalah penyiar pertama dan tertua di negara ini. Radio Televisyen Malaysia memonopoli televisyen percuma ke udara sehingga 1984 dan radio sehingga 1989, apabila stesen televisyen dan radio swasta seperti TV3 dan Best FM mula beroperasi. Beribu pejabat di Angkasapuri, Kota Media, Kuala Lumpur. RTM mengendalikan 7 saluran radio nasional, 13 saluran radio negeri dan saluran radio daerah serta enam saluran televisyen. RTM juga mempunyai orkestra simfoninya sendiri iaitu Orkestra RTM. Pada 1 April 2021, RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-75 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-60. Moto utamanya ialah Teman Setia Anda.

Radio Televisyen Malaysia
Nama dagangJabatan Penyiaran Malaysia
Jenis/bentuk sahPerbadanan mahkota
IndustriMedia massa
Pendahulu
  • Radio Malaya (kemudian Radio Malaysia; 1946–1969)
  • Televisyen Malaysia (1963–1969)
Ditubuhkan1946; 78 tahun yang lalu (1946)
Ibu pejabatAngkasapuri, Kuala Lumpur, Malaysia
Kawasan perkhidmatanSeluruh negara
Asia (melalui satelit)
Tokoh pentingSuhaimi Sulaiman (Ketua Pengarah)
Keluaran
Perkhidmatan
  • Televisyen
  • radio
  • dalam talian
PemilikKerajaan Malaysia
Bilangan kakitangan4,000[1] (2021[1])
Syarikat indukKementerian Komunikasi dan Digital Malaysia
Tapak webwww.rtm.gov.my
Facebook: RadioTelevisyenMalaysia Twitter: beritartm Instagram: rtm_malaysia TikTok: radiotelevisyenmalaysia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejak penubuhannya pada 1946, RTM telah memainkan peranan penting dalam budaya dan kehidupan Malaysia. Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk penyiaran media seperti Perbadanan Penyiaran British (BBC). RTM dan stesen TV dan radio di bawah naungannya ialah ahli Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia (PENYIAR), sebuah pertubuhan media penyiaran bukan untung dan bukan kerajaan.

Sejarah sunting

Lahirnya penyiaran tempatan, 1921 hingga 1946 sunting

Sejarah penyiaran radio di Malaya (kini Malaysia) bermula pada 1 April 1921 apabila seorang jurutera elektrik kerajaan Johor, A.L. Birch membawa masuk set radio yang pertama ke negara ini. Beliau kemudiannya menubuhkan Persatuan Wayarles Johor dan memulakan penyiaran melalui gelombang 300 meter sehingga penyiaran berkedudukan dan berpusat di Johor Bahru, Daerah Johor Bahru, Singapura dan Kota Batam/Pulau Batam dan siaran dari Johor Bahru, Daerah Johor Bahru, Singapura dan Kota Batam/Pulau Batam. Kawasan penyiaran ini hanya terhad kepada Johor Bahru, Daerah Johor Bahru, Singapura dan Kota Batam/Pulau Batam sahaja dan bersiaran di Johor Bahru, Daerah Johor Bahru, Singapura dan Kota Batam/Pulau Batam. Ini diikuti dengan penubuhan persatuan yang sama di Pulau Pinang dan Persatuan Wayarles Tanah Melayu di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1930, Sir Earl dari Lembaga Pelabuhan Singapura memulakan siaran gelombang pendek dua kali seminggu iaitu pada hari Ahad dan Rabu. Usaha yang sama turut dilakukan oleh Persatuan Wayarles Tanah Melayu dengan memulakan siaran tiga kali seminggu dari Bukit Petaling, Kuala Lumpur, melalui gelombang 325 meter. Stesen ZHj Persatuan Wireless Pulau Pinang ialah stesen radio pertama di Malaya memulakan siarannya dalam bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris melalui gelombang 49.3 meter yang beroperasi di luar George Town, Negeri-negeri Selat (kini Pulau Pinang). Ini diikuti pula dengan usaha yang dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat Shenton Thomas yang membuka studio Perbadanan Penyiaran British Malaya serta pemancarnya di Bukit Caldecott, Singapura pada 1 Mac 1937 yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran British Malaya rakan sejawat tempatan kepada Perbadanan Penyiaran British. Pada tahun 1940, Perbadanan Penyiaran British Malaya diambil alih oleh kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadikannya sebahagian daripada Kementerian Penerangan British/British Department of Information yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran Malaya.

Berikutan serangan Jepun dan British menyerah kalah di Singapura pada tahun 1942, mereka turut mengambil alih dan menggunakan saluran radio yang sedia ada di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Seremban dan Singapura. Bagaimanapun pada tahun 1945, British yang kembali berkuasa turut mengambil balik stesen-stesen berkenaan.

Sejarah awal, 1946 hingga 1969 sunting

Pada 1 April 1946, Radio Malaya (Jabatan Penyiaran Malaya) sebelum ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau Jabatan Siaran Radio telah rasmi ditubuhkan di Bukit Caldecott, Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya. Dua stesen radio pertama ialah Rangkaian Merah (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam melalui gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 4.823 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Cina dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Tamil) dan Rangkaian Biru (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam dalam gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 7.2 mes/see dengan dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Melayu dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Inggeris). Selain ibu pejabatnya di Singapura, Radio Malaya juga mempunyai stesen penyiaran di bandar dan pekan di seluruh Tanah Melayu British seperti Jajahan Mahkota Pulau Pinang (kini Pulau Pinang), Kuala Lumpur, Seremban dan Melaka. Di Koloni Mahkota British di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak, Radio Sarawak dilancarkan pada 8 Jun 1954 dan Radio Sabah dilancarkan pada 9 November 1955 selepas siaran ujian sejak 1952.

Tercetusnya darurat oleh komunis pada tahun 1948, membawa kepada perlunya perkhidmatan radio diperluaskan dan diperkembangkan.

Dengan kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957, aktiviti penyiaran di Malaya beroperasi dari studio sementaranya di Jalan Young (kini Jalan Cenderasari) di Kuala Lumpur dan kemudiannya pada tahun 1956 berpindah ke Bangunan Persekutuan (Federal House), Kuala Lumpur. Di sinilah bermulanya bidang penyiaran negara yang terus berkembang diikuti dengan penubuhan pula beberapa stesen kawasan disamping yang sedia ada di Sarawak dan Sabah. Radio Malaya telah dibahagikan kepada dua stesen yang berasingan: studio asal di Singapura telah diambil alih oleh sebuah stesen baharu bernama Radio Singapura dan Radio Malaya berpindah ke Kuala Lumpur yang disiarkan dari lokasi baharu – Tingkat 5 hingga 6 Rumah Persekutuan pada 1 Januari 1959.

Siaran iklan perniagaan di radio juga bermula pada tahun 1960 yang menjadi salah satu sumber hasil baru bagi kerajaan.

Radio Malaya yang dikenali sebagai Radio Malaysia pada 16 September 1963 dengan penghantaran bermula dengan perkataan tanda dagangannya Inilah Radio Malaysia pada hari Malaysia hari ini, sebuah persekutuan yang terdiri dari Negeri-Negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (sehingga 1965) telah dilahirkan. Pada hari yang sama, Radio Sabah, Radio Sarawak dan Radio Singapura menjadi sebahagian daripada rangkaian Radio Malaysia sebagai stesen negeri masing-masing untuk pendengar Sabah, Sarawak dan Singapura mula diungkapkan oleh juruhebah serentak dengan pembentukan Malaysia pada masa yang sama. Perkhidmatan radio gelombang pendek antarabangsa utama Radio Malaysia, Suara Malaysia telah dilancarkan pada 15 Februari tahun yang sama untuk mempromosikan negara.

Bidang penyiaran kemudiannya mengorak setapak lagi apabila perkhidmatan televisyen di bawah nama Televisyen Malaysia diperkenalkan melancarkan secara rasmi pada 28 Disember 1963 jam 6:00 petang dengan bersiaran 3 jam dan 45 minit sehari bermula dari jam 5:00 petang sehingga 9:45 malam tepat pada masanya untuk sempena perayaan Tahun Baharu kebangsaan di Kuala Lumpur dan siaran serantau di Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang, Alor Setar, Seremban, Tampin, Melaka dan Johor Bahru dengan studio pertamanya terletak di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Televisyen Singapura yang berusia 10 bulan ketika itu (dilancarkan pada 15 Februari 1963) menjadi sebahagian daripada Televisyen Malaysia pada Januari 1964 sebagai stesen negerinya untuk penonton Singapura, peranan yang disampaikan sehingga 1965, apabila Singapura merdeka. Semasa menjadi sebahagian daripada Malaysia, Singapura, seperti tiga rakan kongsinya yang lain–Sabah, Sarawak dan Malaya mempunyai rangkaian radio sendiri, tetapi Singapura adalah satu-satunya negeri yang mempunyai rangkaian televisyen sendiri. Hak siaran radio dan televisyen negeri telah dimasukkan sebagai lampiran dalam Perjanjian Malaysia yang memperoleh autonomi dalam bidang ini antara lain. Operasi siaran kemudiannya berpindah ke Angkasapuri, Kota Media, Kuala Lumpur telah rasmi memulakan siaran pada 6 Oktober 1969.

Selepas penggabungan, 1969 hingga 2001 sunting

Pada 11 Oktober 1969, radio dan televisyen rasmi bergabung dan diletakkan di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia identiti Radio Malaysia dan Televisyen Malaysia bergabung menjadi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Perkhidmatan Televisyen mengorak selangkah lagi apabila rangkaian kedua dilancarkan secara rasmi pada 17 November 1969.

  1. Rangkaian Pertama (sekarang TV1).
  2. Rangkaian Kedua (sekarang TV2).

Di Kompleks Angkasapuri, bidang penyiaran negara terus berkembang pesat. Radio dan televisyen berjalan seiring. Radio Malaysia yang dikenali sebagai Rangkaian Nasional memulakan perkhidmatan 24 jam pada 19hb Januari 1971. Penambahan waktu siaran ini bertujuan memenuhi keperluan pendengar yang sedang menjalankan tugas selepas waktu tengah malam seperti anggota keselamatan, petugas di hospital, pemandu kenderaan awam dan pengangkutan serta pelajar.

  1. Rangkaian Nasional (Bahasa Melayu, sekarang Radio Klasik).
  2. Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris, sekarang TraXX FM).
  3. Rangkaian Hijau (Bahasa Cina, sekarang Ai FM).
  4. Rangkaian Merah (Bahasa Tamil, sekarang Minnal FM).

Menjelang dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974 pula, perkhidmatan siaran Radio Ibukota dimulakan pada 5 November 1973. Siaran ini bertujuan memenuhi keperluan penduduk metropolitan yang semakin sibuk yang memerlukan banyak informasi terkini di samping hiburan. Bagi memenuhi hasrat para peminat muzik yang sentiasa memerlukan persembahan berkualiti pula, perkhidmatan siaran radio FM Stereo diperkenalkan pada 20 Jun 1975.

  1. Radio Ibukota (sekarang KL FM).
  2. FM Stereo (sekarang Nasional FM).

Di samping perkembangan pesat di peringkat ibu pejabat, stesen-stesen di peringkat daerah juga turut ditambah. Begitu juga diperingkat ibu pejabat, perubahan sentiasa dialakukan dari masa ke semasa termasuk memperkenalkan rancangan dan format baru seperti 'phone-in-programme'. Pada 19hb Januari 1971, Radio Malaysia rancangan-rancangan disiarkan dalam empat bahasa iaitu Melayu (Perkhidmatan Bahasa Melayu), Inggeris (Perkhidmatan Bahasa Inggeris), Cina (Perkhidmatan Bahasa Cina) dan Tamil (Perkhidmatan Bahasa Tamil) yang rasmi dikenali rangkaian:

  1. Radio 1 (Bahasa Melayu, sekarang Radio Klasik).[2]
  2. Radio 2 (Muzik, sekarang Nasional FM).[3]
  3. Radio 3 Ibu Kota/Radio 3 Kuala Lumpur (Radio Ibukota, sekarang KL FM).[4]
  4. Radio 3 Pulau Pinang (Radio Tempatan, sekarang Mutiara FM).[5]
  5. Radio 4 (Bahasa Inggeris, sekarang TraXX FM).[6]
  6. Radio 5 (Bahasa Cina, sekarang Ai FM).[7]
  7. Radio 6 (Bahasa Tamil, sekarang Minnal FM).[8]

TV1 mula menyiarkan dalam warna sejak 28 Disember 1978 di Semenanjung Malaysia.

TV2 mula menyiarkan dalam warna sejak 7 Mei 1979 di Semenanjung Malaysia.

TV1 dan TV2 mula menyiarkan dalam warna sejak 31 Ogos 1980 di Sabah dan Sarawak tepat pada masanya Hari Merdeka.

TV1 dan TV2 mula menyiarkan dalam sepenuh warna sejak 1 Januari 1982 di Semenanjung MalaysiaSabah dan Sarawak tepat pada masanya Tahun Baharu.

Setelah lebih 20 tahun beroperasi, TV Malaysia kini boleh terus berbangga kerana menggunakan pelbagai peralatan canggih setanding dengan negara-negara maju yang lain. Ini termasuklah penggunaan komputer sepenuhnya dalam operasi siaran yang dikendalikan dari Pusat Operasi Siaran (TOC) dan penggunaan satelit penerimaan siaran (KOMSAR).[9]

Lebih membanggakan lagi, jumlah pendengar dan penonton serta perolehan daripada siaran iklan telah semakin bertambah dan RTM turut mengorak langkah setapak lagi apabila RTM Net diperkenalkan pada akhir tahun 1995. Perkhidmatan ini yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 27 Disember 1995, membolehkan semua rangkaian radio di negara ini diikuti melalui rangkaian Internet.[10]

TV1 dan TV2 mula memasuki platform Astro pada 1 Jun 1996.

Penjenamaan semula dan transformasi, 2001 hingga 2015 sunting

Pada 1 April 2001, RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-55 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-40.

Pada 1 Ogos 2004, RTM telah rasmi melancarkan logo baharu, empat bulan selepas RTM meraikan ulang tahunnya yang ke-58 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-43.

Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-59 pada 1 April 2005, stesen radio RTM telah menjalani penjenamaan semula dan penamaan semula.[11]

  • Radio 1 - Perkhidmatan Bahasa Melayu Radio 1 telah dijenamakan semula sebagai Nasional FM (sekarang dikenali sebagai Radio Klasik).
  • Radio 2 - Perkhidmatan Muzik Radio 2 telah dijenamakan semula sebagai Muzik FM (sekarang dikenali sebagai Nasional FM).
  • Radio 3 - Kebanyakan stesen radio perkhidmatan tempatan Radio 3 menggunakan nama berdasarkan nama tempat dalam bahasa Melayu diikuti oleh FM. Perkhidmatan bahasa bukan Melayu Sabah dijenamakan semula sebagai Sabah V FM, manakala perkhidmatan bahasa Inggeris dan Cina serta bahasa Bumiputera Sarawak dijenamakan semula sebagai Red FM dan Wai FM masing-masing.
  • Radio 4 - Perkhidmatan Bahasa Inggeris Radio 4 telah dijenamakan semula sebagai Traxx FM.
  • Radio 5 - Perkhidmatan Bahasa Cina Radio 5 telah dijenamakan semula sebagai Ai FM.
  • Radio 6 - Perkhidmatan Bahasa Tamil Radio 6 telah dijenamakan semula sebagai Minnal FM.
  • Radio 7 - Perkhidmatan Bahasa Asli Radio 7 telah dijenamakan semula sebagai Asyik FM.
  • Radio Irama Melayu Asli - Perkhidmatan Radio Irama Melayu Asli telah dijenamakan semula sebagai Klasik FM.

Pada 12 Ogos 2006, Nasional FM bergabung dengan Klasik FM untuk membentuk Klasik Nasional FM, dan menyiarkan muzik Melayu klasik bersama-sama program utamanya 24 jam sehari sempena ulang tahun ke-60 RTM. Bagaimanapun, penggabungan itu bertahan selama lima tahun sahaja, kerana stesen itu mula kehilangan pendengar kepada stesen saudara dan pesaing persendirian seperti Hot FM, Sinar FM dan Era FM, serta Radio24 (kini Bernama Radio) yang baru mula operasi dengan mengambil alih bekas frekuensi Klasik FM. Oleh itu, Klasik Nasional telah dibubarkan pada 1 Januari 2012 pada tengah malam dan berpecah kepada dua stesen radio asal, dengan Nasional FM menggunakan frekuensi yang sama seperti bekas Muzik FM (dihentikan pada awal tahun 2012) dan Klasik Nasional menjadi Radio Klasik.

Pada 1 April 2011, RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-65 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-50.

Suara Malaysia telah ditukarkan kepada podcast internet pada 31 Ogos 2011 sebelum ia tamat operasi pada akhir tahun 2012 dan kemudian Suara Malaysia - Tagalog pula akan ditamatkan pada 30 April 2022.

Pada 31 Disember 2013, RTM meraikan ulang tahunnya ke-50 siaran televisyen di Malaysia.[12]

Peralihan ke digital, 2015 hingga sekarang sunting

Pada tahun 2019, Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengumumkan akan menyediakan saluran baru melalui RTM. Menterinya, Gobind Singh Deo, mengatakan bahawa rancangan di saluran ini akan merangkumi dokumentari yang memberikan maklumat kepada orang ramai.[13][14][15]

Tiga saluran TV baru majlis pelancaran secara rasmi semasa era penyiaran televisyen digital RTM: TV Okey pada 21 Mac 2018, RTM HD Sports (sekarang Sukan RTM) pada 13 Julai 2018 dan Berita RTM pada 25 Jun 2020. TV Pendidikan kembali ke RTM setelah 20 tahun pada 6 April 2020 dan mula ditayangkan di TV Okey di bawah program Kelas @ Rumah.

Pada 1 April 2019, TV1, TV2 dan TV Okey telah rasmi memulakan penyiaran HDTV sempena RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-73 dan RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-58 telah rasmi tersedia secara eksklusif melalui perkhidmatan myFreeview DTT di Saluran 101, 102 dan 110.

Pada 1 Mac 2021, RTM melancarkan secara rasmi saluran TV baru TV6 yang dikhaskan untuk menjalankan semula rancangan klasik seperti filem petik Melayu klasik, drama retro dan hiburan retro yang pernah disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia pada era 1960-an, 1970-an dan 1980-an dulu dari arkib RTM telah rasmi menyiarkan percubaan.

Pada 1 April 2021, RTM telah rasmi melancarkan logo dan perkataan baharu kepada huruf kecil rtm dan telah rasmi melancarkan moto dan cogan kata baharu ialah Teman Setia Anda sempena RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-75 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-60. RTM Sports yang dijenamakan semula sebagai Sukan RTM. Pada hari yang sama, TV1 dan TV2 telah rasmi memulakan penyiaran HDTV telah rasmi tersedia secara eksklusif melalui perkhidmatan Astro dan NJOI di Saluran 101 dan 102. Johor FM meraikan ulang tahun ke-100.

Pada 1 April 2022, RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-76 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-61. TV Okey telah rasmi memulakan penyiaran HDTV telah rasmi tersedia secara eksklusif melalui perkhidmatan Astro dan NJOI di Saluran 146.

Pada 1 April 2023, RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-77 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-62.

Pada 1 Julai 2023, RTM telah kembali menyiarkan semula program berita berbahasa inggeris iaitu Malaysia Tonight dan Update@Noon yang disiarkan pada setiap hari pada jam 8:30 malam di TV1 dan pada jam 12:30 tengah hari di TV2 sempena RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-77.

Pada 1 Oktober 2023, Update@Noon telah rasmi melancarkan nama baharu menjadi World Today.

Pada 1 Disember 2023, TV1 dan TV2 telah rasmi memulakan penyiaran HDTV telah rasmi tersedia secara eksklusif melalui perkhidmatan Unifi TV di Saluran 101 dan 102.

Pada 13 Februari 2024, RTM telah rasmi melancarkan semula stesen radio muzik yang dikenali sebagai Muzik FM, Muzik FM hanya bersiaran menerusi internet sahaja sempena RTM meraikan ulangtahunnya Hari Radio Sedunia yang ke-100.

Pada 1 April 2024, RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-78 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-63. Berita RTM telah diberi nafas wajah dan penampilan baharu sehingga dirombak semula dengan wajah baharu kedua-dua suapan untuk rasa yang lebih kontemporari dengan definisi tinggi ultra studio televisyen keras baharu dan logo televisyen baharu yang direka wajah baharu keseragaman telah dibuka secara rasmi. Rupa baharu juga memperkenalkan semua program berita televisyen ia bumper untuk semua program media di masa depan stesen ident dilancarkan semula telah dibuka secara rasmi.

Pada 24 Ogos 2024, Radio Klasik, Mutiara FM, TraXX FM, Ai FM dan Minnal FM meraikan ulang tahun ke-90.

Pada 20 Jun 2025, Nasional FM meraikan ulang tahun ke-50.

Tadbir urus dan struktur sunting

Ketua Pengarah Penyiaran sunting

  1. Mr. Jackson (1946–1955)
  2. Mr David Little (1955–1959)
  3. Mr Albert Read (1959–1969)
  4. Tan Sri Dato Dol Ramli (1969–1975)
  5. Abdullah bin Mohamad (1975–1986)
  6. Dato' Zain bin Mahmood (1986–1987)
  7. Dato' Jaafar bin Kamin (1988–1999)
  8. Dato' Ali Musa bin Sulaiman (1999–2003)
  9. Dato' Abd Rahman bin Hamid (2003–2009)
  10. Datuk Ibrahim bin Yahya (2009–2011)
  11. Dato' Norhyati binti Hj Ismail (2011–2014)
  12. Dato' Haji Abu Bakar bin Ab. Rahim (2014–2018)
  13. Tuan Haji Abdul Muis bin Shefii (2018–2019)
  14. Puan Nor Yahati Awang (2020-2021)
  15. Datuk Ruzain bin Idris (2021-2022)
  16. Dato' Haji Che Roslan bin Che Daud (2022-2023)
  17. Suhaimi Sulaiman (2023-kini)

Hartanah dan kemudahan sunting

Ibu pejabat dan pejabat cawangan sunting

 Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Ibu pejabat dan pejabat cawangan RTM
Nama Lokasi Perkhidmatan Televisyen Perkhidmatan Radio Lain
Angkasapuri Kuala Lumpur TV1, TV2, TV Okey, Sukan RTM, Berita RTM, TV6 Nasional FM, KL FM, Selangor FM, TraXX FM, Ai FM, Minnal FM, Asyik FM, Muzik FM, Radio Klasik Ibu Pejabat RTM, Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU), Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) dan Jabatan Penyiaran Negeri Selangor (RTM Selangor). Ia menempatkan bahagian Radio, Televisyen dan Berita RTM dan studio penerbitan berita dan rancangan televisyen induk.
Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis Perlis FM Pejabat cawangan negeri Perlis (RTM Perlis).
Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Abdul Halim Alor Setar, Kedah Kedah FM Pejabat induk negeri Kedah (RTM Kedah). Juga dikenali dengan alamat: Jalan Kuala Kedah.
Bangunan Tabung Haji Kuah Langkawi, Kedah Langkawi FM Pejabat cawangan Langkawi (RTM Langkawi).
Jabatan Penyiaran Negeri Pulau Pinang George Town, Pulau Pinang Mutiara FM Pejabat cawangan negeri Pulau Pinang (RTM Pulau Pinang). Juga dikenali dengan alamat: Jalan Burmah.
Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ipoh, Perak Perak FM Pejabat cawangan negeri Perak (RTM Perak). Juga dikenali dengan alamat: Jalan Raja Musa Mahadi (dahulunya Jalan Dairy).
Jabatan Penyiaran Negeri Kelantan Kota Bharu, Kelantan Kelantan FM Pejabat cawangan negeri Kelantan (RTM Kelantan). Terletak di kawasan subbandar Wakaf Che Yeh. Tapak pemancar Kelantan FM.
Jabatan Penyiaran Negeri Terengganu Kuala Terengganu, Terengganu Terengganu FM Pejabat cawangan negeri Terengganu (RTM Terengganu).
Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah (KOMPSAS) Kuantan, Pahang Pahang FM Pejabat cawangan negeri Pahang (RTM Pahang).
Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad Seremban, Negeri Sembilan Negeri FM Pejabat cawangan Negeri Sembilan (RTM Negeri Sembilan).
Jabatan Penyiaran Negeri Melaka Bandaraya Melaka, Melaka Melaka FM Pejabat cawangan negeri Melaka (RTM Melaka). Juga dikenali dengan alamat: Jalan Taming Sari.
Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar Johor Bahru, Johor Johor FM Pejabat cawangan negeri Johor (RTM Johor). Juga dikenali dengan alamat: Jalan Tasek Utara.
Bangunan RTM Kuching Kuching, Sarawak Sarawak FM, Red FM, Wai FM Iban, Wai FM Bidayuh Pejabat Induk Negeri Sarawak (RTM Sarawak). Ia menempatkan studio penerbitan Rancangan Televisyen dan Berita negeri. Juga dikenali dengan alamat: Jalan P. Ramlee.
Jabatan Penyiaran Sri Aman Simanggang, Sarawak Sri Aman FM Pejabat cawangan Sri Aman (RTM Sri Aman).
Jabatan Penyiaran Sibu Sibu, Sarawak Sibu FM Pejabat cawangan Sibu (RTM Sibu). Juga dikenali dengan alamat: Jalan Abang Haji Openg.
Bangunan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Lama Bintulu, Sarawak Bintulu FM Pejabat cawangan Bintulu (RTM Bintulu).
Jabatan Penyiaran Miri Miri, Sarawak Miri FM Pejabat cawangan Miri (RTM Miri).
Jabatan Penyiaran Limbang Limbang, Sarawak Limbang FM Pejabat cawangan Limbang (RTM Limbang).
Jabatan Penyiaran Labuan Labuan Labuan FM Pejabat cawangan Labuan (RTM Labuan). Juga dikenali dengan alamat: Jalan Tanjung Taras.
Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Digital Kota Kinabalu, Sabah Sabah FM, Sabah V FM Pejabat Induk Negeri Sabah (RTM Sabah). Ia menempatkan studio penerbitan Rancangan Televisyen dan Berita negeri. Terletak di kawasan subbandar Kepayan sepanjang Jalan Lintas.
Rumah Persekutuan Keningau Keningau, Sabah Keningau FM Pejabat cawangan Keningau (RTM Keningau).
Wisma Persekutuan Sandakan Sandakan, Sabah Sandakan FM Pejabat cawangan Sandakan (RTM Sandakan).
Jabatan Penyiaran Tawau Tawau, Sabah Tawau FM Pejabat cawangan Tawau (RTM Tawau). Juga dikenali dengan alamat: Jalan Chong Thien Vun.

Perkhidmatan sunting

Radio sunting

Kebangsaan sunting

Frekuensi Waktu siaran Stesen Bahasa Format Tarikh pelancaran Rujukan
87.7 dan 98.3 MHz 24 Jam Radio Klasik Melayu Berita, Oldies dan Hits klasik 24 Ogos 1934; 89 tahun yang lalu (1934-08-24) [16]
88.5 dan 95.3 MHz 24 Jam Nasional FM Melayu Easy listening, Berita, Oldies dan Hits klasik 20 Jun 1975; 48 tahun yang lalu (1975-06-20) [17]
90.3 dan 100.1 MHz 24 Jam TraXX FM Inggeris Easy listening, Berita, Oldies dan Hits klasik 24 Ogos 1934; 89 tahun yang lalu (1934-08-24) [18]
89.3 dan 106.7 MHz 24 Jam Ai FM Cina (Mandarin, Hakka, Hokkien, Kantonis dan Teochew) Easy listening, Berita, Oldies dan Hits klasik 24 Ogos 1934; 89 tahun yang lalu (1934-08-24) [19]
92.3 dan 96.3 MHz 24 Jam Minnal FM Tamil Easy listening, Berita, Oldies dan Hits klasik 24 Ogos 1934; 89 tahun yang lalu (1934-08-24) [20]
91.1 dan 102.5 MHz 08:00 - 23:00 Asyik FM Melayu dan Asli (Semai, Jakun, Temiar dan Temuan) Maklumat hibur dan Radio bual bicara (Orang Asli). 3 Februari 1959; 65 tahun yang lalu (1959-02-03) [21]
Radio Internet 24 Jam Muzik FM Melayu Easy listening 2 Mac 2024; 10 hari yang lalu (2024-03-02) [22]

Tempatan sunting

Negeri/Wilayah persekutuan Frekuensi Stesen Bahasa Rujukan
Perlis 102.9 MHz Perlis FM Melayu [23]
Kedah 97.5 MHz Kedah FM Melayu [24]
104.8 MHz Langkawi FM Melayu dan Inggeris [25]
Pulau Pinang 95.7 MHz Mutiara FM Melayu [26]
Perak 95.6 MHz Perak FM Melayu [27]
Kelantan 102.9 MHz Kelantan FM Melayu [28]
Terengganu 88.7 MHz Terengganu FM Melayu [29]
Pahang 104.1 MHz Pahang FM Melayu [30]
Selangor 100.9 MHz Selangor FM Melayu [31]
Kuala Lumpur 97.2 MHz KL FM Melayu [32]
Negeri Sembilan 92.6 MHz Negeri FM Melayu [33]
Melaka 102.3 MHz Melaka FM Melayu [34]
Johor 101.9 MHz Johor FM Melayu [35]
Sarawak 88.9 MHz Sarawak FM Melayu [36]
91.9 MHz Red FM Inggeris dan Cina (Mandarin) [37]
101.3 MHz Wai FM Iban Iban [38]
106.1 MHz Wai FM Bidayuh Bidayuh, Kayan dan Kenyah [39]
89.5 MHz Sri Aman FM Melayu [40]
87.6 MHz Sibu FM Melayu, Cina (Mandarin) dan Iban [41]
97.5 MHz Bintulu FM Melayu [42]
95.7 MHz Miri FM Melayu, Cina (Mandarin), Iban, Kayan dan Kenyah [43]
104.9 MHz Limbang FM Melayu, Bisaya dan Lun Bawang [44]
Labuan 103.7 MHz Labuan FM Melayu [45]
Sabah 89.9 MHz Sabah FM Melayu [46]
92.7 MHz Sabah V FM Inggeris, Kadazan, Dusun, Cina (Mandarin), Bajau dan Murut [47]
94.7 MHz Keningau FM Melayu, Murut dan Dusun [48]
90.1 MHz Sandakan FM Melayu [49]
100.1 MHz Tawau FM Melayu [50]

Televisyen sunting

Nama Waktu siaran Jenis Bahasa Program Tarikh pelancaran Analog? Rujukan
TV1 24 Jam Umum Melayu dan Inggeris Berita, budaya, hiburan dan kanak-kanak 28 Disember 1963; 60 tahun yang lalu (1963-12-28) Ya
(sehingga 31 Oktober 2019)
[51]
TV2 Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Korea dan Turki Berita, budaya, hiburan dan kanak-kanak 17 November 1969; 54 tahun yang lalu (1969-11-17) [52]
TV Okey Melayu, Inggeris, Bajau, Dusun, Kadazan dan Iban Berita, budaya, gaya hidup, animasi, kanak-kanak dan pendidikan 21 Mac 2018; 5 tahun yang lalu (2018-03-21) Tidak pernah [53]
Berita RTM Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Bajau, Dusun, Kadazan dan Iban Berita 25 Jun 2020; 3 tahun yang lalu (2020-06-25) [54]
Sukan RTM Melayu dan Inggeris Sukan 1 April 2021; 2 tahun yang lalu (2021-04-01) [55]
TV6 06:00 - 02:00 Melayu Program seperti hiburan, filem dan muzik dari arkib RTM (Saluran percubaan) 1 Mac 2021; 3 tahun yang lalu (2021-03-01) [56]

Platform digital sunting

Pada 1 Januari 2021, my Klik bergabung dengan RTM Mobile untuk membentuk RTM Klik, merupakan perkhidmatan media over-the-top RTM. Ia meliputi para penonton pelbagai peranti seperti komputer, tablet dan telefon pintar. Laman sesawang perkhidmatan tersebut mengandungi semua saluran televisyen RTM dan 25 daripada 34 stesen radio RTM, dan juga saluran strim atas talian RTM Parlimen yang dilancarkan pada 1 Julai 2013. (Stesen radio yang terdapat dalam RTM Klik ialah: Langkawi FM, Sibu FM, Miri FM, Sri Aman FM, Bintulu FM, Limbang FM, Keningau FM, Sandakan FM dan Tawau FM.)[57]

RTM Parlimen menyiarkan seluruh sesi parlimen setiap Isnin hingga Khamis dari jam 10 pagi hingga jam 1 petang pada sesi pagi dan dari jam 2.30 petang hingga jam 5.30 petang pada sesi petang. Selain RTM Klik, RTM Parlimen boleh ditonton melalui saluran laman web RTM Parlimen dan Saluran 633 Unifi TV. Tayangan semula rakaman parlimen penuh biasanya dipaparkan pada waktu malam.[58]

Program perdana sunting

Beberapa program utama RTM termasuk:

  • Selamat Pagi Malaysia – Program televisyen sarapan pagi yang dilancarkan pada 1 Jun 1984 dalam bentuk rancangan bual bicara. Dahulunya hanya disiarkan pada hujung minggu, terutamanya pada hari Jumaat dan Ahad, ia memulakan siaran pagi sepenuh masa pada 1 Mac 1994. Selain daripada segmen ceramah utama, rancangan bual bicara itu juga termasuk laporan langsung acara utama dari pelbagai lokasi di seluruh negara, serta sebagai laporan cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia dan segmen beli-belah di rumah yang menyasarkan penonton Melayu terutamanya. Siaran Selamat Pagi Malaysia juga boleh ditonton melalui Saluran Berita RTM di platform MYTV Saluran 123, media penstriman di YouTube Berita RTM, MYTV Mana Mana dan RTM Klik.[59]

sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "75th anniversary: RTM charts new directions to cope with digital-era challenges". New Straits Times. 1 April 2021. Dicapai pada 15 Disember 2021.
  2. ^ Radio Satu RTM - Lagu pengenalan stesen (station ID Radio 1 RTM) 1991
  3. ^ Radio Dua RTM - Lagu pengenalan stesen (station ID Radio 2 RTM 95.3 MHz) 1994
  4. ^ Radio Tiga Ibukota - Lagu pengenalan stesen (station ID Radio 3 Ibukota) 1991
  5. ^ Radio Tiga Pulau Pinang - Lagu pengenalan stesen (station ID Radio 3 Pulau Pinang) 1991
  6. ^ [Throwback ID JingleRadio Four RTM/Radio 4 RTM (2005)
  7. ^ RTM Radio 5 馬來西亞廣播電臺第五臺臺歌
  8. ^ Radio Enam RTM - Lagu pengenalan stesen (station ID Radio 6 RTM) 1991
  9. ^ "RTM to reinvent itself to stay relevant". The Borneo Post. 10 September 2015. Dicapai pada 10 September 2015.
  10. ^ Liew Jia Teng (12 Jun 2018). "Awakening the sleeping giant, RTM". The Edge Markets. Dicapai pada 12 Jun 2018.
  11. ^ Iklan Penjenamaan Semula Radio RTM (2005)
  12. ^ "Jubli Emas: TV Malaysia pamer kematangan". mStar Online. 30 Disember 2013. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  13. ^ "Gobind: RTM to air new programmes, documentaries". Malaysiakini. 26 November 2019. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  14. ^ Zul Husni Abdul Hamid (10 Disember 2019). "Kerajaan lulus kenaikan kadar harga program RTM". Berita Harian. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  15. ^ "Gobind mahu pastikan RTM saluran TV dan radio pilihan pertama rakyat". Bernama. 1 April 2019. Dicapai pada 26 Jun 2019.
  16. ^ Laman rasmi Radio Klasik
  17. ^ Laman rasmi Nasional FM
  18. ^ Laman rasmi Traxx FM
  19. ^ Laman rasmi Ai FM
  20. ^ Laman rasmi Minnal FM
  21. ^ Laman rasmi Asyik FM
  22. ^ Laman Rasmi Muzik FM
  23. ^ Laman rasmi Perlis FM
  24. ^ Laman rasmi Kedah FM
  25. ^ Laman rasmi Langkawi FM
  26. ^ Laman rasmi Mutiara FM
  27. ^ Laman rasmi Perak FM
  28. ^ Laman rasmi Kelantan FM
  29. ^ Laman rasmi Terengganu FM
  30. ^ Laman rasmi Pahang FM
  31. ^ Laman rasmi Selangor FM
  32. ^ Laman rasmi KL FM
  33. ^ Laman rasmi Negeri FM
  34. ^ Laman rasmi Melaka FM
  35. ^ Laman rasmi Johor FM
  36. ^ Laman rasmi Sarawak FM
  37. ^ Laman rasmi Red FM
  38. ^ Laman rasmi Wai FM Iban
  39. ^ Laman rasmi Wai FM Bidayuh
  40. ^ Laman rasmi Sri Aman FM
  41. ^ Laman rasmi Sibu FM
  42. ^ Laman rasmi Bintulu FM
  43. ^ Laman rasmi Miri FM
  44. ^ Laman rasmi Limbang FM
  45. ^ Laman rasmi Labuan FM
  46. ^ Laman rasmi Sabah FM
  47. ^ Laman rasmi Sabah V FM
  48. ^ Laman rasmi Keningau FM
  49. ^ Laman rasmi Sandakan FM
  50. ^ Laman rasmi Tawau FM
  51. ^ Laman rasmi TV1
  52. ^ Laman rasmi TV2
  53. ^ Laman rasmi TV Okey
  54. ^ Portal berita RTM
  55. ^ [1]
  56. ^ [2]
  57. ^ "Laman rasmi RTM Klik".
  58. ^ "Laman rasmi RTM Parlimen".
  59. ^ "Latar Belakang Selamat Pagi Malaysia". Hijau. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 1997. Dicapai pada 24 Jun 2018.

Pautan luar sunting