Lun Bawang

kaum etnik yang berasal daripada Kalimantan Tengah

Suku kaum Lun Bawang berasal dan tinggal di kawasan pedalaman tanah tinggi Borneo iaitu Kalimantan Utara, Brunei, Sabah, Labuan dan Sarawak. Di Sarawak, mereka digolongkan dalam kelompok masyarakat Orang Ulu.[3] Di Sabah mereka dikenali sebagai Lundayeh manakala di Brunei mereka dikenali sebagai Puak Murut.

Lun Bawang
Lundayeh
Trusan Murut or Mengalong Murut
Gadis-gadis Lun Bawang memakai pakaian tradisional
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia30000 (banci penduduk 2023)[1]
 Indonesia28000 (2023)[1]
 Brunei661[2]
Bahasa
Lun Bawang; Dialek-dialek termasuklah Trusan, Lun Daye, Mengalong, Papadi, putoh/putuk, Lun Dayah, Adang, Tabun, Treng, Kolur, Padas, Trusan, Lepu Potong, Bahasa Indonesia dan/atau Bahasa Melayu.
Agama
Majoriti Kristian, sebilangan kecil menganut agama Islam, agama Buddha atau mengamalkan animisme
Kumpulan etnik berkaitan
Kelabit, Lengilu, Putoh, Sa'ban & Tring

Suku kaum Lun Bawang di Sabah terbahagi kepada dua kelompok, yang berhijrah lebih awal ke hilir sungai Mengalong dari kurun ke-18 dikenali sebagai Lun Lod, Murut kolor atau Murut Mengalong[4][5], yang kini menggunakan gelaran Lun Bawang Sabah; dan kelompok yang berasal dari Hulu Sungai Padas yang mengambil gelaran Lun Dayeh yang bermaksud Orang Ulu atau pedalaman, (erti asal ialah mereka yang tinggal di hulu sungai), seperti di Kg. Long Pasia dan Kg. Long Mio, Maligan, Sipitang, Sabah. Sementara di Sarawak dan Brunei, mereka pula dikenali sebagai Lun Bawang yang bermaksud orang tempatan atau orang peribumi. Suku kaum Lun Bawang yang dahulu dikenali sebagai Murut juga terdapat di sepanjang persisiran sungai Lawas, Trusan dan Limbang. Sejarah mengatakan orang Lun Bawang ini berasal dari Tanah Tinggi Kelabit, Tanah Tinggi Krayan dan Gunung Murud di Lawas. Pada seketika dahulu Lun Bawang dan Tagal juga dikenali sebagai Murut sempena nama Gunung Murud yang tertinggi di Sarawak yang terletak di Utara Sarawak.

Lagenda sunting

Menurut Lagenda Lun Bawang , ada seorang pahlawan bernama Upai Semaring atau dikenali Awang Semaun sangat popular di kalangan orang Lun Bawang di kawasan Ba'kelalan , Brunei , Long Bawan, Krayan dan juga di Long Pasia, Sabah.

Asal-usul sunting

Kehidupan Lun Bawang berkait rapat dengan Kerajaan Brunei sunting

Kehidupan orang Lun Bawang juga sangat berkait rapat dengan kerajaan Brunei bilamana Awang Alak Betaar yang berketurunan separuh Murut telah digelar Awang Semaun atau Awang Semaun. Sehingga kini, nama Awang Semaun sangat terkenal di kalangan penduduk Negara Brunei Darussalam.[6] Awang Alak Betaar merupakan Sultan Brunei yang pertama iaitu dikenali sebagai Sultan Mahmud Shah. Nama seperti Pengiran, Dayang, Sultan dan Agong juga meluas dipakai oleh komuniti Lundayeh ini sejak zaman ke zaman. Ramai juga Lun Bawang telah berasmilasi dengan kebudayaan Melayu Brunei sejak zaman ke zaman hingga ke hari ini. Datu Taie merupakan salah satu pemimpin Lun Bawang di zaman era kerajaan Brunei. Sehingga kini, nama Datu Taie diabdikan dan di gazetkan di jalan Bandar Lawas.

Sejarah asal penempatan awal suku Lun Bawang adalah di tanah tinggi Kerayan Kelabit Kawasan Tengah Jantung Utara Borneo. Mereka juga telah berhijrah ke seluruh tanah Borneo termasuk Sabah, Sarawak, Kalimantan dan ke Brunei sekitar abad ke-16 dan ke-17. Lundayeh bermakna hulu orang atau orang-orang pedalaman. Mereka dikenali sebagai petani dan mempunyai penternakan amalan dan juga dikenali sebagai pemburu dan nelayan.

Kehidupan Lun Bawang sewaktu pemerintahan Kerajaan James Brooke sunting

Pada lewat 1800-an hingga awal 1900-an, sebelum menerima agama, masyarakat Lun Bawang telah digambarkan sebagai hidup dalam keadaan yang tidak sihat gaya hidup. Mereka peminum burak tegar (arak beras), kelihatan mabuk lebih kerap, dan rumah panjang kelihatan tidak bersih.[perlu rujukan] Gaya hidup mereka menyebabkan mereka terdedah kepada penyakit. Sebelum tahun 1900, jumlah Lun Bawang seramai 25 000 orang di bahagian utara Sarawak manakala pada tahun 1904 dan 1905, terdapat wabak cacar sekitar kawasan Lun Bawang. Sebuah wabak yang mempunyai ketara mengubah perjalanan sejarah Lun Bawang itu. Telah dicatatkan bahawa angka kematian telah mengurangkan kira-kira 25,000 orang penduduk kepada 3,000 penduduk Lun Bawang itu (Laporan Pegawai-Pegawai Daerah pada masa itu – Sarawak Gazette; Drunk Before Dawn). Dan dengannya, ada agama populasi Lun Bawang bertambah daripada 3,000 orang pada 1905 kepada 5,000 orang pada tahun 1920-an dan kepada 15,000 orang pada tahun 2010 di Sarawak.

Sejarah Lun Bawang di kawasan British Borneo Utara sunting

Sejarah tertulis bahawa nama nama sungai seperti sungai Padas, Pasia dan Mengalong juga tercatat sebagai Residensi Pantai Barat dalam peta British Borneo Utara pada tahun 1899. Sungai Padas, Sungai Pasia dan Sungai Mengalong merupakan suatu penempatan penting buat suku kaum Lundayeh sejak zaman berzaman.

Peranan Lun Bawang semasa Kemerdekaan sunting

Pemimpin OKK Mulok Bangau bersama dengan Tun Fuad Stephens bersama sama membina Parti UPKO (Lama) menuntut kemerdekaan di North Borneo. Sehingga nama OKK Mulok Bangau juga diabdikan dan digazetkan di salah satu jalan di pekan Sipitang bagi menghormati jasa beliau.

Budaya dan cara hidup sunting

Cara hidup dan bahasa suku kaum Lun Bawang dan Kelabit banyak persamaan. Persamaan ini dapat dilihat juga dalam cara mereka semasa menanaman padi bukit (tana luun) dan sawah padi (Lati ba'). Nasi yang menjadi makanan mereka dibungkus dengan daun pisang atau itip dipanggil Nuba' Laya. Daging atau ikan yang telah diperam dengan garam serta disimpan di dalam buluh selama lebih sebulan dipanggil telu serta rasanya akan menjadi masam-masam masin yang sangat digemari suku kaum Lun Bawang. Begitu juga dengan salai (narar).

Mereka juga mendapat sumber garam dari telaga air masin yang lebih dikenali sebagai lubang mein. Di kawasan pedalaman, penternakan kerbau dan lembu menjadi sumber ekonomi sampingan serta menjadi hantaran mas perkahwinan pihak pengantin lelaki kepada keluarga pihak pengantin perempuan yang dipanggil purut.

Suku kaum Lun Bawang kaya dengan kraftangannya. Dahulu kala, pakaian kaum lelaki diperbuat daripada kulit kayu yang dipanggil kuyu talun. Kain yang dililit di kepala pula dipanggil sigar sementara cawat yang dipakai dipanggil abpar. Parang panjang yang diikat di pinggang dibawa untuk pergi berperang dipanggil pelepet. Bagi kaum wanita pula, mereka mengenakan pata di kepala, beret di pinggang, bane di leher dan gileng atau pakel di tangan serta lengan. Suku kaum Lun Bawang juga sangat terkenal dengan alat muzik yang diperbuat daripada buluh. Mereka memainkan ini dalam kumpulan. Perempuan meniup suling dan lelaki meniup bass.

Di Sarawak bermula pada 1 Jun setiap tahun diadakan satu pesta yang dinamakan Irau Aco Lun Bawang dirayakan di bandar Lawas sempena perayaan hari Gawai Dayak dan di Sabah. Lun Bawang di Sabah pula menonjolkan tradisi mereka dalam acara GATA (Gasing dan Tamu Besar) 2 tahun sekali sempena hari Tadau Kaamatan di Daerah Sipitang. Semasa perayaan ini berlangsung, pelbagai pertunjukan kebudayaan daripada suku kaum Lun Bawang dapat disaksikan.

Agama sunting

Pada umumnya, suku kaum Lun Bawang beragama Kristian yang telah disebarkan oleh mubaligh Kristian sekitar tahun 1928-1930-an. Di Sarawak, Sabah dan Brunei, kebanyakan mereka daripada aliran gereja Sidang Injil Borneo (SIB). Mendiang Datuk Racha Umung ialah Presiden pertama SIB dan ahli adun negeri Lawas (1960-an) serta menjadi ahli Parlimen Lawas-Limbang (P154), Sarawak yang kedua pada tahun 1974, sewaktu Tun Abdul Razak Hussein masih menjadi Perdana Menteri yang kedua Malaysia dan Timbalannya Tun Dr.Ismail Abdul Rahman. O.K.K Mulok Bangau juga merupakan pemimpin ketua anak Negeri Lun Bawang dan Lundayeh, ahli Majlis Daerah Sipitang dan Ketua cawangan Parti UPKO di Sipitang, Sabah pada tahun 1950an-1960an bersama dengan rakan-rakan seperjuangannya dalam (UPKO Lama) , Tun Fuad Stephen, Datuk Peter Mojuntin dan O.K.K Koroh. Presiden SIB Sarawak, Pastor Kalip Basar yang telah terbunuh dalam nahas helikopter pada Julai 2003 dan YB Datuk Dr. Judson Sakai Tagal menteri muda Sarawak juga terbunuh dalam nahas helikopter pada 2004 di Ba'kelalan, Sarawak juga adalah daripada suku Kaum Lun Bawang dan membuat nama Lun Bawang lebih dikenali di Malaysia.

Taraf hidup sunting

Sistem pendidikan agak lewat sampai antara suku kaum Lun Bawang, dan sehingga kini belum ada pembinaan sekolah menengah di kawasan Long Pasia atau Ba'kelalan. Mereka juga kurang mengisi peluang-peluang pekerjaan di syarikat-syarikat besar. Namun begitu, atas usaha yang berterusan, ramai antara mereka berjaya menjadi golongan ahli profesional. Setakat ini ada lebih daripada 20 orang peguam dan 10 orang bergelar doktor daripada suku bangsa Lun Bawang pada 2012 serta lebih kurang 200 orang Lundayeh di Sabah menerima pendidikan dan ada lebih kurang 233 orang Lun Bawang di Sarawak menerima pendidikan.

Sosial & Pendidikan sunting

Dimana ada 8 Orang Lun Bawang di Sarawak and 2 orang Lundayeh di Sabah bergelar dokter

Tokoh - Tokoh Terkenal sunting

Ahli Politik

Baru Bian = Bekas Menteri Malaysia.

Henry Sum Agong = Bekas Timbalan menteri Malaysia.

Mutang Tagal = Senator Malaysia.

Racha Umong = Bekas Ahli Parlimen Lawas - Limbang.

Kesukanan

James Yaakub = Bekas Pemain bola sepak Malaysia.  

Jelius Ating = Bekas Pemain bola sepak dan Jurulatih Sabah.

Mafry Balang = Bekas Pemain bola sepak Sabah dan Sarawak.

Maxsius Musa = Bekas Pemain Bola sepak Sabah FC

Ronny Harun = Bekas Pemain bola sepak Malaysia.

Mafry Balang = Bekas Pemain Bola sepak Sabah dan Sarawak




Rujukan sunting

  1. ^ a b [1]
  2. ^ Keat Gin, Ooi (2015-12-14). Brunei – History, Islam, Society and Contemporary Issues. Routledge. ISBN 9781317659983. Dicapai pada 3 March 2017.
  3. ^ Constitution of Malaysia (penyunting), Article 162 (7), dicapai pada 25 September 2010
  4. ^ Tom Harrison, penyunting (1 May 2023), https://www.jstor.org/stable/41491909 Missing or empty |title= (bantuan)
  5. ^ https://openresearch-repository.anu.edu.au/bitstream/1885/253352/1/PL-C78.59.pdf
  6. ^ Charles Hose; William McDougall, penyunting (1912), The Pagan Tribes of Borneo, A Description of Their Physical Moral and Intellectual Condition, II, dicapai pada 17 June 2008