Sipitang
Sipitang merupakan pekan, daerah dan juga kawasan parlimen yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia. Daerah Sipitang yang terletak di selatan negeri Sabah, bersempadan dengan bandar di negeri Sarawak, Lawas dan negara Indonesia (Kalimantan). Sipitang juga laluan utama dari Negara Brunei Darussalam melalui jalan darat dan laut serta laluan ke Wilayah Persekutuan Labuan. Butiran lanjut mengenai Daerah Sipitang disini Jumlah penduduk di daerah Sipitang dianggarkan seramai 12,076 pada tahun 1980, 24,349 pada tahun 1991 dan dijangka akan meningkat kepada 56,634 pada tahun 2010 .[1] Sipitang adalah pekan negeri Sabah yang paling dekat dengan sempadan Sabah-Sarawak. Pekan Sipitang terletak sejauh 44 kilometer ke selatan Beaufort, dan 144 kilometer ke selatan ibu kota Sabah, Kota Kinabalu. Long Pasia merupakan salah satu tempat perlancongan di Dearah sipitang.
Sipitang | |
---|---|
Transkripsi lain | |
![]() Esplanad Sipitang, kawasan tumpuan baru di Pekan Sipitang | |
Moto: Setia Berkhidmat | |
![]() Lokasi pekan dan daerah Sipitang | |
Koordinat: 5°5′N 115°33′E / 5.083°N 115.550°EKoordinat: 5°5′N 115°33′E / 5.083°N 115.550°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Bahagian | Bahagian Pedalaman |
Daerah | Sipitang |
Kerajaan | |
• Badan | Majlis Daerah Sipitang |
• Pegawai Daerah | Latip Bin Amat |
• MP | Yang Berhormat Datuk Matbali bin Musah (GRS) (Sipitang) |
Luas | |
• Jumlah | 2,732 km2 (1,055 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 4,298 |
Populasi di sekitar Sipitang sahaja tidak termasuk secara keseluruhan daerah Sipitang. | |
Zon waktu | MST |
Poskod | 98850 |
Tamu Mingguan | Khamis |
Nombor plat | SB QL |
Laman web | ww2 |
Sejarah Sunting
Sebelum tahun 1884, Sipitang adalah di bawah naungan Kesultanan Brunei. Pada 5 November 1884, Sultan Brunei menyerahkan kawasan jajahannya dari Sipitang ke Kuala Penyu kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU).[2] Penyerahan ini berikutan daripada sogokan yang diberikan oleh gabenor SBBU, William Treacher, kepada pihak Sultan.[3]
Pada 7 September 1901 pula, Sultan Brunei menyerahkan kawasan dari Sungai Sipitang sehingga ke Sungai Trusan kepada SBBU.[4] Sehubungan dengan itu, SBBU memperoleh kawasan Mengalong dan Merantaman di Sipitang pada 12 September 1901. Pemberian ini diperoleh daripada geran yang diberikan oleh Pangiran Tengah Damit ibni al-Marhum Pangiran Anak Bongsu.[5] Kawasan-kawasan tersebut diperoleh secara berasingan kerana kawasan sebegitu adalah hak milik persendirian pangiran-pangiran (putera-putera) melalui hak tulin mereka, maka tidak terletak di bawah kuasa Sultan.[6].
Sungai Sipitang menandakan sempadan British Borneo Utara dan Kesultanan Brunei sehingga tahun 1900. Pada tahun 1901, iaitu setelah SBBU memperoleh tanah dari Sungai Sipitang ke Sungai Trusan, pejabat pentadbiran ditubuhkan di Sipitang dan kawasan tersebut diletakkan di bawah nama Province Clarke. Daerah ini dinamakan sempena Sir Andrew Clarke. Matlamat penubuhan pejabat adalah untuk mengembangkan kawasan jajahan SBBU. Walau bagaimanapun, keadaan politik pada tahun-tahun berikutnya menyebabkan SBBU menjual kembali beberapa kawasan berdekatan dengan Sungai Trusan, dan sempadan Borneo utara menyusut ke Mengalong (Sindumin).
Ekonomi Sunting
Kegiatan ekonomi utama di daerah Sipitang ialah kegiatan pembalakan. Sebuah kilang kertas dan pulpa dibina pada tahun 1987 di Sipitang dan dikendalikan oleh Sabah Forest Industries bernilai Rm2.1billion. Pada amnya, kegiatan pembalakan tidak menguntungkan orang-orang tempatan secara langsung, kerana kebanyakan mereka hanyalah terlibat dalam kegiatan perladangan dan perikanan kecil-kecilan.
Taman Industri Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP)yang bernilai Rm8.1billion pada tahun 2016,2017.
Sementara itu, MoU kedua berkaitan pelaburan membangunkan kilang memproses pasir silika dan menghasilkan panel solar dengan nilai pelaburan permulaan sebanyak RM2 bilion dimeterai di antara Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah dengan pelabur dari China, SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd.
Projek pemprosesan pasir silika dan pembuatan panel solar itu yang akan dibina sama ada di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) atau Taman Industri Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) disasar menjana lebih 2,000 peluang pekerjaan dengan 80 peratus daipadanya dikhaskan untuk pekerja tempatan dan dijangka mula beroperasi pada 2024.
Pelancongan berasaskan kebudayaan di kg Long PASIA
Demografi Sunting
Etnik Sunting
Jumlah penduduk sekitar Sipitang Sunting
Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Sipitang pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;
Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[7] | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Melayu | Kadazan/Dusun | Bajau | Murut | Bumiputera Lain | Cina | India | Lain-lain | Bukan Warganegara Malaysia | Jumlah Keseluruhan |
2010 | 1,820 | 202 | 246 | 82 | 713 | 213 | 21 | 218 | 783 | 4,298 |
2020 (Akan Datang) |
Jantina Sunting
Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Sipitang pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;
Jantina[7] | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun | Lelaki | Perempuan | Jumlah | ||
2010 | 2,116 | 2,182 | 4,298 |
Pendidikan Sunting
Prauniversiti Sunting
- Pusat Tingkatan Enam
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sindumin
Sekolah Menengah Sunting
Kawasan pilihan raya Sunting
Parlimen | Ahli Parlimen | Parti |
---|---|---|
Sipitang | Matbali Musah | GRS-BERSATU |
Parlimen | Ahli Parlimen | Parti |
---|---|---|
Sindumin | Yusof Yakob | GAGASAN |
Rujukan Sunting
- ^ Town and Regional Planning Sabah, [online] http://www.townplanning.sabah.gov.my/Interior_Sipitang.htm Diarkibkan 2008-09-15 di Wayback Machine, access date: 12 September 2008
- ^ nota: Si Putong ke Kwala Paniow [sic] British North Borneo Treaties. British North Borneo, 1884. (1999) State Attorney-General's Chambers. Sabah Laws. [Online] Available at: http://www.lawnet.sabah.gov.my/viewdoc.asp?id=sabahlaws&title=...&document=treaties/Treaties%20and%20Engagements%20(10).htm, Access date: 6 September 2008
- ^ Haller Trost, R., Schofield, C., Martin, P. The Brunei-Malaysia Dispute over Territorial and Maritime Claims in International Law (1994)IBRU (International Boundary Research Unit) [Online] Available at: http://books.google.co.uk/books?id=ZMJYOA6g_dYC&printsec=frontcover&dq=The+Brunei-Malaysia+Dispute+Over+Territorial&sig=ACfU3U3YyWtEvAklcBgGiEXMpcFq20WHuA, pp. 12, Access date: 6 September 2008
- ^ nota: Sepitong [sic] British North Borneo Treaties. British North Borneo, 1901. (1999) State Attorney-General's Chambers. Sabah Laws. [Online] http://www.lawnet.sabah.gov.my/viewdoc.asp?id=sabahlaws&title=Sabah_Laws&document=treaties/Treaties%20and%20Engagements%20(15).htm, Access date: 6 September 2008
- ^ nota: Pangeran Pengah Damit [sic] http://www.royalark.net/Brunei/brunei7.htm
- ^ Haller Trost, R., Schofield, C., Martin, P. The Brunei-Malaysia Dispute over Territorial and Maritime Claims in International Law (1994)IBRU (International Boundary Research Unit) [Online] Available at: http://books.google.co.uk/books?id=ZMJYOA6g_dYC&printsec=frontcover&dq=The+Brunei-Malaysia+Dispute+Over+Territorial&sig=ACfU3U3YyWtEvAklcBgGiEXMpcFq20WHuA, pp. 10-11, Access date: 6 September 2008
- ^ a b "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 2012-02-27.
- ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 June 2012. p. 13
Pautan luar Sunting
- Kategori berkenaan Sipitang di Wikimedia Commons