Lundayeh

kaum etnik yang berasal daripada Kalimantan Tengah

[6]Suku kaum Lundayeh atau sering disebut Lundayo merupakan pribumi Sabah dan di pulau Borneo. Lundayeh juga sering dikaitkan sebagai Orang Kelabit, Lun Bawang di Sarawak atau Puak Murut di Brunei atau Orang Ulu Sabah.[7]

Lun Bawang
Lundayeh(Murut Mengalong/Murut Padas)
Lun Bawang girls in traditional attire.
Jumlah penduduk
Approximately 59,375
Kawasan ramai penduduk
Borneo:
 Malaysia30,775 (2020 census)[1]
       Sabah9,125 (2012 census)[2]
       Sarawak21,650 (2020 census)[3]
 Indonesia28,000 (2020 SIL)[4]
 Brunei600(2021 census)[5]
Bahasa
Lun Bawang (dialects include Trusan, Lun Daye, Papadi, Lun Dayah, Adang, Putoh/Putuk, Mengalong, Tabun, Treng, Kolur, Padas, Trusan and Lepu Potong), Indonesian language, Malaysian language, Sarawakian Malay
Agama
Christianity (predominantly), Islam, Animism
Kumpulan etnik berkaitan
Kelabit, Lengilu, Putoh, Sa'ban & Tring


Lundayeh memang sudah ada di kawasan sungai Long Pasia dan sungai mengalong di Sipitang sejak zaman berzaman. Sejarah mengatakan nama nama seperti Sungai Pasia, Sungai Padas atau Ulu Padas, Sungai Meligan dan Sungai Mengalong telah rasmi tercatit dalam peta British Borneo Utara pada tahun 1899.

Masyarakat Lundayeh ini juga berada di kawasan tersebut awal lagi sebelum membina beberapa penempatan baru di rumah panjang Kaban , Ulau , Samin , Sindumin dan Melamam yang turut didiami oleh masyarakat Keled / murut kolor di kawasan sungai Mengalong, pinggir Sipitang . Selain itu , masyarakat Lundayeh juga tinggal di kg Bamban, Mendolong, Batu Nuduk , Long Mio , Lubang Buayeh di Sipitang , sekitar Tenom iaitu Kg Baru Jumpa seawal tahun abad ke 18,19 dan sekitar Keningau iaitu kg Kuala Punteh, Sook.

Selain itu banyak penempatan baru itu wujud berikutan perpindahan semua lima kelompok masyarakat Lundayeh di sekitar Long Pasia ke Batu Tujuh dekat pekan Sipitang pada 1955 atas cadangan Pegawai Daerah ketika itu bagi memudahkan kerajaan untuk mengurus dan membantu suku kaum Lundayeh.Namun, atas faktor alam dan cuaca, beberapa keluarga mengambil keputusan untuk kembali ke kawasan pedalaman iaitu di kawasan kg Long Pasia.

Selain itu ,masyarakat Murut Lundayeh di Sabah juga terlibat dalam Operasi Semut di Borneo. Antara nama bekas pemimpin penerajui orang Lundayeh ini adalah O.K.K Mulok Bangau. Beliau merupakan Ketua Parti UPKO (Lama) Bahagian Sipitang, Ketua Anak Negeri (KAN) Sipitang dan Ahli Majlis Daerah Sipitang pada tahun 1950an-1960an dan seangkatan zaman Tun Datuk Haji OKK Ahmad Koroh. Sehingga kini nama OKK Mulok Bangau diabadikan dan digazetkan di salah satu jalan di pekan Sipitang.

Populasi Lundayeh sunting

Menurut Crain, seorang pengkaji bahasa Pasifik mengatakan jumlah Lundayeh adalah 2 165 orang ada tahun 1968 di Sabah dan manakala menurut statistik di Sabah, Lundayeh berpopulasi 9,250 orang yg di kategori sebagai Bumiputera Sabah (New Sabah Times,2012).

Lagenda Lundayeh sunting

Menurut Lagenda Lundayeh , ada seorang bernama Upai Semaring atau Awang semaun merupakan salah satu lagenda pahlawan orang Lundayeh yang terdapat di Long Pasia dan juga di Brunei.

Rujukan sunting

  1. ^ Key Findings Population and Housing Census of Malaysia 2020 (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Department of Statistics Malaysia. Dicapai pada 13 September 2020. Lun Bawang/Murut(Sarawak)=19,297; Lundayeh=7,153
  2. ^ Key Findings Population and Housing Census of Malaysia 2020: State Sabah (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Department of Statistics Malaysia. m/s. 80. Dicapai pada 13 September 2020. Number of population by sub-ethnic group, Sabah, 2020 - Lun Bawang/Murut(Sarawak)=877; Lundayeh=6,064
  3. ^ Key Findings Population and Housing Census of Malaysia 2020: State Sarawak (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Department of Statistics Malaysia. m/s. 83-84. Dicapai pada 13 September 2020. Number of population by sub-ethnic group, Sarawak, 2020 - Lun Bawang/Murut(Sarawak)=17,315; Lundayeh=361
  4. ^ [1]
  5. ^ The Population and Housing Census Report (BPP) 2021: Demographics, Household and Housing Characteristics (PDF) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Department of Economic Planning and Statistics, Ministry of Finance and Economy, Brunei Darussalam. m/s. 51. Dicapai pada 3 Disember 2022. Population by Race, 2021, Brunei Darussalam, Melayu Murut=1110 (0.4%)
  6. ^ Lundayeh etnik asal dari Gunung Murut, Lawas
  7. ^ "Dunia unik Lundayeh, Berita Harian, Oleh Azrul Affandi Sobry". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2018. Dicapai pada 23 Julai 2012.

Bacaan lanjut sunting