Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (bahasa Inggeris: United Progressive Kinabalu Organisation; singkatan: UPKO) ialah sebuah parti politik yang ditubuhkan hasil penjenamaan semula Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu pada 2019.
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu | |
---|---|
Fail:- | |
Presiden | Ewon Benedick |
Setiausaha agung | Nelson Wences Angang |
Ditubuhkan | 23 November 2019 |
Dibubarkan | - |
Didahului oleh | Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) |
Digantikan oleh | - |
Ibu pejabat | Penampang, Sabah |
Akhbar | - |
Sayap belia | Felix Joseph Saang |
Sayap wanita | Mohina Sidom |
Ideologi | - |
Penggabungan kebangsaan | Parti Warisan Sabah (2018-2021) Pakatan Harapan (2021-kini) |
Penggabungan antarabangsa | - |
Warna | - |
Dewan Negara | 1 / 70
|
Dewan Rakyat | 2 / 222
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah | 1 / 73
|
Simbol pilihan raya | |
Laman sesawang | |
https://www.upko.org/ | |
- |
Majlis Tertinggi UPKO (Penggal 2023 - 2026)
suntingPresiden: Ewon Benedick
Timbalan Presiden: Donald Peter Mojuntin
Naib Presiden:
2) Basari Sarkun
3) Wong Thien Fook
4) Laurentius Ambu
5) Fairuz Bandar
6) Gilbert Syam
8) Mohina Sidom (Pergerakan Wanita)
9) Felix Joseph Saang (Pergerakan Pemuda)
Setiausaha Agung: Nelson Wences Angang
Timbalan Setiausaha Agung I: Junsim Rumunzing
Timbalan Setiausaha Agung II: Joisin Romut
Bendahari Agung: Dennison R. Indang
Timbalan Bendahari Agung I: Juliana Janni
Timbalan Bendahari Agung II: Carlye Lajimin
Ketua Penerangan: Peter Jr. Naintin
Timbalan Ketua Penerangan I: Jimmy Barukang
Setiausaha Penganjur: Carl Moosom
Timbalan Setiausaha Penganjur: Rowindy Lawrence Odong
Ahli Majlis Tertinggi Biasa:
1) Junik Bajit
2) Joesey Limy
3) Jamil Majingkin
4) Fauziah Kudus
5) Jubilin Kilan
6) Marcel Tambud
7) Mat Lunad Agok
8) Macquel Sagundai George
9) Condrad Wong
10) Terence Lee Swee Hong
11) Patrick Epin
12) Benjamin Taine
13) George Sidis Majamin
14) Benjamin Talah
15) Seheral Linus (Ketua Generasi Muda)
16) Jairaiaz Joseph
17) Georgina George
18) Rogers Tiam @ Aloysius
19) Suki Mee
20) Juin Tannyuh
21) Vioery Bin Eming
22) Alvin Lee
23) William Sampil (Setiausaha Eksekutif)
Sejarah
suntingPertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu ditubuhkan sebagai langkah untuk memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat semasa iaitu menggugurkan politik perkauman kepada politik universal dan inklusif melalui penjenamaan semula namun mengekalkan singkatan sama iaitu UPKO. Ia diumumkan oleh Presiden pada masa itu, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam Persidangan Perwakilan Luarbiasa UPKO 2019, November 2019[1].
Wakil Rakyat
suntingDewan Negara
suntingLantikan | Tempoh | Penggal | Ahli | Catatan |
---|---|---|---|---|
Yang di-Pertuan Agong | 5 Mei 2024 hingga 4 Mei 2027 | Pertama | Nelson Wences Angang |
Dewan Rakyat
suntingKawasan Parlimen | Ahli | Catatan |
---|---|---|
Tuaran | Wilfred Madius Tangau | |
Penampang | Ewon Benedick | Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia |
Dewan Undangan Negeri
suntingNegeri | Kawasan DUN | Ahli | Catatan |
---|---|---|---|
Sabah | Kadamaian | Ewon Benedick |
Penglibatan pilihan raya
suntingPilihan raya negeri Sabah 2020
suntingBahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Pilihan raya negeri Sabah 2018
suntingPada Pilihan raya negeri Sabah 2018, UPKO mempunyai 5 orang wakil dalam Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN Sabah) bertanding atas tiket Barisan Nasional.
Kod | Kawasan | Nama |
---|---|---|
N7 | Kadamaian | Ewon Benedick |
N26 | Kuala Penyu | Limus Jury |
N31 | Paginatan | Abidin Madingkir |
N38 | Nabawan | Bobbey Ah Fang Suan |
N47 | Kuamut | Masiung Banah |
Barisan Nasional pada mulanya mempunyai kelebihan kerusi. Walau bagaimanapun UPKO mengambil keputusan keluar BN dan menyokong Parti Warisan Sabah (Warisan). Rentetan daripada itu, berlaku beberapa perubahan bilangan ADUN dari UPKO. ADUN Kuamut telah menyertai Warisan, ADUN Nabawan pula menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). ADUN Sugut dari UMNO pula menyertai UPKO, dan kerajaan negeri Sabah melantik seorang anggota UPKO sebagai ADUN Lantikan menjadikan bilangan wakil rakyat UPKO dalam DUN Sabah seramai 5 orang.
Kod | Kawasan | Nama |
---|---|---|
N7 | Kadamaian | Ewon Benedick |
N26 | Kuala Penyu | Limus Jury |
N31 | Paginatan | Abidin Madingkir |
N39 | Sugut | James Ratib |
Khas | ADUN Lantikan | Wilfred Madius Tangau, Datuk Seri Panglima |
Sebelum DUN Sabah dibubarkan pada Julai 2020, bilangan ADUN UPKO tinggal 2 orang. ADUN Sugut dan ADUN Kuala Penyu telah keluar parti menjadi Bebas, manakala ADUN Paginatan pula telah dipecat selepas menyokong Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah dalam kemelut politik Sabah.
Kod | Kawasan | Nama |
---|---|---|
N7 | Kadamaian | Ewon Benedick |
Khas | ADUN Lantikan | Wilfred Madius Tangau, Datuk Seri Panglima |
Pilihan raya umum Malaysia 2018
suntingPada Pilihan raya umum Malaysia 2018, UPKO telah menang sebuah Parlimen iaitu Tuaran.
Kod | Kawasan | Nama |
---|---|---|
P170 | Tuaran | Wilfred Madius Tangau, Datuk Seri Panglima |
Pilihan raya umum Malaysia 2022
suntingPada Pilihan raya umum Malaysia 2022, Upko berjaya menang mengekalkan satu kerusi iaitu Tuaran(Madius Tangau) dan berjaya merampas satu kerusi iaitu Penampang(Ewon Benedick)
Kod | Kawasan | Nama |
---|---|---|
P170 | Tuaran | Wilfred Madius Tangau,
Datuk Seri Panglima |
P174 | Penampang | Ewon Benedick |