Wilfred Madius Tangau
YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Bahasa Cina: 馬迪烏斯登 敖; lahir 13 Mac 1958) merupakan seorang ahli politik Malaysia dari Ahli Parlimen Malaysia bagi Tuaran sejak 2013 untuk penggal kali kedua. Beliau juga merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah[1] sejak tahun 2018. Beliau telah dilantik menjadi ahli secara lantikan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah kerana beliau tidak bertanding dan tidak memenangi sebarang kerusi DUN Sabah sebagai syarat untuk dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan sebagai Menteri dalam kerajaan Sabah. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (2015 - 2018) dan Ahli Parlimen Tuaran, Sabah, (1999 - 2008; 2013-kini). Beliau adalah Pemangku Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO), sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).
Wilfred Madius Tangau SPDK (Sabah) | |
---|---|
![]() | |
Timbalan Ketua Menteri Sabah | |
Dalam jawatan bersama Christina Liew Jaujan Sambakong 16 Mei 2018 – 30 Julai 2020 | |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | Mohd Shafie Apdal |
Didahului oleh | Jeffrey Kitingan |
Digantikan oleh | Jeffrey Kitingan |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Tuaran | |
Memegang jawatan 2013 | |
Didahului oleh | Wilfred Mojilip Bumburing |
Majoriti | 5,190 (PRU-13) |
Dalam jawatan 1999–2008 | |
Didahului oleh | Yunof Edward Maringking |
Digantikan oleh | Wilfred Mojilip Bumburing |
Presiden UPKO | |
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi | |
Dalam jawatan 29 Julai 2015 – 9 Mei 2018 | |
Raja | Muhammad V |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Didahului oleh | Ewon Ebin |
Digantikan oleh | Yang Berhormat Puan Yeo Bee Yin (Sains & Teknologi) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kiulu, Tuaran, Sabah, Malaysia | 13 Mac 1958
Parti politik | UPKO |
Sekutu gabungan politik lain | Barisan Nasional (- 2018) WARISAN (2018 - Kini) |
Pasangan | Datin Dr Jaina Sintian |
Kediaman | Sabah, Malaysia |
Alma mater | Asian Institute of Management Universiti Pertanian Malaysia |
Laman web rasmi | Blog |
Latar BelakangSunting
Madius dilahirkan pada tahun 1958 di Kampung Lokos, Kiulu, Tuaran, Sabah, dalam sebuah keluarga Kadazandusun dimana ibu bapanya adalah penanam padi bukit. Beliau adalah anak keempat dari 14 adik-beradik. Setelah menghabiskan pendidikan sekolah rendah di SRK Lokos, Kiulu pada tahun 1970, beliau bertekad untuk meneruskan pendidikannya walaupun kurang dipersetujui oleh ibu bapanya pada mula-mula atas kekangan kewangan.
PendidikanSunting
Dengan wang simpanan sendiri, beliau berdaftar diri di SMK Kiulu untuk Bridge Class Tingkatan Dua. [perlu rujukan] Untuk menanggung kehidupannya beliau melalukan kerja manual sebagai sebagai penoreh getah pada hujung minggu. [perlu rujukan] Beliau juga bekerja dengan seorang "tauke" Cina, satu istilah bagi pemilik perniagaan, di bandar Kiulu, yang pada masa itu hanya mempunyai satu deret kedai. [perlu rujukan] Perkara ini membolehkan beliau berjimat dari segi kos pemakanan dan sewa.
Beliau pernah bercerita tentang zaman kanak-kanaknya, "Semasa saya berusia 13 tahun, murid-murid dari kampung saya di Lokos akan berulang alik ke sekolah menengah kami di Kiulu dengan berjalan kaki sekali setiap dua minggu. Kami akan keluar dari rumah pada pukul 6 pagi dan tiba di sekolah pada pukul 6 petang. Kami turut membawa bekalan makanan seperti beras. Semasa saya sedang menuntut di UPM, saya akan berjalan selama empat jam dari pekan Nabalu ke Lokos. Secara umumnya penduduk di kampung saya berasal dari keluarga miskin yang tidak mempunyai sumber pendapatan dari pertanian kecil-kecilan yang dijalankan".
Pada akhir Tingkatan Dua beliau telah dianugerahkan biasiswa daripada Kerajaan Negeri Sabah untuk melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama SMK Ranau untuk tingkatan tiga pada tahun 1974. Keputusan yang cemerlang dalam Sijil Rendah Pelajaran (LCE) telah mendapatkan beliau Sabah Biasiswa Kerajaan Negeri untuk meneruskan Tingkatan Empat di Setapak High School, Selangor, pada tahun berikutnya.
Rakan-rakan di sekolah-sekolah ini telah memberi ilham dan motivasi kepada beliau untuk memulakan sebuah pertubuhan pelajar di kampungnya yang dipanggil KEPALOS. Dana yang berjaya dikutip oleh beliau dimanfaatkan untuk mengadakan pelbagai aktiviti melalui pertubuhan ini seperti kumpulan belajar.
Pada tahun 1976, Madius lulus Malaysian Certificate of Education (MCE) dengan Gred Satu. Dengan ini beliau mendapat biasiswa kerajaan lagi untuk menuntut tingkatan Enam di Sekolah Menengah Sains Selangor (SMS) Cheras, iaitu sebuah sekolah berasrama penuh kerajaan. Di situ beliau adalah pemimpin pelajar yang aktif dan mewakili sekolah dalam pertandingan perbahasan.
Selepas Tingkatan Enam sementara menunggu keputusan Higher School Certificate, beliau berkhidmat sebagai guru sementara di SMK Tamparuli, Sabah, selama lima bulan. Beliau ditugaskan mengajar pelajar Tingkatan Satu subjek Sains Paduan.
Pada tahun 1979, Madius telah diterima sebagai sarjana muda di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Selangor, dalam bidang Sains Perhutanan. Beliau dilihat sebagai seorang pemimpin pelajar yang aktif di universiti. Antara aktiviti-aktiviti yang disertai adalah sebagai Presiden Persatuan Pelajar Katolik selama dua penggal dari tahun 1981 hingga 1982. Beliau juga amat prihatin terhadap pembangunan politik di negeri kelahiran beliau Sabah dan di seluruh negara.
Beliau menamatkan pengajian pada tahun 1983 dan mendapat pekerjaan di Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) sebagai pegawai penyelidik di silvikultur.
Seterusnya pada tahun 1990, beliau memperolehi Sarjana dalam Development Management dari Asian Institute of Management (AIM) di Filipina.
Beliau berkahwin dengan Datin Dr. Jaina Sintian, yang kini adalah Ketua Pergerakan Wanita UPKO (UPKO Wanita). Empat daripada lima anak-anak mereka adalah anak perempuan manakala satu-satunya anak lelaki mereka anak bongsu.
KerjayaSunting
Tidak lama selepas menamatkan pengajian di UPM, Madius dihantar ke Jepun untuk menjalankan latihan di pelbagai institusi penyelidikan selama empat bulan. Setelah kembali ke Sabah pada tahun 1985 beliau telah menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai staf sokongan untuk membentuk kerajaan Sabah yang baru. Beliau juga mula berkhidmat di Institute for Development Studies (IDS) yang baru ditubuhkan semasa itu sebagai seorang penyelidik sehingga tahun 1994, iaitu selama sembilan tahun.
Apabila PBS ditewaskan oleh BN pada tahun 1994, Madius membantu pemimpin-pemimpin yang meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Demokratik Sabah (PDS). Untuk lima tahun yang seterusnya beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Institute for Indigenous Economic Progress (INDEP) Sabah. INDEP ditubuhkan oleh PDS untuk melibatkan kumpulan masyarakat Pasokmomogun di Sabah dalam penggubalan dasar kerajaan dan membantu para pemimpin UPKO membuat keputusan yang berasas.
Madius telah dilantik sebagai Pengerusi bagi beberapa lembaga dan syarikat seperti Sabah Cultural Board, Forest Plantation Development Sdn. Bhd., Malaysian Timber Industrial Board and Asian Supply Sdn. Bhd. Beliau juga dalam lembaga Suria Capital Berhad, Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd, dan Supply Base Asia Sdn. Bhd.
Kerjaya politikSunting
Dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah (2018-kini)Sunting
Dilantik sebagai Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia (2015-2018)Sunting
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan senarai anggota Kabinet baru pada 28 Julai 2015, yang melibatkan pelantikan tujuh menteri dan sembilan timbalan menteri. Madius telah dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara pada 4 Ogos 2015.[2]
Visi Madius bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi adalah untuk meneraju "ekonomi baru", atau Revolusi Perindustrian yang Keempat. Beliau mempunyai ruang kolumn pada setiap hari Ahad (bahasa Inggeris) dan Rabu (bahasa Malaysia) di The Daily Express iaitu akhbar harian yang terbesar di Sabah, dimana beliau menulis pendapatnya mengenai kemajuan dan polisi sains, teknologi dan inovasi di negara ini.
Pada bulan Mac 2014 pengasas yang juga Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok meletak jawatan, hampir 10 bulan selepas beliau kehilangan kerusi Parlimen Penampang selepas ditewaskan di dalam pilihan raya umum Malaysia. Sejak itu Madius telah berkhidmat sebagai Pemangku Presiden UPKO. Pada tahun 2012, jawatan Timbalan Presiden dikosongkan apabila Datuk Wilfred Bumburing keluar dari UPKO untuk menyertai gabungan pembangkang Pakatan Rakyat. Madius dipilih sebagai Timbalan Presiden pada bulan Oktober 2013 selepas menewaskan Datuk Dr. Ewon Ebin, Naib Presiden UPKO, dengan majoriti tipis.
Serpihan Parti Bersatu Sabah dan penubuhan UPKMOSunting
Semasa pilihan raya negeri di Sabah pada tahun 1999, 10 daripada 12 calon PDS yang bertanding telah dikalahkan. Akibat keputusan pilhan raya yang tidak memuaskan ini, Madius diminta oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding di pilihan raya umum pada tahun yang sama. Dengan ini bermulanya penglibatan secara langsung beliau dalam bidang politik. Madius telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Tuaran buat kali pertama pada November 1999 dan sekali lagi pada tahun 2004.[3] Beliau tidak bertanding di Parlimen Malaysia Ke-12 untuk memberi laluan kepada timbalan presiden UPKO Datuk Wilfred Bumburing. Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada tahun 2013 beliau sekali lagi dipilih sebagai Ahli Parlimen Tuaran dan menang dengan majoriti lebih 5,000 undi. Beliau telah menang dengan mendapat undi sebanyak 20,685 menewaskan calon lawan Wilfred Mojilip Bumburing dari PKR yang beroleh 15,595 undi. Madius telah terlibat dalam UPKO sejak penubuhan parti. Tidak lama selepas pertama kalinya dipilih sebagai Ahli Parlimen, beliau dimandatkan jawatan sebagai Ketua Penerangan parti. Beliau dilantik Setiausaha Agung parti pada tahun 2002.
Keputusan pilihan rayaSunting
Tahun | Kerajaan | Undi | Pct | Pembangkang | Undi | Pct | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | Yunof Edward Maringking (PBS) | 13,083 | 55.58% | Wilfred Madius Tangau (UPKO) | 10,270 | 43.63% | ||
2004 | Wilfred Madius Tangau (UPKO) | 17,354 | 66.21% | Umsery @ Ansari Abdullah (PKR) | 8,855 | 33.79% | ||
2013 | Wilfred Madius Tangau (UPKO) | 20,685 | 50.8% | Wilfred Bumburing (PKR) | 16,673 | 38.4% | ||
2018 | Wilfred Madius Tangau (UPKO) | 22,494 | 41.3% | Chrisnadia Sinam (PKR) | 14,870 | 27.4% |
AnugerahSunting
RujukanSunting
- ^ Madius dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah
- ^ Wilfred Madius angkat sumpah jawatan di Istana Negara hari ini
- ^ Maklumat kerusi Parlimen Tuaran
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 18 May 2018. Percentage figures based on total turnout (including votes for candidates not listed).
- ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 18 May 2018. Dicapai pada 18 May 2018.