Yeo Bee Yin

Ahli politik Malaysia

Yeo Bee Yin (Cina ringkas: 杨美盈pinyin: Yáng Měiyíng; lahir 26 Mei 1983) ialah ahli politik Malaysia dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam pakatan pemerintah Pakatan Harapan (PH). Yeo kini ialah Ahli Parlimen Bakri di Johor. Terdahulu, beliau ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk kerusi DUN Damansara Utama untuk tempoh satu penggal, dari 2013 hingga 2018.


Yeo Bee Yin

杨美盈
Yeo Bee Yin, 2018
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Puchong, Selangor
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Gobind Singh Deo (DAPPH)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Bakri, Johor
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Er Teck Hwa (DAPPH)
Digantikan olehTan Hong Pin
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Muhammad V
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
TimbalanIsnaraissah Munirah Majilis
Didahului olehWilfred Madius Tangau
Sains & Teknologi
Maximus Ongkili
Tenaga
Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar
Alam Sekitar
Digantikan olehYang Berhormat Haji Khairy bin Jamaluddin
Sains & Teknologi
Yang Berhormat Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah
Tenaga
Yang Berhormat Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Alam Sekitar
Nik Nazmi Nik Ahmad Perubahan Iklim
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Damansara Utama
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Cheah Wing Yin (DAPPR)
Digantikan oleh Jamaliah Jamaluddin (DAPPH) (kini Bandar Utama)
Butiran peribadi
Lahir (1983-05-26) 26 Mei 1983 (umur 40)
Batu Anam, Daerah Segamat, Johor, Malaysia
Parti politik PH-DAP
PasanganLee Yeow Seng (berkahwin 2019)
KediamanDamansara
Alma materUniversiti Teknologi Petronas
Universiti Cambridge
PekerjaanAhli politik
ProfesionJurutera
KabinetKabinet Malaysia 2018
Laman web rasmiyeobeeyin.com
Yeo Bee Yin menerima kunjungan Kamala Lakhdhir

Yeo telah dipilih sebagai Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar pada 2 Julai 2018, sebagai sebahagian daripada Kabinet ke-7 Perdana Menteri Mahathir Mohamad.[1] Kementerian kemudiannya dinamakan semula sebagai Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) pada 2 Ogos 2018 untuk tujuan kemudahan akronim.[2]

Kehidupan awal sunting

Yeo merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Seg Hwa, Segamat dan pernah mewakili sekolah menyertai pertandingan bola keranjang peringkat negeri. Yeo berkelulusan ijazah dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) di bawah tajaan Petronas. Setelah dua tahun berkhidmat dengan syarikat Schlumberger, beliau melanjutkan pelajaran dalam Advanced Chemical Enginering dan memperoleh Ijazah Sarjana Falsafah dari Universiti Cambridge di bawah tajaan Gates Cambridge Scholarship dengan kepujian tertinggi.[3][4]

Kerjaya politik sunting

Penglibatan beliau dalam arena politik bermula sejak Februari 2012 sebagai sukarelawan DAP sebelum menyertai parti bersama seorang lagi ahli akademik, Dr. Ong Kian Ming pada tahun yang sama.[5] Di samping menjalankan perniagaan sendiri, Yeo juga menjalankan tugas sebagai pengatur strategi kempen media sosial untuk parti dan menyandang jawatan sebagai Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

 
Calon DAP untuk Pilihan raya negeri Selangor 2013

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Yeo telah bertanding buat julung kalinya dan berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor Damansara Utama mewakili DAP, dengan 83.6% undian dan majoriti sebanyak 30,689. Angka tersebut merupakan majoriti tertinggi bagi kerusi negeri di Malaysia. Beliau kemudian mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Damansara Utama pada 5 Mei 2013 – sekaligus menjadikan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor termuda.

Setelah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, Yeo memberi keutamaan untuk mengatasi kadar jenayah yang tinggi, banjir kilat, kesesakan trafik, serta isu kemiskinan.[6]

Antara jawatan lain yang disandang ialah Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Naib Pengerusi Belia Pakatan Harapan dan Pengarah Pendidikan Politik DAP Wanita Selangor.[7]

Rosmah dan PERMATA sunting

Pada Mac 2017, Yeo Bee Yin telah membangkitkan persoalan tentang pengurusan kewangan bagi Program Permata iaitu sebuah program kebajikan dan pendidikan kanak-kanak yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Yeo mendesak supaya ada ketelusan dalam pengurusan kewangan program tersebut.[8]

Yeo juga mempersoalkan keperluan supaya badan yang dinaungi Rosmah itu dipisahkan daripada Pejabat Perdana Menteri dan bagaimana seseorang yang tidak dilantik oleh rakyat memainkan peranan yang begitu besar dalam kerajaan. Beliau menegaskan bahawa mana-mana program pengupayaan kanak-kanak sewajarnya diuruskan oleh agensi yang lebih berpengalaman dan berilmu dalam bidang berkaitan.[9]

Dakwaan Penyalahgunaan Dana sunting

Pada Mac 2017, Dato Seri Jamal Yunos yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar telah mendakwa peruntukan kewangan untuk program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dari Kerajaan Negeri Selangor kononnya telah disalahgunakan oleh Yeo.[10]

Bagaimana pun dakwaan tersebut dibantah keras oleh beliau dengan mengemukakan kesemua bukti bahawa pembayaran SMUE telah dibuat. Yeo juga telah menghadirkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di mana Jamal turut dijangka hadir untuk membuat laporan. Namun, pemimpin UMNO Sungai Besar itu gagal hadir untuk membuat laporan. Yeo telah mengemukakan saman sebanyak RM5 juta kepada Jamal kerana telah melakukan fitnah ke atas dirinya. Walau bagaimanapun, Jamal sekali lagi gagal untuk menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi bagi kes tersebut.[11]

Pertikaian Tanah MCA sunting

Pada September 2017, beberapa pemimpin DAP telah mempersoalkan MCA Selangor mengenai tanah di Kampung Cempaka, Petaling Jaya yang dibeli pada nilai yang terlalu rendah. MCA telah memohon untuk membeli tanah tersebut pada 2006 dan mendapat kelulusan pada 2007 dari kerajaan negeri (yang pada ketika itu dinaungi oleh Barisan Nasional).

Tanah tersebut telah dibeli oleh MCA pada harga RM52,000 dengan RM1 bagi setiap kaki persegi walaupun nilai sebenarnya mencecah RM400 setiap kaki persegi. Yeo seterusnya mendapat tahu bahawa MCA berhasrat untuk menukar status tanah tersebut kepada status tanah komersil.

Yeo membangkitkan mempersoalkan bagaimana MCA dapat membeli tanah tersebut pada harga yang terlalu rendah.[12] Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Datin Paduka Chew Mei Fun yang dihubungi untuk menjawab persoalan itu bagaimanapun menafikan penglibatannya dan tidak memberi penjelasan lanjut mengenainya transaksi pembelian tanah itu.

Setelah kes tersebut didedahkan kepada pengetahuan orang awam, tiga pemimpin MCA iaitu Naib Pengerusi MCA Selangor Tang Song Chang, bekas Ahli Parlimen PJ Utara Datin Paduka Chew Mei Fun, dan Ketua MCA Bahagian PJ Utara Tan Gim Tuan telah bertindak menafikan bahawa tanah yang bersaiz satu ekar tersebut akan digunakan untuk kegunaan awam.

Penafian pemimpin MCA itu dibantah Yeo Bee Yin dengan hujah sekiranya tanah tersebut adalah bagi kegunaan awam, maka MCA tidak wajar memilikinya kerana tanah kegunaan awam adalah di bawah kuasa kerajaan negeri.[13]

Datin Paduka Chew Mei Fun seterusnya mengancam untuk menyaman Yeo dan Ahli Parlimen PJ Utara kini, Tony Pua. Pun demikian, kedua-dua pimpinan DAP tersebut tidak berganjak daripada fakta yang dikemukakan mereka.[14]

Kerja amal sunting

Pejabat Yeo buat masa ini mengendalikan dua buah pusat tuisyen yang terletak di Damansara Bistari dan Kampung Cempaka dengan menawarkan kelas percuma bagi pelajar yang berumur antara 7 hingga 17 tahun dari keluarga berpendapatan rendah.[15]

Beliau juga turut menjalankan projek bantuan makanan bulanan yang menyediakan keperluan asas kepada lebih daripada 100 penerima. Selain itu, Yeo menjalankan kerjasama dengan pertubuhan Impian Malaysia DAP bagi projek Impian Sarawak di Kampung Sait dalam penyediaan infrastruktur asas seperti jalan raya, air dan elektrik di Sarawak.[16]

Beliau juga merupakan pengasas program LEAP (Leadership, Education, Activism & Politics) yang bertujuan memberi pendedahan serta didikan kepada golongan muda mengenai proses politik dan aktivisme di Malaysia melibatkan penubuhan parti politik, kempen pilihan raya, pengurusan kawasan, hubungan media, penubuhan gabungan dan juga debat.

Dalam masa yang sama, beliau juga telah mengasaskan Program Lawatan Anak Muda (LAM) yang membolehkan para peserta mendapat peluang lawatan ke Parlimen Malaysia dan Dewan Undangan Negeri Selangor. Peserta yang mengikuti program ini juga diberi peluang bersoal jawab dengan Ahli Parlimen.[17]

Penerbitan buku sunting

Menerbitkan buku beliau "Reimagining Malaysia" pada 14hb Mac 2018.[18][19]

Keputusan pilihan raya sunting

Keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 di Damansara Utama

Dewan Negeri Selangor sunting

Dewan Negeri Selangor: N36 Damansara Utama[20][21][22]
Tahun Kerajaan Undian % Opposition Undian % Jumlah Mengundi Majoriti % Mengundi
2013 Yeo Bee Yin (DAP) 37,303 84.21% Lim Choon Kin (MCA) 6,614 14.93% 44,654 30,689 83.63%
Liew Wei Beng (BEBAS) 380 0.86%

Parlimen Malaysia sunting

Pada 24hb Mac 2018, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengumumkan bahawa Yeo akan bertanding kerusi Parlimen di Bakri, Johor.

Parlimen Malaysia: P145 Bakri, Johor.[21][23][24]
Tahun Kerajaan Undian % Pembangkang Undian % Jumlah Undian Majoriti % Mengundi
2018 Yeo Bee Yin (DAP) 38,718 62.65% Koh Chon Chai (MCA) 15,507 25.09% 61,800 23,211 84.50%
Mohd Zahrul Salleh (PAS) 7,575 12.26%

Kehidupan peribadi sunting

Yeo berkahwin dengan Lee Yeow Seng pada 11 Mac 2019, Yeow Seng ialah ketua pegawai eksekutif IOI Properties Group Bhd.[25] Lee ialah anak bongsu kepada hartawan dan pengasas IOI Group; Tan Sri Lee Shin Cheng.[26]

Rujukan sunting

  1. ^ "New ministers sworn in before King (updated) - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-07-02.
  2. ^ Bernama (August 8, 2018). "Mestecc is ministry of Energy, Science, Technology, Environment and Climate Change". New Straits Times. Dicapai pada September 24, 2018.
  3. ^ "Profile - Miss Bee Yin Yeo (2009)". Universiti Cambridge. Gates Cambridge. Dicapai pada 13 March 2018.
  4. ^ Jafwan Jaafar (1 March 2016). "Class acts: The academic backgrounds of 15 M'sian leaders". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-03. Dicapai pada 23 March 2018.
  5. ^ "Yeo Bee Yin 杨美盈: About Me". Yeo Bee Yin 杨美盈 Blog. Dicapai pada 15 March 2018.
  6. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/05/22/new-rep-vows-openness/
  7. ^ "Make Way for the Pakatan Women – Part 1". Roketkini. 6 November 2012. Dicapai pada 25 May 2013.
  8. ^ https://www.malaysiakini.com/news/357632
  9. ^ http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/03/15/let-relevant-ministry-take-over-permata-dap-tells-rosmah/
  10. ^ "DAP rep refutes funds misuse allegation by Jamal Yunos". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 2017-03-22. Dicapai pada 2018-03-06.
  11. ^ "Jamal Yunos no-show in court for libel suit by Yeo". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 2017-07-13. Dicapai pada 2018-03-06.
  12. ^ "DAP wants MCA to explain Petaling Jaya land buy | The Malaysian Insight". www.themalaysianinsight.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-03-06.
  13. ^ "Yeo to MCA: PJ land to be used for public services – really?". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 2017-09-29. Dicapai pada 2018-03-06.
  14. ^ "Feel free to sue us, DAP reps tell MCA veep". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 2017-09-19. Dicapai pada 2018-03-07.
  15. ^ ZAP Film (2016-07-18), Pusat Tuisyen Rakyat Selangor, dicapai pada 2018-03-06
  16. ^ Mikha Chan (15 March 2016). "Real change means working on the impossible". Free Malaysia Today. Dicapai pada 23 March 2018.
  17. ^ "Yeo Bee Yin's Lawatan Anak Muda (LAM) Programme". Yeo Bee Yin(杨美盈)Facebook. 8 November 2017. Dicapai pada 23 March 2018.
  18. ^ "Reimagining Malaysia". www.yeobeeyin.com. Dicapai pada 2018-03-21.
  19. ^ Yeo, Bee Yin (2018). Reimagining Malaysia. Malaysia: Democratic Action Party. ISBN 9789839820652.
  20. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan) Percentage figures based on total turnout.
  21. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya boleh didapati di pilihan raya 2004.
  22. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
  23. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  24. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  25. ^ "When the stars finally aligned for Yeo and Lee". Sin Chew Daily. The Star Online. 30 Mac 2019. Dicapai pada 30 Mac 2019.
  26. ^ "Yeo Bee Yin ties the knot with property CEO". Sin Chew Daily. The Star Online. 11 Mac 2019. Dicapai pada 11 Mac 2019.

Pautan luar sunting