Buka menu utama

Maximus Johnity Ongkili

(Dilencongkan dari Maximus Ongkili)
"Maximus Ongkili" dilencongkan di sini.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili (lahir 26 Oktober 1953) merupakan seorang ahli politik Parti Bersatu Sabah yang kini merupakan sebuah parti komponen Barisan Nasional. Beliau merupakan bekas Menteri di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia yang dilantik pada Mei 2013 di bawah kepimpinan Perdana Menteri untuk kabinet 2013.[1] Sebelum ini beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Kota Marudu, Sabah.

Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr.
Maximus J. Ongkili
SPDK (Sab); DGSM (Mel); PGDK (Sab)
Sabah Malaysia Maximus-Johnity-Ongkili-02.jpg
Maximus Ongkili
Ahli Parlimen Malaysia
untuk P168 Kota Marudu, Sabah
Memegang jawatan
12 Mac 2004
RajaSyed Sirajuddin
Mizan Zainal Abidin
Muhammad V
Perdana MenteriAbdullah Ahmad Badawi
Najib Razak
Mahathir Mohamad
Didahului olehKonstituensi baharu
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 9 Mei 2018
RajaMuhammad V
Perdana MenteriNajib Razak
Didahului olehPeter Chin Fah Kui
Digantikan olehYeo Bee Yin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dalam jawatan
30 Mac 2004 – 18 Mac 2008
RajaSyed Sirajuddin
Mizan Zainal Abidin
Perdana MenteriAbdullah Ahmad Badawi
Butiran peribadi
Lahir (1953-10-26) 26 Oktober 1953 (umur 66)
Kota Kinabalu, Borneo Utara (kini Sabah)
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
Pbslogo.JPG PBS
Tinggi150px
PasanganDatin Seri Panglima Joan Maluda
Anak-anak2
PekerjaanMenteri Kabinet, Ahli Parlimen

Kehidupan AwalSunting

Beliau telah dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah tetapi berasal dari Kampung Karanaan, Tambunan, Sabah. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Pekan Tambunan (1962-1966). Beliau meneruskan persekolahannya di ST. Martin Secondary School, Tambunan (1967-1971). Beliau kemudiannya berpindah ke SMK Keningau pada tahun 1972.

KeluargaSunting

YB. Datuk telah mendirikan rumahtangga dengan isterinya, Datin Joan Maluda sejak tahun 1981. Beliau mempunyai seramai 2 orang anak, Rachel Jane Ongkili dan Andreas Jordan Ongkili. Beliau meminati sukan badminton, golf dan memancing. Selain itu beliau turut cenderung dalam bidang penulisan dan penyelidikan.

KerjayaSunting

Y.B. Datuk Seri telah melanjutkan pengajiannya ke La Trobe University, Australia dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian pada tahun 1980. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Tutor dan Penyelidik Sambilan di Universiti tersebut. Beliau menamatkan perkhidmatannya setelah berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pembangunan ekonomi pada tahun 1985.

Sekembalinya dari luar negara,beliau telah bertugas sebagai Pensyarah di Universiti Putra Malaysia. Beliau kemudiannya bertukar ke Institute of Strategik & International Studies dan berkhidmat sebagai Penyelidik Kanan (1985-1986). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Eksekutif di Institute For Development Studies (1987-1993).

PolitikSunting

Beliau memulakan kariernya sebagai wakil rakyat setelah memenangi kerusi DUN Langkon pada Pilihan Raya Umum Sabah 1994. Setelah itu, beliau telah dilantik sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah.

Pada Pilihanraya Umum ke-11, beliau telah bertanding di kerusi Kota Merudu dan berjaya menewaskan pencabarnya Andonnh Pilit @ Anthony Biri Mandiau, seorang calon BEBAS dengan majoriti 3189 undi. Selain itu, beliau juga merupakan ADUN Tandek. Beliau kini memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Penasihat Sains & Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Johnity @ Maximus Ongkili bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kota Marudu, negeri Sabah. Johnity @ Maximus Bin Ongkili telah menang dengan mendapat undi sebanyak 12028.

Calon lawan ialah Roslan Bin Mohd Zain dari (Bebas) mendapat 1,109 undi dan hilang deposit.Berman Bin Angkap dari Bersekutu mendapat 457 undi dan hilang deposit. Andonny Pilit @ Anthony Biri Mandiau dari PKR mendapt 7,830 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 69.51 %. Undi rosak sebanyak 748.

Sumbangan kepada orang ramaiSunting

Beliau merupakan perasmi Bangunan Rukun Tetangga Taman Rambai Jaya yang berada di mukim tanjung minyak,Melaka.Beliau juga telah banyak membantu rakyat Sabah dengan memberi bantuan dari segi kewangan dan sebagainya.Oleh yang demikian,beliau telah mendapat sokongan orang ramai di Melaka dan apatah lagi di Sabah disebabkan sifat baik hati beliau kepada rakyat.

RujukanSunting


Penyandang Terdahulu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia
2008-2013
Penyandang Kemudian
Dato' Sri Dr. Jamaluddin Jarjis Datuk Dr. Ewon Ebin