Mohd Shafie Apdal

(Dilencongkan dari Shafie Apdal)

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (Tulisan Jawi: محمد شافعي بن اڤضل‎), S.P.D.K., S.P.M.P., P.G.D.K., D.S.A.P., D.M.S.M., J.P. (lahir 20 Oktober 1957) ialah Ketua Menteri Sabah ke-15 mulai 12 Mei 2018 hingga 25 September 2020 sehubungan dengan kejatuhan Parti Warisan di Sabah pada Pilihanraya Sabah 2020. Beliau juga merupakan bekas ahli Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dari tahun 1983 sehingga tahun 1995.[2] Beliau juga pernah menjawat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia pada tahun 2009-2015.[3] Beliau merupakan Mantan Naib Presiden UMNO dan juga pengasas serta Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang telah menjadi kerajaan Sabah pada tahun 2018 - 2020.


Mohd Shafie Apdal

SPDK (Sabah); SPMP (Perlis); PGDK (Sabah); DIMP (Pahang); DMSM, JP (Melaka)
محمد شافعي بن اڤضل
Shafie pada 2023
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Semporna, Sabah
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
25 April 1995 – 10 Oktober 2022
Didahului olehSakaran Dandai (UMNOBN)
Majoriti12,218 (1995)
13,325 (1999)
12,086 (2004)
17,462 (2008)
20,905 (2013)
20,674 (2018)
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Senallang
Memegang jawatan
26 September 2020
Didahului olehNorazman Utoh Naim (PPBMPN)
Presiden
Parti Warisan Sabah
Memegang jawatan
17 Oktober 2016
TimbalanYang Berhormat Datuk Ignatius Darell Leiking
Didahului olehParti baru ditubuhkan
Ketua Menteri Sabah Ke-15
Dalam jawatan
12 Mei 2018 – 25 September 2020
RajaSultan Muhammad V
Al-Sultan Abdullah
Perdana MenteriYang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohamad
Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
TimbalanYang Berhormat Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau
Yang Berhormat Datuk Christina Liew Chin Jin
Yang Berhormat Datuk Jaujan Sambakong
Didahului olehYang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman
Digantikan olehYang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji Noor
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Dalam jawatan
10 April 2009 – 29 Julai 2015
Didahului olehMuhammad Hj.Muhammad Taib
Digantikan olehIsmail Sabri Yaakob
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Dalam jawatan
19 Mac 2008 – 9 April 2009
Didahului olehTan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim
(Budaya, Seni dan Warisan)
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus J. Ongkili
Perpaduan dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri)
Digantikan olehTan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim
(Budaya)
Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi). Nota: Beralih semula ke Jabatan Perdana Menteri
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Dalam jawatan
31 Mac 2004 – 17 Mac 2008
Didahului olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan olehShahrir bin Abdul Samad
Naib Presiden UMNO
Dalam jawatan
2009–2016
Berkhidmat dengan
Ahmad Zahid Hamidi
Hishammuddin Hussein
Didahului olehMohd Ali Rustam
Muhyiddin Yassin
Muhammad Haji Muhd Taib
Digantikan olehIsmail Sabri Yaacob
Mahdzir Khalid
Mohamed Khaled Nordin
Butiran peribadi
Lahir (1957-10-20) 20 Oktober 1957 (umur 66)
Semporna, Sabah, Malaysia
Parti politikBN-USNO
(1983-1995)
BN-UMNO
(1995-2016)
WARISAN
(2016 - kini)
PasanganDatin Seri Panglima Shuryani binti Datuk Shuaib
Anak-anak6
IbuBunga Suara Dandai[1]
HubunganSakaran Dandai (bapa saudara)
Shuaib Lazim (bapa mertua)
KediamanSemporna, Sabah'
Alma materUniversiti Staffordshire
PekerjaanAhli Parlimen
Laman web rasmihttp://shafieapdal.com/

Kehidupan awal sunting

Beliau berketurunan Bajau Dari Etnik Kubang daerah Semporna.[4] Dato' Seri Mohd Shafie telah mendapat pelajaran menengah di Victoria Institution,Kuala Lumpur. memperoleh Diploma dalam Pengurusan dan dalam Perkapalan dari Kolej Perniagaan London, dan Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi dengan Kepujian daripada Politeknik Staffordshire Utara (sejak 1992, Universiti Staffordshire) di England.[5]

Kerjaya perkhidmatan awam sunting

Setelah menghabiskan kursusnya di England, Mohd Shafie kembali ke Malaysia dan memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Ahli Ekonomi dalam Kementerian Kewangan Negeri Sabah pada tahun 1982. Pada tahun 1984, beliau berpindah ke Jabatan Ketua Menteri Negeri Sabah untuk memegang jawatan Pegawai Pentadbir Kanan. Beliau kemudian berpindah ke Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar Sabah pada tahun 1987 untuk menyandang jawatan Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar Sabah, dan dari tahun 1991 hingga 1993, merupakan Setiausaha Politik kepada Tan Sri Datuk Hj. Sakaran bin Dandai, Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.

Kerjaya politik sunting

Ketika UMNO mula bertapak di negeri itu, beliau telah menyertai parti itu dan terpilih sebagai Exco Pemuda UMNO bagi penggal 1993/1996 setelah mendapat tempat ke-12 dengan jumlah 198 undi. Pada tahun 1995 beliau telah dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Semporna dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah. Mohd Shafie menyandang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan antara 15 Mei 1995 dan 24 Mei 1999. Beliau menjadi Ahli Parlimen Kawasan Semporna, Sabah pada tahun 1995 dan berjaya mengekalkan kerusi parlimen sehingga kini (2006). Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 25 Mei 1999 dan kemudian berpindah ke Kementerian Pertahanan untuk menyandang jawatan Timbalan Menteri antara 14 Disember 1999 dan 29 Mac 2004. Antara tahun 2000 dan 2003, Mohd Shafie juga menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.[6]

Mohd Shafie dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia pada 30 Mac 2004, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian diberikan pula portfolio Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Pada 28 Julai 2015, Shafie dialihkan dalam rombakan kabinet oleh Najib dengan kehilangan portfolio pembangunan luar bandar dan wilayahnya.[7] Berikutan itu, beliau membentuk parti pembangkang baru yang dikenali sebagai WARISAN yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 17 Oktober 2016.[8][9]

Pilihan raya Malaysia 2008 sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mohd Shafie bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional/UMNO . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Semporna, negeri Sabah. Mohd Shafie Bin Apdal telah menang dengan mendapat undi sebanyak 19,419.

Calon lawan ialah Ab Azis bin Ab Hamid dari PKR mendapat 1,957 undi dan hilang wang deposit. Peratus pengundi yang keluar ialah 63.%. Undi rosak sebanyak 832.

Naib Presiden UMNO sunting

Mohd Shafie terpilih Naib Presiden UMNO bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Perhimpunan Agung UMNO 2009 telah diadakan pada 28 Mac 2009. Wakil dari Sabah seperti Datuk Bung Mokhtar Radin,Datuk Seri Musa Aman dan Rosnah Rashid Shirlin turut terpilih dalam perhimpunan itu bagi memulihkan UMNO setelah dikejutkan dengan tsunami politik 2008.

Pada tahun 2016, beliau telah meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO dan kemudiannya menubuhkan Parti Warisan Sabah.

Kontroversi Zahida Rafik sunting

Pada tahun 2012 Mohd Shafie telah dituduh mengadakan hubungan dengan seorang artis Malaysia bernama Zahida Rafik. Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah menggambarkan bahawa Zahida telah menerima pembayaran sebanyak RM 1.5 juta dari Shafie. Shafie lalu bertindak menyaman Zuraida namun gagal menyaman atas kenyataan Zuraida yang mempunyai bukti yang kukuh serta gambaran yang jelas. Tiada tindakan susulan telah dilakukan Shafie selepas kejadian berkenaan.[10]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Shuryani binti Shuaib dan dikurniakan 6 anak.[11]

Anaknya Sabrina Mohd Shafie dipilih sebagai penerima Anugerah Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen ke-70 Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 27 Mei 2009. Dia menerima diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan di UiTM Lendu, Melaka dengan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 3.84.[12]

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia: Semporna, Sabah[13]
Tahun Kerajaan Undi Pct Pembangkang Undi Pct
1995 Shafie Apdal (UMNO) 17,006 78% Sabardin Ombrah (PBS) 4,788 21%
1999 Shafie Apdal (UMNO) 18,570 77% Abdul Rahim (Bebas) 5,245 22%
2004 Shafie Apdal (UMNO) 13,790 76% Madjalis Lais (Bebas) 1,704 10%
2008 Shafie Apdal (UMNO) 19,419 90% Abd Azis Abd Hamid (PKR) 1,957 10%
2013 Shafie Apdal (UMNO) 25,559 83% Zamree @ Mohd Suffian Abdul Habi (PKR) 4,654 15%
2018 Shafie Apdal (WARISAN) 26,809 80.2% Ramlee Marhaban (UMNO) 6,135 18.4%
Catatan:
Jadual tidak termasuk undi untuk calon yang selesai di tempat ketiga atau lebih rendah.
2 % Yang digunakan untuk pilihan raya 2018.

Anugerah sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Ibu Shafie Apdal Meninggal Dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-08. Dicapai pada 2018-10-08.
  2. ^ "Shafie to hold Finance Minister post temporarily". The Borneo Post. 18 May 2018. Dicapai pada 25 May 2018.
  3. ^ "Shafie to hold Finance Minister post temporarily". The Borneo Post. 18 May 2018. Dicapai pada 25 May 2018.
  4. ^ "GE13: Shafie Apdal is 'village Minister' in Semporna". ABN News. 18 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-09. Dicapai pada 10 November 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "GE13: Shafie Apdal is 'village Minister' in Semporna". ABN News. 18 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-09. Dicapai pada 10 November 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Muguntan Vanar (17 September 2013). "Shafie thanks Musa Aman for staying out of Umno elections". The Star. Dicapai pada 10 November 2014.
  7. ^ "Shafie Apdal axed in Cabinet shakeup". The Malay Mail. 28 July 2015. Dicapai pada 29 July 2015.
  8. ^ "Shafie's Party Name, Logo Approved, To Be Called 'Parti Warisan Sabah'". New Straits Times. Malaysian Digest. 17 October 2016. Dicapai pada 17 October 2016.
  9. ^ "Parti Warisan Sabah is new name of Shafie-led party". Bernama. The Sun. 17 October 2016. Dicapai pada 17 October 2016.
  10. ^ "Isu Zahida: Zuraida terima notis saman Shafie Apdal". Sinar Harian. 16 Mei 2012. Dicapai pada 8 Januari 2013.
  11. ^ Noor Fazrina Kamal (7 August 2009). "Shuryani berpuisi sejak remaja". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-06. Dicapai pada 14 May 2018. Buku tersebut akan diberi tajuk Dirimu Diriku dan Reflection of Life. Ia juga didedikasikan kepada pencinta seni yang mahu berkongsi pengalaman yang saya lalui," jelas ibu kepada enam cahaya mata ini.
  12. ^ "Mohd Shafie Apdal, Semporna boy makes good". Bernama. 12 May 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-14. Dicapai pada 14 May 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 23 June 2010. Percentage figures based on total turnout. Table excludes votes for candidates finishing in third place or lower.
  14. ^ "Datuk Seri title for Perlis MB". Bernama. The Star. 17 May 2008. Dicapai pada 14 September 2018.
  15. ^ "Highest state award for eight". Sandra Sokial. Borneo Post. 1 October 2011. Dicapai pada 14 September 2018.
  16. ^ "Implementation of project to be expedited". Marilyn Ten. Borneo Post. 3 December 2014. Dicapai pada 14 September 2018.

Pautan luar sunting


Penyandang Terdahulu Ketua Menteri Sabah ke-15
12 Mei 201827 September 2020
Penyandang Kemudian
Musa Aman Hajiji Noor
Penyandang Terdahulu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
30 Mac 20048 Mac 2008
Penyandang Kemudian
Tan Sri Muhyiddin Yassin Dato' Shahrir b Abdul Samad
Penyandang Terdahulu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
19 Mac 2008 – kini
Penyandang Kemudian
Tan Sri Dr. Rais b Yatim Ahmad Shabery Cheek