Rais Yatim
Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim (lahir 15 April 1942) merupakan ahli politik Malaysia yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara pada 2 September 2020 lalu.[1] Sebelum itu, beliau ialah menteri di pelbagai kerajaan persekutuan dari 1974 hingga 2013 dan Menteri Besar Negeri Sembilan dari 1978-1982. Beliau memegang kerusi Jelebu di Parlimen Malaysia sehingga 2013. Beliau adalah ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti utama dalam gabungan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia, kecuali untuk tempoh pada 1990-an semasa beliau menjadi ahli pembangkang Semangat 46.[2] Selepas meninggalkan politik, beliau menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).[3]
Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim PSM; SJMK (Kel); SPMP (Pls); SSAP (Phg); SPNS (NS); SPDK (Sbh) | |
---|---|
![]() | |
Yang di-Pertua Dewan Negara | |
Memegang jawatan 2 September 2020 | |
Didahului oleh | Vigneswaran Sanasee |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Memegang jawatan 16 Jun 2020 | |
Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sembilan | |
Dalam jawatan 18 September 2018 – 7 September 2020 | |
Digantikan oleh | Eddin Syazlee Shith |
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan | |
Dalam jawatan 2009–2013 | |
Didahului oleh | Ahmad Shabery Cheek |
Digantikan oleh | Ahmad Shabery Cheek |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Jelebu | |
Dalam jawatan 1999–2013 | |
Didahului oleh | Yunus Rahmat |
Digantikan oleh | Zainudin Ismail |
Dalam jawatan 1982–1990 | |
Didahului oleh | Abdul Samad Idris |
Digantikan oleh | Ibrahim Sareh |
Dalam jawatan 1974–1978 | |
Didahului oleh | Perlembagaan baharu |
Digantikan oleh | Abdul Samad Idris |
Menteri Besar Negeri Sembilan | |
Dalam jawatan 1978–1982 | |
Didahului oleh | Mansor bin Othman |
Digantikan oleh | Isa Samad |
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk Pertang | |
Dalam jawatan 1978–1982 | |
Didahului oleh | Aminuddin Abdul Manap |
Digantikan oleh | Abdul Kadir Kassim |
Butiran peribadi | |
Lahir | Rais bin Yatim 15 April 1942 Kuala Klawang, Negeri Sembilan, Tanah Melayu British (kini Malaysia) |
Parti politik | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Pasangan | Puan Sri Masnah Rais |
Anak-anak | 4 |
Kediaman | Ampang, Selangor |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Profesion | Peguam |
Kehidupan awalSunting
Dilahirkan di Jelebu, Negeri Sembilan. Rais lahir daripada pasangan asal Minangkabau, Mohammad Yatim alias Jatin bin Tahir gelar Pandeka Takue (bapa) dan Siandam (ibu).[4] Bapanya merupakan seorang pedagang yang berasal dari Palupuh, Agam, Sumatera Barat.[5] Pada tahun 1920-an, bapanya pergi merantau ke Klang dan terus ke Gagu. Sedangkan Siandam ibunya, berasal dari Kampung Sipisang, Palupuh, Agam. Ketika berumur belasan tahun, ibunya pergi merantau ke Sungai Serai, kemudian Kampung Katub, Lenggeng dan akhirnya di Jelebu. Rais mempunyai adik-beradik seramai tiga orang: Naam (lahir 1927 tinggal di Kampung Mengkan), Suri (lahir 1932 dan meninggal pada tahun 1989 ketika berumur 60 tahun), dan Atan (lahir 1936 tinggal di Kampung Gagu).
Beliau pernah menjadi guru bahasa selepas tamat perguruan di Institut Bahasa Lembah Pantai pada tahun 1964. Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di High University of Singapore dan menerima ijazah pertama pada tahun 1973. Beliau memperolehi ijazah kedoktoran undang-undang dari University of London pada 1994.
Kehidupan peribadiSunting
Beliau berkahwin dengan Masnah Rais dan mempunyai empat orang anak. Hobinya adalah fotografi dan perjalanan. Beliau juga seorang penulis mengenai subjek undang-undang, politik, dan masyarakat Melayu.
PolitikSunting
Memulakan kerjaya politiknya dengan menjadi Setiausaha Parlimen, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (1974-1976), Timbalan Menteri Undang-undang (1976-1977), dan Timbalan Menteri Dalam Negeri (1977-1978). Datuk Dr. Rais pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dari tahun 1978 hingga 1982.
Beliau pernah bersama Tengku Razaleigh Hamzah keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Semangat 46. Namun setelah Semangat 46 dibubarkan, beliau kembali ke pangkuan UMNO.
Pilihan raya Malaysia 2008Sunting
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Rais Yatim bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Jelebu, negeri Negeri Sembilan. Rais Yatim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 19737.
Calon lawannya ialah Norman Bin Ipin dari PAS yang mendapat 8,127 lantas kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 75 %. Undi rosak sebanyak 769.
PenulisanSunting
Antara buku hasil tulisan beliau ialah:
- Faces in the corridors of power: a pictorial depiction of Malaysian personalities in positions of power and authority, Pelanduk, 1987.
- Jelebak-jelebu: corat-coret anak kampung, DTP Enterprise Sdn. Bhd., 2004.
Garis masa sebagai Ahli ParlimenSunting
Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun

RujukanSunting
- ^ Rais Yatim dimasyhurkan sebagai Speaker Dewan Negara ke-18
- ^ "Rais Yatim dilantik Presiden UIAM". Sinar Harian (dalam bahasa Malay). 3 July 2013. Dicapai pada 4 August 2013.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
- ^ "Rais Yatim dilantik Presiden UIAM". Sinar Harian (dalam bahasa Malay). 3 July 2013. Dicapai pada 4 August 2013.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
- ^ Menbudpar Indonesia-Malaysia Bertemu, Antara News.com, 20 May 2013
- ^ Yatim, Rais (1995). Freedom Under Executive Power in Malaysia: A Study of Executive Supremacy, p. xii. Endowment Publications. ISBN 983-99984-0-4.
Pautan luarSunting
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Negeri Sembilan 12 Julai 1978 – 29 April 1982 |
Penyandang Kemudian |
Dato' Mansor bin Othman | Tan Sri Isa Abdul Samad |
Penyandang Terdahulu | Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan 30 Mac 2004 – 8 Mac 2008 |
Penyandang Kemudian |
??? | Mohd Shafie Apdal |
Penyandang Terdahulu | Menteri Luar Negeri 19 Mac 2008 – 9 April 2009 |
Penyandang Kemudian |
Syed Hamid Albar | Anifah Aman |