Abdul Samad Idris

penulis dan ahli politik Malaysia

Tan Sri Dato' Seri Utama Haji Abdul Samad bin Idris (23 Oktober 1923 – 16 Oktober 2003) ialah seorang ahli politik Malaysia kelahiran Negeri Sembilan. Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Negeri Sembilan dan pernah menyertai Jemaah Kabinet Malaysia sebagai menteri dan timbalan menteri. Beliau juga merupakan seorang budayawan, sejarawan dan wartawan di Malaysia.

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Utama Haji

Abdul Samad Idris

PMN; SPNS (NS); DPMJ (Johor); JMN, AMN; PJK (NS)
Menteri Kerajaan Malaysia
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia
Dalam jawatan
1976–1981
Didahului olehAli Ahmad
Digantikan olehMokhtar Hashim
Menteri Tak Berportfolio
Dalam jawatan
Mac 1976 – April 1976
Timbalan Menteri Kerajaan Malaysia
Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Dalam jawatan
1974–1975
Didahului olehMohamed Yaacob
Digantikan olehShariff Ahmad
Menteri Muda Pembangunan Negara dan Luar Bandar
Dalam jawatan
1971–1974
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehMustapha Abdul Jabbar (sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Jelebu
Dalam jawatan
31 Julai 1978 – 29 Mac 1982
Didahului olehRais Yatim
Digantikan olehRais Yatim
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuala Pilah
Dalam jawatan
20 Februari 1971 – 12 Jun 1978
Didahului olehBahaman Samsudin
Digantikan olehMansor Othman
Timbalan Menteri Besar Negeri Sembilan
Dalam jawatan
1964–1969
MenteriMohamed Said Mohamed
Kawasan pilihan rayaSeri Menanti
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Seri Menanti
Dalam jawatan
1959–1969
Didahului olehJawatan baharu
Digantikan olehMansor Othman
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Johol
Dalam jawatan
1955–1959
Didahului olehJawatan baharu
Digantikan olehAbu Kassim Saad
Butiran peribadi
Lahir(1923-10-23)23 Oktober 1923
Kampung Bukit Tempurung, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Meninggal dunia16 Oktober 2003(2003-10-16) (umur 79)
Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianAngin ahmar
Parti politik Barisan Nasional
UMNO

Latar belakang sunting

Abdul Samad dilahirkan di Kampung Bukit Tempurung, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 23 Oktober 1923. Beliau mula menulis pada tahun 1945 ketika menjadi wartawan akhbar Majlis dan Utusan Melayu.

Berkempen di Sarawak sunting

Sekitar tahun 1962, Abdul Samad Idris pergi berkempen di seluruh negeri Sarawak agar penduduk di sana menyokong kemasukan Sarawak menyertai Malaysia. Beliau turut disertai oleh Mohamed Ghazali bin Jawi. Mereka mengharung arus Sungai Sarawak bagi membawa ketua masyarakat yang berpengaruh menghilir sungai ke Kuching.[1]

Pilihan raya sunting

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969 , Abdul Samad Idris menang bertanding di DUN Seri Menanti.Selepas memenangi kawasan Seri Menanti, beliau dilantik sebaga Timbalan Menteri Besar Negeri Sembilan. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969, Abdul Samad Idris bertanding di parlimen Kuala Pilah menggantikan Datuk Bahaman Samsudin.

Timbalan Menteri Besar Negeri Sembilan sunting

Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Negeri Sembilan. Selepas beliau jawatan itu dimansuhkan. Ketika itu Menteri Besar ialah Dr Mohamed Said bin Mohamed. Dalam pilihan raya 1969, Dr Mohamed Said yang direkomen oleh rakan-rakannya menjadi Menteri Besar telah meletak jawatan Menteri Besar. Beliau memberi alasan mahu menumpukan kerjayanya sebagai doktor perubatan di kliniknya. Kerajaan pusat telah membawa orang baru iaitu Mansor Othman seorang eksekutif syarikat Shell di Port Dickson bertanding dalam pilihan raya.

Pernah menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1970-an. Selepas persaraannya Tan Sri A. Samad Idris terus aktif dalam bidang penulisan terutamanya mengenai adat dan budaya di Negeri Sembilan. Beliau juga aktif membantu anak-anak seni dalam dunia perfileman melalui jawatannya sebagai Pengerusi Finas.

Meninggal dunia sunting

Tan Sri Abdul Samad Idris meninggal dunia pada 16 Oktober 2003 selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana serangan angin ahmar.[2]

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Darjah kebesaran sunting

  •   Tanah Melayu
    • Ahli Mangku Negara (A.M.N.) (1958)
  •   Malaysia
    • Johan Mangku Negara (J.M.N.) (1967)
    • Panglima Mangku Negara (P.M.N.) – Tan Sri (1981)
  •   Johor
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J.) – Dato' (1979)
  •   Negeri Sembilan
    • Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)
    • Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S.) – Dato' Seri Utama (1985)

Hasil karya sunting

  • Biografi Tan Sri Abdul Samad Idris oleh Dharmala N.S./Abdul Muluk bin Daud, Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan, 2003
  • Abdul Samad Idris; Abdul Muluk Daud (Dharmala NS); Haji Muhammmad Tainu; Norhalim Hj Ibrahim (1994). Negeri Sembilan gemuk berpupuk segar bersiram: Luak Tanah Mengandung. Seremban: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya, Negeri Sembilan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. ISBN 9789839984927.
  • Abdul Samad Idris (1996). Luak Johol: Negeri Sembilan, gemuk berpupuk segar bersiram. Seremban: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya, Muzium Negeri Sembilan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. ISBN 9789839984941.
  • Abdul Samad Idris (1994). Luak Jelebu: Negeri Sembilan, gemuk berpupuk segar bersiram. Seremban: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya, Muzium Negeri Sembilan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. ISBN 9789839984934.
  • Abdul Samad Idris (1983). Askar Melayu 50 tahun. Kuala Lumpur: Pustaka Budiman.
  • Abdul Samad Idris (1968). Negeri Sembilan dan sejarah-nya. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu.
  • Abdul Samad Idris (1987). Takhta kerajaan Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: Utusan Printcorp.
  • Abdul Samad Idris (1994). Adat merentas zaman : Negeri Sembilan, gemuk dipupuk, segar bersiram. Seremban: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan Dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.[3]
  • Abdul Samad Idris (1989). Buat baik berpada-pada--. Kuala Lumpur: Pustaka Budiman.
  • Abdul Samad Idris (1982). 25 [Dua puluh lima] tahun merdeka. Kuala Lumpur: Pustaka Budiman.
  • Abdul Samad Idris; Naharudin Ali (1996). Jejak-jejak pejuang. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Rujukan sunting

  1. ^ Politik Negeri Sembilan[pautan mati kekal]
  2. ^ "Samad Idris meninggal". Berita Harian. 16 October 2003. Dicapai pada 6 Oktober 2021.
  3. ^ "Karisma PEN - Biografi Penulis Negeri Sembilan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-07. Dicapai pada 2011-10-24.