Menteri Besar Negeri Sembilan
ketua kerajaan negeri di Negeri Sembilan, Malaysia
Menteri Besar Negeri Sembilan mula dilantik sejak 1 Februari 1948 iaitu selepas tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, jawatan Menteri Besar terus wujud iaitu perlantikan yang diperkenankan oleh Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Lazimnya Menteri Besar dipilih oleh parti politik yang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri.
Menteri Besar Negeri Sembilan | |
---|---|
![]() | |
Kerajaan Negeri Sembilan | |
Gelaran | Yang Amat Berhormat |
Ahli kepada | Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan |
Lapor kepada | Dewan Undangan Negeri Sembilan |
Kediaman | Kampung Tanjung, Rantau, Seremban, Negeri Sembilan |
Pusat | Tingkat 5, Blok B, Wisma Negeri, 70503 Seremban, Negeri Sembilan |
Pelantik | Tuanku Muhriz Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan |
Tempoh jawatan | Selagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan Pilihan raya negeri diadakan lima tahun sekali atau lebih awal |
Pemegang sulung | Abdul Malek bin Yusof |
Pembentukan | 1 Februari 1948 |
Laman sesawang | www |
Senarai Menteri Besar Sunting
Senarai Menteri Besar yang pernah berkhidmat di Negeri Sembilan ialah :
Potret | Nama | Parti Politik | Tempoh Perkhidmatan | |
---|---|---|---|---|
Tun Abdul Malek Yusuf | - | 1948 - 1953 | ||
Dato Shamsudin Nain | - | 1953 - 1959 | ||
Tan Sri Mohamed Said Mohamed | Perikatan | 1959 - 1969 | ||
Dato Mansor Othman | BN (UMNO) | 1969 - 1978 | ||
Tan Sri Rais Yatim | BN (UMNO) | 1978 - 1982 | ||
Tan Sri Isa Abdul Samad | BN (UMNO) | 1982 - 2004 | ||
Dato Seri Mohamad Hasan | BN (UMNO) | 2004 - 2018 | ||
Dato Seri Aminuddin Harun | PH (PKR) | 2018 - 2023 | ||
Dato Seri Aminuddin Harun | PH (PKR) | 2023 - kini |