Mohd Isa Abdul Samad

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari Isa Abdul Samad)

Tan Sri Dato' Seri Utama Mohd Isa bin Dato' Haji Abdul Samad (lahir 14 November 1949) merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO. Beliau juga merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 - Mac 2004. Pada masa ini beliau adalah bekas Pengerusi FELDA.

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Utama

Mohd Isa Abdul Samad

PSM; SPNS (NS); SUMW (WP); DSNS, PMC (NS)
Pengerusi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Dalam jawatan
3 Jun 2017 – 30 Mei 2018
Didahului olehSyed Hamid Albar
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Pengerusi FELDA
Dalam jawatan
1 Januari 2011 – 2017
Didahului olehMohd Yusof Noor
Digantikan olehShahrir Abdul Samad
Anggota Parlimen Malaysia
untuk (P104) Jempol, Negeri Sembilan
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului olehLilah Yasin
Digantikan olehSalim Shariff
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehKhalid Yunus
Digantikan olehLilah Yasin
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Bagan Pinang
Dalam jawatan
11 Oktober 2009 – 2013
Didahului olehAzman Mohd Nor
Digantikan olehTun Hairuddin Abu Bakar
Menteri Wilayah Persekutuan
Dalam jawatan
2004–2005
Didahului olehAbu Hassan Omar
Digantikan olehZulhasnan Rafique
Menteri Besar Negeri Sembilan
Dalam jawatan
April 1982 – Mac 2004
Didahului olehDato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim
Digantikan olehDato' Seri Utama Mohamad Hasan
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk (N26/29) Linggi
Dalam jawatan
1978–2004
Didahului olehSamad Said
Digantikan olehIsmail Taib
Butiran peribadi
Lahir (1949-11-14) 14 November 1949 (umur 74)
Bandar Melaka, Melaka, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganAllahyarhamah Puan Sri Hazizah Tumin (meninggal 2005)
Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid (kahwin 2011)
Anak-anakMohamad Najib
Megawati
Lelawati
Juhaida
PekerjaanAhli politik
Laman web rasmiBlog Tan Sri Isa Samad

Latar belakang sunting

Tan Sri Isa Samad dilahirkan di Melaka dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang, Port Dickson dan kemudiannya bersekolah di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya sebelum bertugas sebagai guru di Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban (1973-1978).

Isteri pertmanya ialah Allahyarhamah Puan Sri Hazizah Tumin yang dikahwini beliau pada 26 Nov 1977. Hazizah meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, Kuala Lumpur pada 7 Disember 2005. Beliau mengidap kanser parotid yang dihidapi sejak 1995.

Anak mereka bernama Mohamad Najib, Megawati, Lelawati, dan Juhaida.

Politik sunting

Tan Sri Isa memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1978 dengan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Linggi. Nombor keahlian UMNO beliau ialah No 22.Kemudian beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Sembilan sehinggalah pilihanraya 1982. Di peringkat akar umbi, beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Port Dickson sehingga sekarang.

Pada tahun 1993, Tan Sri Mohd. Isa bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO akan tetapi beliau tewas kepada Tan Sri Rahim Thamby Chik. Di dalam pilihan raya 1999, Isa Samad menewaskan Dr. Rosli Yaakop dari PAS di kawasannya, N29 Linggi.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2000, Isa Samad bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO tetapi tewas. Menteri Besar yang turut tewas ialah Dato' Seri Abu Hassan Omar, Datuk Osu Sukam, dan Dato' Abdul Ghani Othman. [1]

Dalam pilihan raya 2004 Isa Samad bertanding di kawasan Parlimen Jempol. Sebelum ini Parlimen Jempol dimenangi oleh Datuk Khalid Yunus (BN). Beliau kemudiannya dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sehingga 2005.

Mohd. Isa memenangi jawatan Naib Presiden UMNO bagi penggal 2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi iaitu tertinggi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi). Namun, kemenangan tersebut dibatalkan kerana telah disabitkan dengan perbuatan rasuah.[2]

Pilihan raya kecil Bagan Pinang 2009 sunting

Berikutan kematian ADUN Bagan Pinang, Azman Mohammad Noor, nama beliau disebut-sebut sebagai calon bagi pilihan raya kecil berkenaan. Pada 29 September 2009, akhirnya beliau dicalonkan sebagai calon BN [3] menentang calon Pakatan Rakyat dari PAS iaitu Zulkefly Mohamad OmarTS Isa Samad diumumkan berjaya mengalahkan PAS dengan majoriti lebih besar, 5,435 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,578 undi.[4]

Kontroversi sunting

Digantung keahlian UMNO sunting

Lembaga Disiplin Umno menggantung keahliannya selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) berhubung amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 selepas menangi jawatan naib presiden. Lembaga Disiplin UMNO dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang .Antaranya membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.Salim Shariff yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jempol turut digantung keahlian selama sepenggal atau tiga tahun.[5].Semua jawatannya dalam parti, termasuk sebagai ketua Umno bahagian Teluk Kemang digantung. Pada 6 Julai 2005 , Majlis Tertinggi (MT) Umno menolak rayuan Isa Samad tapi mengurangkan hukuman penggantungan dari 6 tahun kepada 3 tahun sahaja. Pada 23 Jun 2008, Setiausaha Agung UMNO, Datuk SeriTengku Adnan Tengku Mansor menghantar surat kepada Isa Samad.

Kes Isa Samad ini berkait dengan kenyataan oleh Datuk Seri Rais Yatim tentang 18 orang yang akan ditahan untuk disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah. Ketika itu Rais Yatim merupakan Menteri Kehakiman Malaysia.

Berikutan daripada digantung keahlian, Mohd Isa telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 17 Oktober 2005.[6]

Pengerusi Felda sunting

Pada 27 Disember 2010, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berkuatkuasa pada 1 Januari 2011, menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA. [7]

Pada 20 Jun 2012, Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Permodalan Felda (KPF) ke-31 diadakan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan kawalan ketat pihak polis. Isa Samad selaku Pengerusi Felda (kontrak sahaja) tidak akan hadir kerana perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ekoran beliau bukan seorang peneroka, anak eneroka mahupun kakitangan Felda. Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menjelaskan bahawa terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dalam KPF dan keahliannya dalam koperasi dibekukan.[8] Peguam Mohamed Hanipa Maidin dari Mohamed Hanifa & Associates mewakili pemohon Abdul Talib Ali, Abdul Mubin Abdul Rahman, Abdul Razak Mohammad dan Muhamad Noor Atan manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili responden iaitu Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SKM, dan KPF. Pada 23 Mei 2012, panel rujukan pertikaian SKM, SKM telah mengesahkan keahlian Isa Samad walaupun mengakui bahawa perlantikan Isa itu salah di sisi undang-undang.

Mazlan Aliman dari Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) menentang usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di Bursa Malaysia. Penasihat ekonomi ANAK Dr Rosli Yaakop kecewa dengan Menteri Ismail Sabri Yaacob kerana mengenepikan undang-undang kecil dalam Akta Suruhanjaya Koperasi untuk mengecualikan individu tertentu daripada mematuhi kehendak undang-undang kecil KPF (5 Jun 2012).[9]

Kontroversi FGV sunting

Isa Samad selaku Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhg telah berlaku perlanggahan dengan Ketua Pengawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad. Isa Samad telah dipindahkan daripada FGV kepada SPAD.[10]

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Perhimpunan Agung Bawa Gelombang Baru
  2. ^ "MT UMNO lucut semua jawatan parti Isa Samad". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2017-11-20.
  3. ^ "Isa Samad calon BN di Bagan Pinang", Malaysiakini.com, 29 September 2009.
  4. ^ "PAS pula calonkan Zulkefly", Malaysiakini.com, 29 September 2009.
  5. ^ Isa digantung 6 tahun
  6. ^ Isa boleh bertanding jika bayar yuran
  7. ^ "", Malaysiakini.com, 27 Disember 2010.
  8. ^ Polis berkawal di AGM KPF, Isa tak hadir
  9. ^ ANAK dakwa menteri 'salahguna kuasa' kecualikan Isa
  10. ^ [[1]], 2017-06-19, Malay Mail Online


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Negeri Sembilan
29 April 198225 Mac 2004
Penyandang Kemudian
Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim Datuk Seri Mohamad Hasan
Penyandang Terdahulu Menteri Wilayah Persekutuan
Mac 2004Februari 2006
Penyandang Kemudian
Yang Pertama Datuk Zulhasnan Rafique