Linggi
Linggi ialah sebuah mukim di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.[1]Dari segi pentadbiran adat, Linggi merupakan sebuah luak di bawah naungan Luak Sungai Ujong. Tempat yang berhampiran termasuklah Pasir Panjang, Pengkalan Kempas, Tanjung Agas dan Teluk Kemang.
Linggi | |||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara | Malaysia | ||||||||||||||||||||
Negeri | Negeri Sembilan | ||||||||||||||||||||
Daerah | Port Dickson | ||||||||||||||||||||
Pentadbiran | |||||||||||||||||||||
• Jenis | Tempatan | ||||||||||||||||||||
• Badan | Majlis Perbandaran Port Dickson | ||||||||||||||||||||
• Yang Dipertua |
| ||||||||||||||||||||
• Pegawai Daerah | Khairy Maamor |
Linggi | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Institusi adat | Undang Luak Sungai Ujong |
Pentadbiran | |
• Dato' Muda Linggi | YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi |
Tempat ini mendapat namanya daripada sebatang sungai yang menjadi sempadan Negeri Sembilan dan Melaka. Sungai Linggi ini menjadi laluan masuk kapal-kapal dagang pada zaman silam. Raja Melewar yang datang dari Pagar Ruyung untuk dirajakan di Negeri Sembilan juga mudik ke hulu melalui Sungai Linggi. Sungai Linggi bercabang dua; satu cabang mengalir dalam daerah Rembau manakala satu lagi cabang berhulu di daerah Seremban. Hulu cabang inilah yang dinamakan Sungai Ujung iaitu nama lama bagi Seremban.
Pengangkutan
suntingLinggi dapat dicapai dengan menggunakan Jalan Pedas-Linggi ataupun menggunakan persimpangan EXIT 223 di Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan .[2]
Rujukan
sunting- ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysian National Committee on Geographical Names. 2017. m/s. 32. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada May 22, 2021. Dicapai pada May 29, 2021.
- ^ Administrator. "PLUS MALAYSIA BERHAD - Toll Abbreviation". www.plus.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-09. Dicapai pada 2018-11-23.