Rembau

daerah di Negeri Sembilan, Malaysia


Rembau adalah sebuah daerah di Negeri Sembilan yang terletak di bahagian selatan bersempadan dengan negeri Melaka. Daerah Rembau berkeluasan 402.76 kilometer persegi atau 41,512 hektar dengan penduduk seramai 47,296 orang pada tahun 2020. Penduduk daerah ini majoritinya adalah petani, kakitangan kerajaan, pekerja perkilangan di kawasan perindustrian daerah atau di Seremban.

Daerah Rembau
Transkripsi lain
 • Jawiرمباو
 • Cina林茂
Lokasi Daerah Rembau di Negeri Sembilan
Lokasi Daerah Rembau di Negeri Sembilan
Rembau is located in Bumi
Rembau
Rembau (Bumi)
Koordinat: 2°35′29″N 102°05′53″E / 2.591479541124434°N 102.09793995359905°E / 2.591479541124434; 102.09793995359905Koordinat: 2°35′29″N 102°05′53″E / 2.591479541124434°N 102.09793995359905°E / 2.591479541124434; 102.09793995359905
NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
PusatRembau
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Rembau
Kerajaan
 • Pegawai daerahMohamad Najib bin Mustafa
Keluasan
 • Jumlah402.76 km2 (155.51 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah47,296
 • Kepadatan120/km2 (300/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (-)
Poskod
71xxx
Kod panggilan+6-06
Rembau
Lokasi Luak Rembau di Negeri Sembilan
Lokasi Luak Rembau di Negeri Sembilan
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
Institusi adatUndang Luak Rembau
Kerajaan
 • Undang Luak RembauDato' Haji Muhamad Sharip bin Othman

Etimologi dan sejarah sunting

Asal perkataan "Rembau" dipercayai diambil daripada nama sebatang pokok Merbau di sekitar Batang Nyamor, Kota. Pokok itu dipercayai sangat besar dan tinggi sehingga boleh menaungi beberapa kampung sehingga ke Sungai Ujong.

Rembau dipercayai telah diduduki oleh orang Jakun atau juga digelar Biduanda. Namun, tarikh pembukaan Rembau yang paling tepat tidak dapat dipastikan. Menurut peta d'Eredia, Rembau telah berpenduduk sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan menjadi pusat sosiobudaya dan politik bagi kawasan pedalaman Melaka. Melalui peta itu juga Rembau dibuktikan telah menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Minangkabau yang terletak di pedalaman Melaka.

Orang Minangkabau mula berhijrah ke Rembau dari pantai timur Sumatera lalu tiba di Sang Hyang Hujung atau sekarang digelar Tanjung Tuan. Dari kawasan itu mereka mula mudik ke pedalaman mengikut Sungai Linggi, Sungai Rembau dan Sungai Penajis untuk sampai ke Rembau. Mereka telah diberi kuasa kependudukan dan kepercayaan daripada Kesultanan Johor. Terdapat dua pendapat mengenai tarikh penhijrahan mereka ke Rembau. Menurut T.J. Newbold, penghijrahan tersebut terjadi pada abad ke-12. P.E.L. Favre pula berpendapat bahawa penghijrahan tersebut terjadi pada tahun 1260, 100 tahun setelah pembukaan Temasik.

Selepas kejatuhan Melaka, Rembau menjadi naungan Kesultanan Johor. Namun, Johor tidak terlalu terlibat dalam urusan pentadbiran Rembau kerana Johor yang lebih menumpukan rampasan semula Melaka daripada Portugis. Hal ini menjadikan Rembau seperti wilayah yang bebas daripada mana-mana kerajaan dan merancakkan lagi penghijrahan orang Minangkabau ke sana. Setelah kedatangan ramai orang Minangkabau, timbullah pertelagahan antara penduduk setempat yang diketuai Batin Sekudai dengan penghijrah Minangkabau. Maka mereka bersepakat untuk melantik seorang pemimpin dari Suku Paya Bidara di Minangkabau. Maka Sultan Munim Syah II telah berkenan memilih Datuk Lela Balang dan adiknya, Datuk Laut Dalam. Namun, hanya Datuk Lela Balang berjaya tiba di Rembau manakala adiknya telah hanyut ke Jawa di laut. Setelah persepakatan penduduk Rembau dicapai, Datuk Lela Balang telah dikahwinkan dengan anak Batin Sekudai, Tok Bungkal yang telah diislamkan. Mereka dikurniakan seorang putera dan tiga anak perempuan.

Datuk Laut Dalam telah berkahwin dengan seorang wanita Jawa dan dikurniakan empat anak perempuan. Terkenangkan hasrat asalnya untuk ke Rembau, dia telah berangkat ke Rembau bersama isteri dan anaknya. Selepas tibanya di sana, dia tidak puas hati kerana keturunan abangnya telah dilantik sebagai waris penghulu di Rembau. Setelah dinasihati, dia berangkat ke Johor dan mengadukan masalahnya kepada Sultan Johor kerana Rembau masih di bawah naungan Johor. Sultan Johor telah berkenan untuk menjadikan keturunan Datuk Laut Dalam sebagai pewaris juga. Baginda telah menitahkan untuk mengahwinkan putera Datuk Lela Balang dan puteri Datuk Laut Dalam. Datuk Laut Dalam kembali ke Rembau lalu menyusun semula pentadbiran di Rembau. Dia juga telah mengisytihar keputusan Sultan untuk menggilirkan pusaka warisan itu antara dua carak iaitu Carak Waris Biduanda Jakun, keturunan isteri Datuk Lela Balang dan Carak Waris Jawa, keturunan isteri Datuk Laut Dalam.[1]

Geografi sunting

Rembau merupakan salah satu daripada 7 daerah yang terdapat di Negeri Sembilan. Kedudukannya yang terletak di kawasan pinggiran sebelah barat Banjaran Titiwangsa juga menjadikan daerah tersebut sebahagian daripada Negeri Sembilan barat, bersama-sama daerah Seremban dan daerah Port Dickson.

Daerah Rembau bersempadan dengan daerah Seremban di utara, daerah Port Dickson di barat, daerah Kuala Pilah di timur, dan daerah Tampin dan daerah Alor Gajah, Melaka di selatan.

Pentadbiran sunting

Daerah Rembau ditadbir oleh Majlis Daerah Rembau dan berpusat di Bandar Rembau. Daerah ini terbahagi kepada 17 mukim. Terdapat sebuah bandar dan 10 pekan di dalam daerah ini.[2]

 
Peta daerah Rembau

Mukim sunting

  1. Mukim Batu Hampar
  2. Mukim Bongek
  3. Mukim Chembong
  4. Mukim Chengkau
  5. Mukim Gadong
  6. Mukim Kundor
  7. Mukim Legong Ilir
  8. Mukim Legong Ulu
  9. Mukim Miku
  10. Mukim Nerasau
  11. Mukim Pedas
  12. Mukim Pilin
  13. Mukim Selemak
  14. Mukim Semerbok
  15. Mukim Sepri
  16. Mukim Tanjong Kling
  17. Mukim Titian Bintangor 18.

Bandar dan pekan sunting

  1. Bandar Rembau
  2. Pekan Kampong Batu
  3. Pekan Kota
  4. Pekan Lubok China
  5. Pekan Pedas
  6. Pekan Chembong
  7. Pekan Rembau
  8. Pekan Chengkau
  9. Pekan Seri Kota
  10. Pekan Seri Kendong
  11. Pekan Merbau Sembilan

Demografi sunting

Pecahan etnik di Rembau - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
86.5%
India
  
8.2%
Cina
  
5.1%
Lain-lain
  
0.2%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Rembau ialah seramai 47,296 orang dengan kepadatan penduduk 117 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 86.5 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum India diikuti Cina. Sebanyak empat peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[3]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 103:100. Terdapat 16,117 tempat kediaman dengan sebanyak 12,722 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 33 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 10 ribu dalam golongan muda dan selebihnya empat ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 39,382
Cina 2,301
India 3,756
Lain-lain 89
Bukan warganegara N/A 1,768

Agama sunting

Agama di Rembau - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
84.7%
Hinduisme
  
8.3%
Buddha
  
4.7%
Tidak beragama
  
1.3%
Kristian
  
0.7%
Lain-lain
  
0.4%

Majoriti penduduk di daerah Rembau beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan Hindu yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa India. Agama ketiga terbesar merupakan Buddha yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa Cina. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[3]

Agama Jumlah
Islam 40,068
Hindu 3,912
Buddha 2,205
Kristian 332
Lain-lain 179
Tidak beragama 600
Tidak diketahui 0

Politik sunting

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sunting

Kawasan di dalam daerah Rembau ditadbir oleh Majlis Daerah Rembau.

Ahli Parlimen sunting

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Sejarah Rembau dan Sistem Pentadbirannya" (PDF). Perpustakaan Universiti Malaya. Dicapai pada 2023-02-26.
  2. ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH" (PDF).
  3. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/

Pautan luar sunting