Buka menu utama

Koordinat: 2°23′N 102°13′E / 2.383°N 102.217°E / 2.383; 102.217

Alor Gajah
الور ڬاجه
Pemandangan Alor Gajah الور ڬاجه
Mohor bagi Alor Gajah الور ڬاجه
Mohor
Moto: Alor Gajah Progresif
Negara Malaysia Malaysia
Negeri Melaka Melaka
Diasaskan Majlis Luar Bandar Alor Gajah telah disusun semula dan diiktiraf Majlis Daerah Alor Gajah pada 1 Julai 1978.
Kerajaan
 - Yang di-Pertua MP Alor Gajah Yang Berbahagia Encik Abu Bakar Bin Abdul
Kepadatan (menurut bancian tahun 2010)
 - Jumlah 182,666 orang.
Zon masa MST (UTC+8)
Laman web: http://www.mpag.gov.my/
Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah

Daerah Alor Gajah merupakan salah satu daerah di Melaka, Malaysia, 24 kilometer dari Bandaraya Melaka dan juga merupakan salah satu pintu masuk utama ke negeri Melaka melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Ibu daerah Alor Gajah berpusat di Bandar Alor Gajah. Daerah Alor Gajah yang mengandungi tiga buah bandar dan 16 buah pekan-pekan kecil. Keluasan daerah Alor Gajah adalah seluas 66,302 hektar yang merangkumi 31 buah mukim.[1]

SejarahSunting

Nama Alor Gajah berpunca daripada tabiat sekumpulan gajah liar yang kononnya diketuai oleh seekor gajah putih. Gajah berkenaan dilihat sangat gemar berjalan secara berkumpulan menurut alur sebatang sungai yang terdapat di bandar ini. Atas keadaan itu penduduk tempatan menamakan bandar ini sebagai Alor Gajah.

Alor Gajah pada mulanya didiami oleh orang Minangkabau pada kurun ke-12. Apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai penduduk Minangkabau di Tampin pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka maka wujudlah pemerintahan Melayu di Bandar Alor Gajah.

Semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu seorang pegawai British telah ditempatkan di Alor Gajah bagi mengutip hasil. Sesuai dengan peranan dan tanggungjawab tersebut, Pejabat Daerah telah ditubuhkan agar perlaksanaan tugas dapat dijalankan dengan sempurna. Alor Gajah juga terkenal dengan pahlawan Naning iaitu Dato' Dol Said yang menentang British di dalam Perang Naning pada tahun 1832 adalah dari sebuah kawasan hutan yang dipercayai menjadi laluan gajah-gajah liar.Selain itu, Alor Gajah juga pernah mempunyai landasan kereta api dari Pulau Sebang terus ke Bandaraya Melaka (melalui Alor Gajah) tetapi telah ditutup semasa pendudukan Jepun 1942.Stesen Kereta Api Pulau Sebang yang dibuka pada tahun 1905 masih lagi beroperasi pada masa kini yang lebih dikenali dengan nama stesen Kereta Api Tampin/Pulau Sebang. Pihak KTMB sedang merancang untuk membina semula laluan kereta api hingga ke Bandaraya Melaka dari Pulau Sebang. Jika diluluskan projek itu dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-10. Daerah Alor Gajah juga turut terlibat Projek Landasan Kereta Api Berkembar Elektrik yang sedang giat dilaksanakan sekarang antara Seremban ke Gemas. Lokasi stesen KTMB Pulau Sebang sekarang akan dipindahkan beberapa meter ke arah selatan dari stesen sedia ada. Apabila stesen KTMB Pulau Sebang siap pada tahun 2012 turut dilengkapi dengan Perhentian Bas dan Teksi Pulau Sebang. Hal ini kelak menjadikan Pulau Sebang mempunyai sistem pengangkutan yang bersepadu yang melibatkan kereta api bas dan teksi. Secara tidak langsung Projek Sebang Sentral yang pernah diuar-uarkan menjadi kenyataan. Potensi Bandar Pulau Sebang akan bertambah maju. Limpahan pembangunan bukan sahaja akan berlaku di Bandar Alor Gajah tetapi turut dirasai dengan lain-lain kawasan yang berhampiran. Kerajaan Negeri Melaka mahukan Stesen KTMB Pulau Sebang kelak tidak lagi dibayangi dengan Tampin sebaliknya Stesen KTMB ini merupakan stesen yang terletak di daerah Alor Gajah, Melaka.

Sehingga kini Daerah Alor Gajah telah mempunyai 25 orang Pegawai Daerah sejak tahun 1938.

PengangkutanSunting

 
Terminal Bas AG Sentral

Alor Gajah boleh dihubungi dari Bandaraya Melaka melalui Lebuh AMJ  , dari Tampin melalui Jalan Alor Gajah-Tampin   dan dari Masjid Tanah melalui Jalan Alor Gajah-Masjid Tanah  . Dari Lebuhraya Utara-Selatan   AH 2 melalui susur keluar Simpang Ampat EXIT 227. Plaza Tol Simpang Ampat kira-kira 5 kilometer dari Bandar Alor Gajah. Alor Gajah merupakan satu-satunya keistimewaan bagi negeri Melaka kerana mempunyai stesen kereta api. Stesen Kereta Api Pulau Sebang / Tampin terletak kira-kira 2 kilometer arah ke Tampin. Satu lagi stesen KTMB daerah Alor Gajah terletak di Tebong. Walau bagaimanapun perkhidmatan kereta api antara bandar tidak berhenti di stesen ini. Namun demikian kerja-kerja menaik taraf juga dilakukan disebabkan laluan landasan berkembar elektrik turut melalui stesen ini.

Pasar awam Alor GajahSunting

Pasar awam Alor Gajah terletak berhampiran dengan terminal bas AG Sentral dan premis-premis perniagaan.

PendudukSunting

Mengikut tahun:Sunting

  • 1980 : 113,083 orang
  • 1991 : 116,653 orang
  • 2000 : 132,317 orang
  • 2010 : 182,666 orang

Mengikut jantina:Sunting

  • Lelaki : 65,074
  • Perempuan : 67,243

Mengikut kaum:Sunting

Mukim di Alor GajahSunting

Alor Gajah mempunyai keluasan 67,440 hektar. Keluasan mukim-mukim dalam daerah ini adalah seperti berikut:

No. Mukim-mukim Keluasan (hektar)
1. Lendu 2,717
2. Masjid Tanah 1,956
3. Ramuan Cina Kecil 1,329
4. Sungai Baru Tengah 2,181
5. Kuala Sungai Baru 1,109
6. Sungai Baru Ilir 3,914
7. Berisu 2,067
8. Tanjung Rimau 521
9. Padang Sebang 834
10. Belimbing 366
11. Parit Melana 632
12. Pegoh 1,829
13. Kelemak 1,793
14. Taboh Naning 3,184
15. Melekek 1,122
16. Rembia 1,661
17. Pulau Sebang 705
18. Tebong 3,414
19. Pekan Kemuning 2,552
20. Gadek 1,485
21. Machap 7,612
22. Melaka Pindah 2,432
23. Durian Tunggal 5,180
24. Sungai Petai 1,780
25. Sungai Baru Ulu 3,569
26. Beringin 384
27. Ayer Paabas 2,961
28. Sungai Siput 1,953
29. Ramuan China Besar 1,938
30. Sungai Buloh 816
31. Kuala Linggi 2,444
Jumlah 67,440

Mukim-mukim kecilSunting

Bandar dan pekan dalam daerah Alor GajahSunting

Kemudahan awamSunting

Stesen bas, teksi dan kereta apiSunting

  • Stesen Bas Alor Gajah (AG Sentral)
  • Stesen Bas Pulau Sebang
  • Stesen Kereta Api Pulau Sebang / Tampin
  • Stesen Bas Masjid Tanah

JetiSunting

  • Jeti Kuala Linggi

Pusat Membeli-belah dan PasarayaSunting

  • Mydin Mall Bandar Pulau Sebang (AKAN DIBUKA)
  • Pasaraya KU Masjid Tanah
  • Family Store Masjid Tanah
  • Freeport A'Famosa Outlet's Village, Simpang Ampat

Stesen minyakSunting

  • Petronas Alor Gajah
  • Petronas Sungai Petai (berhampiran IKS Alor Gajah)
  • Petronas Rembia
  • Petronas Masjid Tanah
  • Petronas Durian Tunggal
  • Petronas Simpang Ampat
  • Petronas Lubuk China
  • Petronas Pulau Sebang
  • Petronas R&R Ayer Keroh
  • Shell Alor Gajah
  • Shell Masjid Tanah
  • Shell Durian Tunggal
  • Shell Pulau Sebang
  • Shell Kuala Sungai Baru
  • Shell Sungai Petai
  • Caltex Kelemak
  • Caltex R&R Jejantas Ayer Keroh
  • Petron Alor Gajah
  • Petron Masjid Tanah
  • Petron Simpang Ampat

Hospital & klinikSunting

  • Hospital Alor Gajah
  • Hospital Kem Terendak
  • Klinik Kesihatan Alor Gajah (Hospital lama Alor Gajah)
  • Poliklinik Durian Tunggal
  • Klinik Kesihatan Masjid Tanah
  • Klinik Desa Melaka Pindah
  • Klinik 1 Malaysia Taman Samarinda
  • Klinik Desa Rembia
  • Klinik Desa Sungai Petai
  • Klinik Desa Lendu
  • Klinik Desa Ayer Paabas
  • Klinik Desa Brisu
  • Klinik Desa Lubuk China
  • Klinik Desa Sungai Buluh
  • Klinik Desa Sungai Siput
  • Klinik Desa Ramuan China Besar
  • Klinik Desa Kuala Linggi
  • Klinik Desa Kuala Sungai Baru
  • Klinik Desa Tanjung Bidara
  • Klinik Desa Kampung Pulau
  • Klinik Desa Durian Daun
  • Klinik Desa Machap Umboo
  • Klinik Desa Menggong
  • Klinik Desa Taboh Naning
  • Klinik Desa Machap Bahru
  • Klinik Desa Gadek
  • Klinik Desa Melekek
  • Klinik Desa Hutan Percha
  • Klinik Desa Simpang Ampat
  • Klinik Desa Ayer Limau
  • Klinik Desa Pengkalan Balak
  • Klinik Desa Belimbing Dalam
  • Klinik Desa Pantai Belimbing
  • Klinik Desa Tebong

Balai & pondok polisSunting

  • Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah
  • Balai Polis Trafik Alor Gajah
  • Balai Polis Masjid Tanah
  • Balai Polis Pulau Sebang
  • Balai Polis Durian Tunggal
  • Balai Polis Gadek
  • Balai Polis Machap Baru
  • Balai Polis Kuala Sungai Baru
  • Balai Polis Hutan Percha
  • Balai Polis Tebong
  • Balai Polis Rembia
  • Balai Polis Lubuk China
  • Balai Polis Simpang Ampat
  • Pondok Polis Taman Sri Kelemak
  • Pondok Polis Lendu
  • Pondok Polis Brisu
  • Pondok Polis Machap Umboo Baru
  • Pondok Polis Pengkalan Balak
  • Pondok Polis Taboh Naning

Tempat rekreasiSunting

PendidikanSunting

 
Akademi Laut Malaysia

Sekolah menengahSunting

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Dol Said
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Talib Karim
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Naning
  5. Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor Shah
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Tebong
  8. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang
  9. Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China
  10. Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal
  11. Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba
  12. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin
  13. Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat
  14. Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra
  15. Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi
  16. Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak

Sekolah rendahSunting

  1. Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1
  2. Sekolah Kebangsaan Dato' Naning
  3. Sekolah Kebangsaan Sungai Petai
  4. Sekolah Kebangsaan Pegoh
  5. Sekolah Kebangsaan Melaka Pindah
  6. Sekolah Kebangsaan Lesong Batu
  7. Sekolah Kebangsaan Parit Melana
  8. Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam
  9. Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal
  10. Sekolah Kebangsaan Gangsa
  11. Sekolah Kebangsaan Rumbia
  12. Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah
  13. Sekolah Kebangsaan Tanjung Bidara
  14. Sekolah Kebangsaan Othman Syawal
  15. Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar
  16. Sekolah Kebangsaan Ayer Limau
  17. Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak
  18. Sekolah Kebangsaan Kuala Linggi
  19. Sekolah Kebangsaan Durian Daun
  20. Sekolah Kebangsaan Lubok Redan
  21. Sekolah Kebangsaan Jeram
  22. Sekolah Kebangsaan Air Jernih
  23. Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah
  24. Sekolah Kebangsaan Sungai Tuang
  25. Sekolah Kebangsaan Telok Berembang
  26. Sekolah Kebangsaan Padang Sebang
  27. Sekolah Kebangsaan Ayer Paabas
  28. Sekolah Kebangsaan Simpang Empat
  29. Sekolah Kebangsaan Pulau Sebang
  30. Sekolah Kebangsaan Melekek
  31. Sekolah Kebangsaan Ganun
  32. Sekolah Kebangsaan Sungai Siput
  33. Sekolah Kebangsaan Lendu
  34. Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh
  35. Sekolah Kebangsaan Tebong
  36. Sekolah Kebangsaan Menggong
  37. Sekolah Kebangsaan Hutan Percha
  38. Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1
  39. Sekolah Kebangsaan Kem Terendak II
  40. Sekolah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim
  41. Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin
  42. Sekolah Kebangsaan Sungai Jernih
  43. Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang
  44. Sekolah Kebangsaan Berisu
  45. Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh
  46. Sekolah Kebangsaan Kemuning
  47. Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana
  48. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Peng Min
  49. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sann Yuh
  50. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Machap Baru
  51. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Machap Umboo
  52. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Lendu
  53. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chabau
  54. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pay Chee
  55. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Alor Gajah
  56. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kiow Min
  57. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Taboh Naning
  58. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Khiak Yew
  59. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Masjid Tanah
  60. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yok Sin
  61. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Paya Mengkuang
  62. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Min
  63. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Durian Tunggal
  64. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Pekan Tebong
  65. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Alor Gajah
  66. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Rumbia
  67. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Gadek
  68. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kemuning
  69. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Kemuning KRU Division
  70. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Tebong
  71. Sekolah Rendah Arab (JAIM) Al-Falah
  72. Sekolah Rendah Arab (JAIM) Jelatang

Institut pengajian tinggiSunting

  1. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (Kampus utama)
  2. Universiti Teknologi MARA Alor Gajah (UiTM)
  3. Kolej Matrikulasi Melaka
  4. Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
  5. Kolej Komuniti Alor Gajah
  6. Universiti Kuala Lumpur (Kampus Alor Gajah)
  7. Kolej Risda
  8. Institut Kemahiran Belia Negara Alor Gajah

RujukanSunting

  • De Witt, Dennis (2010). Melaka from the Top. Malaysia: Nutmeg Publishing. ISBN 9789834351922. 

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting