Hang Tuah Jaya

Perbandaran di Melaka, Malaysia
(Dilencongkan daripada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya)

Hang Tuah Jaya merupakan sebuah bandar satelit bagi Bandaraya Melaka yang juga merupakan pusat pentadbiran baharu negeri Melaka bermula pada Jun 2006. Bandar ini juga digelar sebagai 'Putrajaya' Melaka. Pusat pentadbiran Hang Tuah Jaya terletak kira-kira 15 km dari pusat bandaraya Melaka. Kawasan ini terletak di bawah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Seri Negeri juga terletak di sini, berhampiran Persimpangan Seri Negeri - MITC.

Hang Tuah Jaya
-
-
-
Bendera Hang Tuah Jaya
Bendera
Mohor rasmi bagi Hang Tuah Jaya
Mohor
Nama samaran: -
Moto: Bandar raya Pintar
Hang Tuah Jaya yang terletak di Semenanjung Malaysia
Hang Tuah Jaya
Hang Tuah Jaya
Kedudukan di Semenanjung Malaysia
Hang Tuah Jaya yang terletak di Malaysia
Hang Tuah Jaya
Hang Tuah Jaya
Kedudukan di Malaysia
Koordinat: 2°16′00″N 102°17′00″E / 2.26667°N 102.28333°E / 2.26667; 102.28333
Negara Malaysia
Negeri Melaka
Pengisytiharan 25 Jun 2006
Kerajaan
 - Ditadbir oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
 - Yang Dipertua MPHTJ Sapiah binti Haron
Kawasan
 - Jumlah 55.8 batu persegi (144.61 km²)
Ketinggian kaki (Ralat ungkapan: Pengendali * tidak dijangka m)
Kepadatan (2010)
 - Jumlah 47, 473
Zon masa MST (UTC+8)
Laman web: www.mphtj.gov.my

Hang Tuah Jaya meliputi kawasan seluas 144.61 kilometer persegi, merupakan sebahagian daripada 3 daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Hang Tuah Jaya merangkumi bandar-bandar seperti Ayer Keroh, Bukit Katil, Batu Berendam, Bukit Baru, Ayer Molek, Durian Tunggal dan Bemban serta beberapa pekan dalam lingkungan kawasan ini. Kebiasaannya, istilah Hang Tuah Jaya jarang digunakan oleh penduduk sekitar, memandangkan istilah ini baru sahaja dicipta. Mereka lebih sesuai menyebut nama bandar seperti Ayer Keroh dan sebagainya. Papan tanda juga tiada yang tertulis 'Hang Tuah Jaya' , hanya nama-nama bandar yang menjadi sebahagian daripada kawasan ini. Secara geografinya juga, seluruh kawasan ini (kecuali Bemban dan Durian Tunggal) merupakan sebahagian daripada Bandaraya Melaka, jadi tidak hairan sekiranya ada yang menggelarkan kawasan ini ialah Bandaraya Melaka.

Sejarah

sunting

Pada awalnya, Hang Tuah Jaya tidak ditubuhkan sejak zaman dahulu. Kawasan ini hanya dikenali sebagai Bandaraya Melaka bagi warga luar Melaka, dan bagi penduduk Melaka mengenali kawasan ini dengan nama-nama pekan dan bandar di sini. Pentadbiran negeri Melaka juga terletak di Bandaraya Melaka dan terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

Perbincangan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam bermula pada tahun 2005. Enakmen Hang Jaya Tuah 2005 telah ditubuhkan pada 1hb Jun 2005 dan dilancarkan secara rasmi oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi pada 25hb Jun 2006.

Tiga daerah terlibat dalam pembentukan Hang Tuah Jaya, daerah Melaka Tengah berkeluasan 22601.03 ekar, Alor Gajah pula 12396.41 ekar dan Jasin 28532.01 ekar. 9 buah mukim terlibat, 6 mukim di Melaka Tengah, 2 mukim di Jasin dan 1 mukim di Alor Gajah. Kewujudan kawasan Hang Tuah Jaya ini penting untuk merangsang pembangunan fizikal Negeri Melaka bagi mewujudkan suasana dan persekitaran yang lebih sesuai untuk aktiviti pembangunan yang lengkap dan terancang.

Berkuatkuasa 1 Januari 2010, secara rasminya Hang Tuah Jaya diisytiharkan oleh Ketua Menteri Melaka ketika itu. Seluruh kawasan Hang Tuah Jaya diasingkan dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan dialih kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, yang mana merupakan PBT ke-4 di negeri Melaka. Pentadbiran negeri Melaka juga dialihkan di sini.

Sejak kewujudan Hang Tuah Jaya, kerajaan negeri berusaha menjadikan kawasan ini sebagai sebuah bandar teknologi hijau di Malaysia, bagi merealisasikan slogan "Melaka Negeri Bandar Tekonologi Hijau". Bukan itu sahaja, Hang Tuah Jaya juga merupakan sebuah bandar terancang di negeri Melaka.

Pentadbiran

sunting

Ketika dahulu, kebanyakan kawasan ini ditadbir oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, kecuali Durian Tunggal (oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah) dan Bemban (Majlis Perbandaran Jasin). Namun, bermula 1 Januari 2010, secara rasminya seluruh kawasan Hang Tuah Jaya ditadbir oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.

Kebanyakan pejabat kerajaan negeri juga terdapat di sini. Seri Negeri terletak di Ayer Keroh, manakala pejabat Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya terletak di Melaka Mall. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah juga terletak di Graha Makmur, yang juga sebahagian dari kawasan Hang Tuah Jaya.

Perbadanan Hang Tuah Jaya

sunting

Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) telah ditubuhkan bermula pada 1 Jun 2005 melalui kuatkuasa Enakmen PHTJ yang telah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka pada 11 Mei 2005. Pengerusi Perbadanan Hang Tuah Jaya ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam manakala Timbalan Pengerusinya ialah Datuk Wira Ismail Saleh yang merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Majlis Pembandaran Hang Tuah Jaya

sunting
 
Majlis Pembandaran Hang Tuah Jaya

Majlis Pembandaran Hang Tuah Jaya telah ditubuhkan pada 1 Januari 2010 . Tujuan penubuhan MPHTJ adalah untuk membangunkan seluruh kawasan Hang Tuah Jaya sebagai pusat ICT dan Multimedia secara bersepadu sebagai pengerak kehidupan, juga untuk merancang dan membangunkan zon kediaman yang selesa dan lengkap dengan Infrastruktur sosial dan memenuhi segala prinsip pembangunan Bandar Mampan.

Latar Belakang MPHTJ

sunting

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976, (Akta 171) sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan bagi kawasan Hang Tuah Jaya. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya mula beroperasi pada 1 Januari 2010. Kawasan Pentadbiran Majlis Perbadanan Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pada asalnya merupakan kawasan pentadbiran Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) yang telah diwartakan didalam Warta Kerajaan No. 44 bil.PUN(M)353/46/77 bertarikh 19 Januari 2006. Berdasarkan peruntukan Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976(Akta 171), Kawasan Hang Tuah Jaya akan diwartakan semula sebagai kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi menggantikan warta asal sebagai kawasan Perbadanan. Berkeluasan 35,733.04 ekar, Hang Tuah Jaya terletak di tengah-tengah Negeri Melaka meliputi kawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri dan merangkumi 3 Daerah iaitu sebahagian Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.Pintu Masuk MPHTJ ialah melalui Plaza Tol Ayer Keroh yang terletak dalam kawasan Alor Gajah yang merupakan antara plaza tol terkenal di negara ini. Sebaik sahaja pelancong memasuki plaza tol itu, mereka disajikan dengan kawasan pelancongan yang menarik disekitar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC.)

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ini berperanan penting kerana Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka terletak di dalam kawasan pentadbirannya. Adalah menjadi aspirasi Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadikan kawasan Perbandaran Hang Tuah Jaya ini sebagai kawasan kosmopolitan yang mampu menjana pembangunan pelbagai aspek meliputi Ekonomi, Sosial, Infrastruktur dan Rekreasi menerusi penerapan konsep K-Ekonomi, I-Village, K-Komuniti dan Bandar Siber. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan berusaha gigih mengurus tadbir dan memastikan Hang Tuah Jaya membangun menjadi sebuah Bandaraya Pintar dari aspek pentadbiran, perkhidmatan dan perekonomian yang ideal untuk belajar, bekerja, mendiami dan berekreasi seiring gagasan 1 Malaysia. Perancangan yang teliti dan bersistematik akan menjadikan kawasan Perbandaran ini kawasan persekitaran yang selamat, kondusif dan dapat mempertingkatkan kualiti kehidupan penduduknya.

Kawasan

sunting
 
Masjid Al-Alami

Pecahan kawasan Hang Tuah Jaya

sunting

Di Hang Tuah Jaya, terdapat pelbagai pejabat kerajaan, kawasan perdagangan, pusat konvensyen, kawasan rekreasi, terminal pengangkutan, pendidikan serta tempat tumpuan pelancongan. Hang Tuah Jaya dibahagikan kepada 5 zon utama iaitu:

  • Pinggiran Tuah - Zon Pentadbiran
  • Pinggiran Jebat - Zon R&D dan Hub Pendidikan
  • Pinggiran Lekir - Zon Pelancongan dan Hub Kesihatan
  • Pinggiran Lekiu - Zon Bandarraya Lapangan Terbang
  • Pinggiran Kasturi - Zon Perdagangan dan Cyber City

Hang Tuah Jaya juga terbahagi kepada beberapa mukim dalam beberapa daerah. Antaranya ialah:

Daerah Melaka Tengah:

Daerah Jasin:

Daerah Alor Gajah:

Antara tempat-tempat utama yang terdapat di sini ialah:

Senarai bandar dan pekan di Hang Tuah Jaya

sunting

Terdapat beberapa bandar mahupun pekan yang boleh dijumpai di Hang Tuah Jaya. Antaranya ialah:

Senarai bandar di Hang Tuah Jaya megikut populasi

sunting

Berikut merupakan jumlah penduduk di setiap bandar dalam Hang Tuah Jaya pada tahun 1991, 2000 dan 2010.

Tangga Bandar/Bandaraya Populasi 1991 Populasi 2000 Populasi 2010
1 Bukit Baru 42,573 47,747 54,044
2 Ayer Keroh 16,748 27,739 47,473
3 Batu Berendam 21,909 26,398
4 Bachang 22,873
5 Ayer Molek 13,566 16,346
6 Durian Tunggal 15,158
7 Bemban 12,543 15,113
Jumlah 59,321 123,494 197,405

Tempat Menarik

sunting

Di Hang Tuah Jaya juga mempunyai beberapa tempat menarik yang harus dikunjungi, selain Bandaraya Melaka.

Tempat Membeli-Belah

sunting

Terdapat beberapa tempat untuk membeli belah di Hang Tuah Jaya.

Tempat Penginapan

sunting

Selain Bandaraya Melaka, Hang Tuah Jaya juga menyediakan kemudahan tempat penginapan bagi pelancong dari dalam dan luar negara. Hotel, resort dan homestay bayak dibina di sini.

Hang Tuah Jaya Green City

sunting

Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil langkah bijak untuk membangunkan sebuah perintis bandar hijau yang terletak di Hang Tuah Jaya yang dinamakan Hang Tuah Jaya Green City. Konsep yang digunakan seperti di Putrajaya dan Cyberjaya.

Bagi menggalakkan penggunaan teknologi hijau di Melaka, Hang Tuah Jaya Green City akan mempunyai ciri-ciri yang berikut :

  • Kenderaan bermotor akan dihad
  • Mewartakan beberapa kawasan dalam Hang Tuah Jaya yang akan dijadikan zon bebas kenderaan
  • Membina lorong khas untuk kenderaan elektrik, lorong basikal dan laluan pejalan kaki
  • Mewujudkan stesen mengecas untuk kenderaan elektrik
  • Lampu jalan menggunakan Lampu LED atau solar

Bagi menggalakkan pembinaan bangunan hijau, kerajaan negeri akan menggariskan garis panduan teknikal yang akan mewajibkan pemaju untuk mendaftar sijil Indeks Bangunan Hijau (Green Building Index) sebelum menyelesaikan projek berkenaan.Hang mereka Tuah Jaya Green City juga akan mempunyai pembangunan yang berkaitan:

  • Pembinaan bangunan menggunakan bahan kitar semula
  • Restoran "hijau"
  • Akademi teknologi hijau
  • Kolej kejururawatan
  • Kompleks Pentadbiran Jabatan Kesihatan Negeri
  • Akademi Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Kolej perubatan
  • Pusat Rehabilitasi PERKESO

Senarai Yang di-Pertua Hang Tuah Jaya

sunting
# Nama Yang di-Pertua Tempoh jawatan
1 Kamarudin Md Shah 2010–2011
2 Sapiah Haron[1] 2011–2014
3 Zali Mat Yasin 2014–2015
4 Mansor Sudin[2] 2015–2017
5 Murad Husin[3] 2017–2018
6 Mahani Masban[4] 2018–2019
7 Mohd Rafee Ibrahim[5] 2019–2020
8 Shadan Othman[6] 2020–Kini

Rujukan

sunting
  1. ^ "Green Public Amenities".
  2. ^ "Kerajaan Melaka rombak ketua jabatan, agensi berkuatkuasa 1 Januari".
  3. ^ "Perutusan YDP". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-28. Dicapai pada 2022-03-14.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  4. ^ "Perutusan YDP". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-09. Dicapai pada 2022-03-14.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  5. ^ "Perutusan YDP". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-21. Dicapai pada 2022-03-14.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  6. ^ "Melaka Rombak Ketua Jabatan, agensi kerajaan".

Pautan luar

sunting