Daerah Jasin
Jasin merupakan salah sebuah daerah yang terletak di Negeri Melaka, Malaysia. Jasin, pada awalnya ditadbir oleh Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council) yang ditubuhkan pada tahun 1959 telah diberi pengiktirafan sebagai Majlis Daerah Jasin iaitu pada 1 Julai 1978. Pada 1 Januari 2007 ia telah diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Jasin.
Jasin جاسين | |
---|---|
Moto: Daerah Lestari, Bandar Bestari | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Diasaskan | 1959 (Majlis Daerah Luar Bandar Jasin) 1 Julai 1978 (Majlis Daerah Jasin) 1 Januari 2007 (Majlis Perbandaran Jasin) |
Kerajaan | |
• Yang di-Pertua MP Jasin | Yang Berbahagia Zawawi Ghazali |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 135,317 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Laman web | http://www.mpjasin.gov.my/ |
Daerah ini terbahagi kepada 20 mukim iaitu:
SejarahSunting
Sejarah Awal Pembukaan Bandar JasinSunting
Sejarah awal pembukaan bandar Jasin bermula pada tahun 1918 iaitu di kawasan Kesang Pajak yang mengikut aliran sungai. Bagaimanapun, tragedi kebakaran telah mengubah kedudukannya sebagai sebuah pekan kecil. Seorang pendatang berketurunan Bugis, Mat Yasin membangunkan semula kawasan itu pada tahun 1928. Usaha beliau telah mendapat kerjasama pihak Inggeris dan kawasan itu dipanggil Jasin (mengikut sebutan orang Inggeris) bersempena dengan nama Yasin. Sejak itu bandar Jasin mula berkembang.
Dengan berkuatkuasanya Undang-undang Malaysia Akta Kerajaan Tempatan 1976, seperti mana juga dengan Penguasa-penguasa Tempatan yang lain di negara ini, Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council) yang ditubuhkan pada tahun 1959 telah diberi pengiktirafan sebagai Majlis Daerah Jasin iaitu pada 1 Julai 1978.
Jasin Ketika Zaman Kesultanan Melayu MelakaSunting
Tidak terdapat banyak dokumen mengenai daerah Jasin dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tidak juga terdapat peta-peta lama untuk dijadikan panduan dalam mengenalpasti penempatan-penempatan di zaman tersebut. Sehingga kini kita tidak lagi mengetahui kampung-kampung mana yang terdapat di daerah ini kecuali Hulu Duyung.
Salah satu dokumen yang wujud menceritakan mengenai Jasin ialah Hikayat Hang Tuah. Di dalam hikayat tersebut ada menceritakan bahawa Hang Tuah telah difitnah oleh orang lalu beliau dikenakan hukuman bunuh. Bendahara Tun Perak telah ditugaskan untuk menjalankan hukuman tersebut. Bendahara Tun Perak telah mengetahui dari awal bahawa Hang Tuah tidak bersalah dan hukuman itu tidak dilaksanakan sebaliknya Bendahara menyembunyikan Hang Tuah di Hulu Melaka (Hulu Duyung). Di sinilah beliau tinggal bersama-sama dengan seorang pendita (petapa) sehingga beliau dibawa balik ke Melaka untuk menentang Hang Jebat. Hulu Duyung yang dimaksudkan itu terletak di Jasin iaitu di sekitar Gapam, Bemban. Kemungkinan terdapat sebuah perkampungan kecil di situ yang wujud suatu waktu dahulu.
Oleh kerana hanya Hulu Melaka sahaja yang terdapat di dalam dokumen lama, dapat dibuat kesimpulan bahawa kampung ini merupakan sebuah kampung yang tertua yang pernah wujud di daerah ini.
Satu peristiwa bersejarah yang terdapat di dalam Sejarah Melayu dan juga hikayat Hang Tuah ialah peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang. Peristiwa peminangan tersebut diketuai oleh Tun Mamat. Tun Mamat berjaya sampai ke puncak gunung dan bertemu dengan puteri tersebut.
Mengikut tradisi lisan, rombongan meminang Puteri Gunung Ledang itu merentasi hutan dengan melalui Jasin. Semasa dalam perjalanan, Tun Mamat dan rombongannya singgah berehat di Jasin dan tempat singgahannya iaitu di Rim. Sepanjang perjalanan mereka itu, tidak dinyatakan bahawa mereka bertembung dengan mana-mana perkampungan orang. Oleh itu dapat diyakinkan bahawa kawasan Jasin pada suatu masa dahulu dipenuhi dengan hutan belantara.
Semasa singgah di Rim, Tun Mamat dikatakan telah menggali sebuah telaga dan telaga tersebut digelar Telaga Tun Mamat. Telaga tersebut terletak di kawasan Rim, Jasin. Malangnya, telaga itu telah ditimbus untuk melaksanakan projek Padang Bola Rim.
Satu lagi peristiwa bersejarah di zaman Kesultanan Melayu Melaka yang terdapat di Jasin ialah kemangkatan Tun Teja di Merlimau. Ketika Melaka diserang dengan hebatnya oleh Portugis, Sultan Mahmud Shah dengan diiringi pengikut-pengikut setianya telah mengundurkan diri ke Bentayan (Muar). Pada waktu itu, Tun Teja sedang gering dan terpaksa ditandu sepanjang jalan. Akhirnya beliau meninggal dunia dan dikebumikan di Merlimau. Pada waktu itu Merlimau belum lagi didiami orang. Begitu juga sepanjang jalan pengundurannya itu, tidak terdapat sebarang perkampungan kerana tidak tercatat di dalam dokumen tersebut.
Daripada peristiwa-peristiwa yang diceritakan di atas, tidak wujud sebarang bukti yang menunujukkan terdapatnya perkampungan orang tempatan di daerah Jasin kecuali di sekitar Gapam, semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Namun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat suku-suku orang darat yang mendiami hutan belantara Jasin tersebut. Mungkin juga terdapat beberapa kelompok menusia yang mendiami tebing-tebing sungai di daerah ini.
Penubuhan Jabatan Kerajaan di JasinSunting
Bagi melicinkan lagi perlaksanaan undang-undang tanah di Daerah Jasin, Pejabat Daerah Jasin diwujudkan pada tahun 1887. Pejabat Daerah Alor Gajah pula ditubuhkan dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1889.
Yang mengetuai pentadbiran di peringkat daerah ialah Pegawai Daerah atau District Officer. Tugas beliau selain daripada mengetuai pentadbiran peringkat daerah juga merupakan:
- Hakim (Majistret)
- Coroner
- Pegawai Tanah
- Pengurus Am
Dengan perkataan lain, Pegawai Daerah merupakan orang yang paling berkuasa di daerah tersebut. Dia berkuasa menjatuhkan hukuman seolah-olah dia pembesar daerah tersebut. Pada tahun 1886, telah diwujudkan satu jawatankuasa iaitu Assistant Superintendent of Forest. Pada tahun yang sama, sistem polis telah dipergiatkan. Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah pula ditubuhkan pada tahun 1899.
Pada tahun 1914, buat pertama kalinya surat dari Melaka telah dihantar ke Jasin dengan menggunakan kereta dan pada tahun tersebut, terdapat kira-kira 50 sehingga 60 buah kereta terdapat di atas jalanraya negeri Melaka.[1]
DemografiSunting
Penduduk Melayu sebanyak 73.1 peratus, Cina 12.7 peratus, 10.6 peratus India, 0.2 peratus dan minoriti lain 3.4 peatus bukan warganegara.[3]
Seluruh daerah Jasin mempunyai penduduk seramai 135,317 penduduk tempatan (2010). Selain bandar Jasin, Merlimau merupakan bandar utama yang terdapat di daerah Jasin dan bandar kedua selepas bandar Jasin.
Mukim di daerah JasinSunting
Mukim | Keluasan |
---|---|
Ayer Panas (Bemban) | 6,746 hektar |
Batang Melaka | 3,923 hektar |
Bukit Senggeh | 2,084 hektar |
Chabau (Asahan) | 3,897 hektar |
Chin-Chin | 3,329 hektar |
Chohong | 789 hektar |
Jasin | 5,477 hektar |
Jus | 1,048 hektar |
Kesang | 4,414 hektar |
Merlimau | 4,674 hektar |
Nyalas | 8,067 hektar |
Rim | 4,208 hektar |
Sebatu | 2,865 hektar |
Selandar | 6,100 hektar |
Sempang | 530 hektar |
Semujok | 2,525 hektar |
Serkam | 2,606 hektar |
Sungai Rambai | 2,948 hektar |
Tedong | 259 hektar |
Umbai | 1,307 hektar |
Keluasan daerah Jasin | lebih kurang 67,799 hektar |
Bandar dan pekan di daerah JasinSunting
No. | Pekan | Penduduk |
---|---|---|
1. | Sungai Rambai | 5,347 |
2. | Umbai | |
3. | Bemban | 5,731 |
4. | Chin-chin | 3,614 |
5. | Simpang Bekoh | |
6. | Asahan | 3,918 |
7. | Nyalas | 4,596 |
8. | Selandar | 3,823 |
9. | Batang Melaka | 3,681 |
10. | Kesang Pajak | 3,285 |
Jumlah |
Kemudahan di bandar JasinSunting
Medan SeleraSunting
- Medan Selera Waterfront
- Medan Selera Maju Juction
- Medan Selera Merlimau Point
- Medan Selera Simpang Bekoh
- Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai
- Medan Selera Ikan Bakar Serkam
- Medan Selera Ikan Bakar Anjung Batu [4]
Pusat membeli-belah dan pasarayaSunting
- Jasin Shopping Centre @ (Fresco) (Jasin)
- Jasin Point Family Store (Jasin)
- Pasaraya Borong Sakan (Jasin)
- Gedung Big Ten (Jasin) (Jasin)
- Gedung Big Ten (Melaka) (Merlimau)
- Fresh and Convenient Store (Fresco) (Merlimau)[5]
- Mydin Hypermarket Bandar Jasin Bestari (Jasin)
- Merlimau Street Mall (Merlimau) - AKAN DATANG
- Econsave Jasin Sentral (Jasin)
- Plaza Bestari (Jasin) - Sedang dibina
PasarSunting
- Pasar Borong Jasin
- Pasar Besar Jasin
- Pasar Bemban
- Pasar Melimau
- Pasar Selandar
PendidikanSunting
Pendidikan Menengah
- MRSM Tun Ghafar Baba
Jalan Sempang Kerayong, 77000 Jasin, Melaka.
- SBP Integrasi Selandar
Jalan Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka.
Jalan Bunga Tanjung (Jalan Taman Maju), 77000 Jasin, Melaka.
- SMK Iskandar Shah
Jalan Kelubi, 77000 Jasin, Melaka.
- SMK Dang Anum
Jalan Jasin, 77300 Merlimau, Melaka.
- SMK Datuk Bendahara
Jalan Pegawai, 77000 Jasin, Melaka.
- SMK Seri Bemban
Jalan Ayer Panas, 77200 Bemban, Melaka.
- SMK Simpang Bekoh
Jalan Asahan, 77100 Jasin, Melaka.
- SMK Selandar
Pejabat Pos Selandar, 77500 Selandar, Melaka.
- SMK Sungai Rambai
Jalan Parit Putat, 77400 Sungai Rambai, Melaka.
- SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa
Jalan Bunga Tanjung, 77000 Jasin, Melaka.
- SMK Sri Mahkota
KM16, Umbai, 77300 Merlimau, Melaka.
- SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kob
Jalan Jasin, 77300 Merlimau, Melaka.
- SMK Teknik Jasin
Jalan Kemendor, 77000 Jasin, Melaka.
- SMK Nyalas
Jalan Melangkan, Nyalas, 77100 Asahan, Melaka.
- SMK Tun Syed Zahiruddin
Ayer Tawar, 77300 Merlimau, Melaka
Institut Pengajian Tinggi Awam
- Politeknik Merlimau
Karung Berkunci 1031, Pejabat Pos Merlimau, 77300 Merlimau, Melaka.
- Universiti Teknologi MARA
77000 Jasin, Melaka.
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
77000 Jasin, Melaka.
- Kolej Komuniti Jasin
77000 Jasin, Melaka.
- Kolej Komuniti Selandar
Jalan Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka.
Unit Badan Pertahanan
- Pusat Lagenda Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Asahan
KM 69, Jalan Kolam Air, Mukim Chabau, 77100 Asahan, Melaka.
Dewan orang ramai dan pusat kompleksSunting
- Dewan Dato Haji Ithnin MERLIMAU
Jalan Batu Gajah 77300 Merlimau
- Dewan Hang Kasturi SELANDAR
Jalan Selandar 77500 Selandar
- Kompleks Sukan Negara Saujana ASAHAN
Jalan Kolam Air 77100 Asahan
- Dewan Alamanda, MPJ
Pekan di JasinSunting
Di dalam daerah Jasin, terdapat pekan-pekan kecil iaitu Pekan Batang Melaka, Pekan Nyalas, Pekan Selandar, Pekan Kesang Pajak, Pekan Simpang Bekoh, Pekan Asahan, Pekan Bemban, Pekan Chin-Chin dan Pekan Sungai Rambai. Pusat pentadbiran daerah ini iaitu Majlis Perbandaran Jasin terletak di Bandar Jasin.
Jasin kini memiliki sebuah hospital kerajaan yang baru, iaitu Hospital Jasin. Hospital ini juga berfungsi sebagai hospital pengajaran untuk Kolej Perubatan Manipal Melaka. Pada tahun 2007, Jasin telah dinaiktaraf dari Majlis Daerah Jasin kepada Majlis Perbandaran Jasin.
Asahan, 26 km dari Bandar Jasin ialah tempat pelancongan utama di Daerah Jasin dan terkenal dengan Gunung Ledang. Berikut merupakan senarai pekan yang terletak di dalam daerah Jasin.
- Bandar Merlimau
- Pekan Asahan (Sek.1-2)
- Pekan Batang Melaka (Sek.1 -2)
- Pekan Bemban
- Pekan Chin Chin
- Pekan Kesang Pajak
- Pekan Nyalas
- Pekan Selandar
- Pekan Sempang Bekoh
- Pekan Sungai Rambai
PengangkutanSunting
Jasin boleh dihubungi melalui Lebuh Raya Utara-Selatan di persimpangan Tol Jasin.(14 kilometer dari Bandar Jasin dan 18 kilometer dari Pekan Merlimau) Jasin juga boleh dihubungkan melalui Lebuh Raya tersebut melalui susur keluar Tol Ayer Keroh (20 km dari Bandar Jasin) atau Tol Tangkak (18 kilometer dari Pekan Jasin). Landasan kereta api memasuki bahagian utara daerah Jasin. Jasin boleh dihubungi melalui kereta api menerusi Stesen kereta Api Batang Melaka yang baru dan moden. stesen ini telah menggantikan stesen lama KTM yang telah dipindahkan lokasinya ke dalam wilayah Negeri Melaka melalu program landasan berkembar elektrik. Perkhidmatan KTM Komuter dan ETS dijangka akan beroperasi tidak lama lagi. Hal ini akan memberi kemudahan kepada penduduk di Bandar Jasin dan sekitarnya untuk ke Kuala Lumpur dengan tren komuter atau ETS pada masa yang akan datang. Tidak perlu lagi ke Bandaraya Melaka untuk ke Kuala Lumpur. Jaraknya 22 kilometer dari Bandar Jasin, 10 kilometer dari Pekan Selandar.
Walau bagaimanapun Stesen Kereta Api Pulau Sebang di Alor Gajah (dahulu dikenali Stesen KTMB Tampin) merupakan stesen KTMB yang utama bagi seluruh Negeri Melaka kerana stesen ini semua jenis ekspres KTMB berhenti berbanding stesen Batang Melaka hanya jenis tren Ekspres Sinaran Pagi dan Ekpres sinaran Petang (Kuala Lumpur-Singapura-Kuala Lumpur). Orang ramai boleh menggunakan kenderaan teksi dan bas untuk ke Jasin yang mengambil masa 50 minit jika berkereta dari KTMB Pulau Sebang. Namun demikian daerah Jasin juga terlibat dengan projek landasan kereta api berkembar elektrik antara Seremban dan Gemas turut melalui daerah Jasin. Sebuah stesen kereta api yang baru akan dibina di Batang Melaka yang mana lokasinya terletak dalam wilayah Negeri Melaka beberapa meter sahaja dari stesen KTMB Batang Melaka sekarang ini. Siapnya projek ini pada tahun 2012 akan menjadi mercu bagi daerah Jasin khususnya Pekan Batang Melaka, Nyalas dan Selandar yang akan mempunyai stesen kereta api yang moden berbanding sekarang yang letaknya dalam kawasan Negeri Sembilan.Selain itu Perhentian bas Bandar Jasin menghubungkan pengangkutan ke Tangkak dan Bandaraya Melaka selain pekan-pekan kecil yang lain di Jasin. Syarikat Kenderaan Aziz dan Cepat Ekspres melalu Bandar Jasin sebelum meneruskan perjalanan ke pantai timur dari Bandaraya Melaka.
Taman PerumahanSunting
- Taman Jasin Height
- Taman Teman
- Taman Permata
- Taman Seri Kerayong
- Pekan Jasin Hilir
- Taman Maju
- Taman Kelubi
- Taman Bahagia
- Taman Muhibbah
- Taman Sri Lalang
- Taman Bemban Utama
- Taman Bemban Height
- Taman bemban Jaya
- Taman Damai
- Taman Bemban Baru
- Taman Rim Baru
- Taman Sri Jasin
KampungSunting
- Kampung Kelubi
- Kampung Batu Gajah
- Kampung Air Maggis
- Kampung Air Merbau
- kampung Simpang Kerayong
- Kampung Seri Kesang
Pekan BerdekatanSunting
Pekan-pekan di Daerah JasinSunting
PelanconganSunting
Jarak antara Bandar Jasin dengan Bandaraya Melaka hanya mengambil masa 30 minit sahaja masa perjalanannya.
Kawasan yang terdekat dengan Jasin adalah Asahan dan juga Gunung Ledang yang terletak didalam negeri Johor. Asahan merupakan sebuah bandar yang mmempunyai air terjun.
Jasin juga bersempadan dengan Daerah Tangkak, terutamanya bandar Tangkak yang terletak didalam negeri Johor. Jarak antara kedua-dua bandar tersebut hanya mengambil masa sepuluh minit perjalanan antara dari satu sama lain.
Tempat menarikSunting
Dataran JasinSunting
Dataran Jasin terletak kira-kira 800 meter dari pusat bandar Jasin dan ia merupakan tempat beriadah bagi kanak-kanak dan juga orang dewasa. Disini terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat refleksi, taman permainan, dataran, pentas serta aktiviti sukan lasak bagi mereka yang berminat terhadap sukan tersebut dan pondok istirahat.[6]
Muzium PertanianSunting
Muzium Pertanian terletak ditengah-tengah Pekan Jasin. Sebelum dijadikan muzium, bangunan ini merupakan Pejabat Pos pertama di Bandar Jasin iaitu kira-kira 30 km dari Bandar Melaka. Muzium ini diwujudkan untuk memaparkan fakta dan mitos asal Jasin sebagai salah satu penempatan perkembangan wilayah yang agak penting bagi Melaka.[7]
Makam Datuk SenaraSunting
Tok Senara ataupun Mat Yassin merupakan orang yang bertanggungjawab membangunkan kawasan Jasin. Dikatakan Tok Senara dimakamkan di Pekan Jasin (bersebelahan dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin). Jarak diantara makam dengan Bandaraya Melaka ialah kira-kira 30 km.[8]
Makam Tun TejaSunting
Makam yang terletak di Merlimau ini dipercayai sebagai makam Tun Teja Ratna Benggala anak kepada Seri Amar Diraja Bendahara, Pahang (Inderapura). Tun Teja ialah isteri kepada Sultan Mahmud Shah (1458-1511) apabila Melaka ditawan olen Portugis pada tahun 1511 baginda telah berundur ke Bentayan (Muar), semasa pengunduran inilah Tun Teja yang ketika itu sedang gering dan mangkat. Jasadnya dipercayai dimakamkan di sini dengan penuh adat istiadat. Tun Teja bukan sahaja seorang wanita yang jelita dan berhemah tinggi bahkan seorang isteri yang setia serta disayangi oleh Sultan dan telah menumpukan sepenuh taat setia kepada negeri ini. Beliau juga telah membangkitkan semangat kepahlawanan dikalangan wanita Melayu negeri ini untuk turut sama mempertahankan negeri ini dari serangan Portugis, segala jasa dan pengorbanan beliau akan tetap dikenang buat selamanya.[9]
Rumah Melayu Tradisional Sungai RambaiSunting
Demang Haji Jaafar b Hj Awang dilahirkan di Belembang pada tahun 1850. Anak kelahiran Johor ini telah merantau dan membuka sebuah penempatan yang diberi nama Kampung Sungai Rambai. Pembukaan kampung ini dibantu oleh rakan-rakan setianya seperti Sidang Hamzah, Meleh bt Abu Bakar dan Kerisik (berketurunan Bugis yang merupakan rakan beliau yang paling rapat), Chung Liong, Chung Luang, An Ngi dan Ah Ding. Selain dikenali sebagai seorang pendekar yang kebal, beliau juga disegani kerana ilmu agamanya yang tinggi dan ketegasannya dalam menjalankan tugas sebagai Demang. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1944 ketika berusia 94 tahun. Rumah ini kini dimiliki oleh Encik Kamaluddin b Yaakop yang merupakan generasi ketiga Demang Jaafar.[10]
Perkampungan Orang Asli GapamSunting
Perkampungan masyarakat orang asli yang terletak di Kampung Gapam ini mampu mempamerkan corak sebenar kehidupan masyarakat orang asli.[11]
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Daerah Jasin |
RujukanSunting
- ^ Sejarah Jasin
- ^ "Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi" (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 11. Dicapai pada 9 September 2012.
- ^ Taburan dan Ciri-ciri Asas Demografi 2010 (PDF) (Laporan). Department of Statistics, Malaysia.
- ^ Senarai Medan Selera dan Medan Selera Ikan Bakar di Jasin
- ^ Kompleks Membeli Belah di Jasin
- ^ Dataran Jasin
- ^ "Muzium Pertanian". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-28. Dicapai pada 2014-11-13.
- ^ Makam Datuk Senara
- ^ Makam Tun Teja
- ^ Rumah Tradisional Sg Rambai
- ^ Perkampungan Orang Asli Gapam