Selandar merupakan sebuah kawasan dalam daerah Jasin, Melaka, Malaysia. Jaraknya dari Pekan Jasin 12 kilometer. Selandar boleh dihubungi dengan kereta api di Stesen KTMB Batang Melaka, sempadan Melaka dan Negeri Sembilan hanya 10 kilometer sahaja dari Pekan Selandar. Pada tahun-tahun 1950-an hingga akhir 80-an pengangkutan kereta api amat popular bagi penduduk Selandar untuk ke lain-lain negeri. Perkerjaan penduduk setempat terdiri daripada petani, penternak, peladang, penjawat awam, dan peniaga. Lebih 60 peratus penggunaan tanah adalah untuk perladangan. Terdapat sebuah empangan air di arah utara pekan Selandar.

Selandar

Kawasan Penempatan sunting

  • Taman IKS Selandar II
  • Kampung Selandar
  • Taman Selandar Baru
  • Taman Seri Selandar
  • Kampong Pondok kempas
  • Kampung Jus
  • Rumah Awam Pondok Kempas
  • Felda Tun Ghaffar Air Kangkong
  • Felcra Bukit Sedanan
  • Taman Desa Kesang
  • Taman Pelangi
  • Taman Jus Permai
  • Taman Jus Perdana

Instisusi Pendidikan sunting

  • Sekolah Jenis Kebangsaan Chiao Chee
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh
  • Sekolah Kebangsaan Seri Machap
  • Sekolah Kebangsaan Selandar
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar
  • Sekolah Menengah Arab JAIM As-Syakirin
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar
  • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar
  • Institut Latihan Industri Selandar
  • Kolej Komuniti Selandar

Kemudahan Awam sunting

  • Balai Polis Selandar
  • Klinik Kesihatan Selandar
  • Stesen Petronas Selandar
  • Seven eleven
  • Speed Mart
  • Pasar Selandar
  • Farmasi Ihsan
  • Syarikat Air Melaka Berhad
  • Surau Pekan Selandar
  • Masjid Selandar
  • Dobi Mencuci dan mengering pakaian.
  • Jabatan Pertahanan Awam.

Bandar berdekatan sunting

Pusat Rekreasi sunting

  • Taman Eko Rimba Bukit Batu Lebah
  • Taman Negeri Melaka Bukit Sedanan

Pengangkutan sunting

  • Jalan raya M8 dari Alor gajah Ke Nyalas
  • Jalan raya M13 dari Kesang Pajak Ke batang Melaka
  • Jalan raya M129 dari Selandar Ke Kampung Kelubi, Jasin.
  • Stesen keretapi KTMB di Batang Melaka