Cyberjaya
Cyberjaya merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia. Bandaraya yang dibangunkan daripada ladang kelapa sawit ini mempunyai keluasan 2,890 hektar dan terletak di daerah Sepang, Selangor. Cyberjaya berada kira-kira 50 km di selatan Kuala Lumpur, iaitu bersebelahan dengan Putrajaya. Bandar ini diasaskan sebagai bandar pintar mengikut konsep Lembah Silikon di Amerika Syarikat.
Cyberjaya | |
---|---|
Bandaraya | |
![]() | |
Negara | ![]() |
Penubuhan | 17 Mei 1997 |
Luas | |
• Jumlah | 3.2 km2 (1.2 batu persegi) |
Penduduk (2015) | |
• Jumlah | 88,300 |
Zon waktu | WPM |
Poskod | 63000 |
Kod panggilan | +60-83, +60-86, +60-88 |
Laman web | http://www.cyberjayamalaysia.com.my/ |
Upacara perasmian telah diadakan pada 17 Mei 1997 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Setia Haruman Sdn Bhd merupakan pemaju utama Cyberjaya dan merupakan hasil buah fikiran Tun Dr Mahathir.[1] bersama penasihat beliau Ahmad Hafiz, Hanif Omar dan Asuvani.
EkonomiSunting
Cyberjaya merupakan satu daripada bandar siber MSC Malaysia yang diharap dapat memacu negara Malaysia ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Antara syarikat multinasional yang beroperasi di Cyberjaya ialah BMW, HSBC, DHL Express, Shell, Nokia, Ericsson dan Motorola.
Terkenal dengan Restoran Mad Ayam Kampung di Cyber 12 dan Restoran Zam Ikan Bakar yang menyajikan pelbagai makanan laut bakar yang sekali pandang, terliur dan pasti akan datang lagi.
PendidikanSunting
Cyberjaya menempatkan beberapa institusi pendidikan, antaranya:
- Universiti Multimedia
- Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing
- Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya
- SMK Cyberjaya (IT BRIGHT SCHOOL)
- SK Cyberjaya
- SJK (C) Union
- ELC International School
- Sekolah Seri Puteri
- University of Computer Science And Engineering (UNIMY) (https://www.unimy.edu.my/)
Pasar RayaSunting
KritikanSunting
Walaupun bermula dengan konsep yang baik, pengkritik mengatakan bandar Cyberjaya tidak banyak berubah sejak ia mula dibuka pada tahun 1997. Visi asal Cyberjaya untuk menjadi bandar pintar yang moden dan unik dikatakan gagal kerana bandarnya yang masih kelihatan kosong tanpa perancangan yang baik, kereta yang diletakkan bersepah-sepah dan penguatkuasaan yang lemah.[2]
Tun Dr Mahathir menggesa agar memberikan status Penduduk Tetap kepada pekerja asing yang layak selain mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi mereka. Orang asing digalakkan tinggal di sini dalam satu persekitaran yang diwujudkan untuk mereka. Antaranya mewujudkan kelab, tempat untuk beristirahat, kawasan sukan, lebih banyak rumah dan berjalan kaki sahaja ke pejabat.[3]
Nota kakiSunting
- ^ "The Story of a Global Tech Hub". Cyberjaya. Dicapai pada 7 June 2021.
- ^ Cyberjaya no longer a dream city The Star Online, 8 Oktober 2008
- ^ Pembangunan Cyberjaya Tidak Memuaskan, Mahathir
Pautan luarSunting
- Kelebihan Cyberjaya Part1 Diarkibkan 2008-04-21 di Wayback Machine
- Kelebihan Cyberjaya Part2 Diarkibkan 2008-05-28 di Wayback Machine
- Setia Haruman, Pemaju CyberjayaAlle FehlerSupercocuk
- Kemudahan di Cyberjaya Frisuren Ausmalbilder Sonic Games Diarkibkan 2007-01-25 di Wayback Machine
- Peta-peta Cyberjaya Ausmalbilder Kostenlos
- Peta Cyberjaya oleh MDeC