Tuanku Muhriz
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir (Jawi: توانكو محرز ابن المرحوم توانكو مناور ; diputerakan pada 14 Januari 1948) ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.
Tuanku Muhriz توانكو محرز | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | |||||||||
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 | |||||||||
Pemerintahan | 29 Disember 2008 – kini (15 tahun, 11 bulan dan 24 hari) | ||||||||
Kemahkotaan | 26 Oktober 2009 | ||||||||
Pemasyhuran | 29 Disember 2008 | ||||||||
Didahului oleh | Tuanku Ja’afar | ||||||||
Pewaris takhta | Putera Yang Empat | ||||||||
Tunku Besar Seri Menanti | |||||||||
Pemerintahan | September 1961 – Disember 2008 | ||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||
Didahului oleh | Tunku Besar Burhanuddin | ||||||||
Diikuti oleh | Tunku Ali Redhauddin | ||||||||
Canselor ke-3 Universiti Kebangsaan Malaysia | |||||||||
Tempoh | 2009 - kini | ||||||||
Didahului oleh | Tuanku Jaafar | ||||||||
Diikuti oleh | - | ||||||||
Keputeraan | Istana Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 14 Januari 1948 (umur 76 tahun, 11 bulan dan 9 hari)||||||||
Pasangan | 1 | ||||||||
Isteri |
| ||||||||
Anakanda |
| ||||||||
| |||||||||
Wangsa | Pagar Ruyung | ||||||||
Ayahanda | Tuanku Munawir | ||||||||
Bonda | Tunku Ampuan Durah | ||||||||
Agama | Sunni Islam | ||||||||
- Kerjaya ketenteraan | |||||||||
Nama lain | - | ||||||||
Nama samaran | - | ||||||||
Kesetiaan | Malaysia | ||||||||
Perkhidmatan | Rejimen Semboyan Diraja Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja | ||||||||
Pangkat | Kolonel Yang DiPertua | ||||||||
Jumlah perkhidmatan | - | ||||||||
Unit | - | ||||||||
Arahan | - | ||||||||
Pertempuran | - | ||||||||
Anugerah | - | ||||||||
Hubungan | - | ||||||||
Tugas lain | - | ||||||||
- |
Yang dipilih dan ditabalkan oleh Yang Teramat Mulia Undang yang Empat selaku Raja Bersama "Co Ruler" bagi Negeri Sembilan, dimana kuasa pemilihan takhta Yang di-Pertuan Besar ialah terletak dibawah kuasa Mutlak Y.T.M Undang yang Empat. [1]
Baginda merupakan satu-satunya putera daripada enam orang adik-beradik kepada pasangan Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9 dan pasangan baginda, Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.
Kehidupan peribadi كهيدوڤن ڤريبادي
suntingTuanku Muhriz diputerakan pada 14 Januari 1948 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Kekanda dan adindanya yang lain ialah :
- Tunku Puteri, Tunku Umpa Munawirah (diputerakan pada 16 Jun 1943 dan mangkat pada 9 Oktober 1991)
- Tunku Mudziah (diputerakan pada 22 Ogos 1944 dan mangkat pada 14 September 2004)
- Tunku Anne Dakhlah (diputerakan pada 29 Ogos 1951)
- Tunku Deborah (diputerakan pada 8 Mac 1953)
- Tunku Deannah (diputerakan pada 22 November 1954 dan mangkat pada 9 November 2017)
Pendidikan ڤنديديقن
suntingBaginda mendapat pendidikan rendah & menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad di Kuala Pilah. Kemudian di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Tampin dan Sekolah Menengah King George V di Seremban dan meneruskan pelajaran baginda di Aldenhem School, United Kingdom. Baginda memperoleh Ijazah Undang-undang dari Kolej Universiti Wales, Aberystwyth, Britain.
Kerjaya كرجاي
suntingBaginda menjadi ahli perniagaan serta Pengarah Bangkok Bank Berhad.
Istiadat pertunangan diraja ايستيعادة ڤرتوناعن دراج
suntingPada 16 Februari 1973, pertunangan diraja antara Tunku Besar Seri Menanti Tunku Muhriz, 25 tahun dengan Tengku Aishah Rohani, 21 tahun berlangsung pada pukul 4:30 petang di Istana Terengganu, Jalan Pekeliling.
Tunku Muhriz ialah seorang pegawai tadbir di Bank Rakyat dan bakal isterinya, Tengku Aishah Rohani ialah seorang kerani jurukira di sebuah bank tempatan.
Ketika ditemui, Tengku Aishah memberitahu bahawa Tunku Muhriz yang bakal jadi suaminya itu adalah pilihan hatinya berdasarkan suka sama suka.
Istiadat perkahwinan diraja ايستيعادة ڤركهوينن دراج
suntingPada 25 April 1974 bersamaan 2 Rabiul Akhir 1394 Hijrah, Tuanku Muhriz kemudiannya mengahwini Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dari Terengganu ketika berusia 26 tahun. Istiadat perkahwinan baginda berdua diadakan di Istana Maziah, Kuala Terengganu disaksikan oleh bonda Tunku Muhriz, Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Durah serta kerabat diraja Negeri Sembilan dan Terengganu.
Pada 4 Mei 1974, Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Durah mengadakan Istiadat Menyambut Keberangkatan Balik Pengantin Diraja yang diadakan di Istana Lama Seri Menanti. Baginda berdua bersanding di atas singgahsana lama Istana Lama Seri Menanti.
Kerabat diraja كرابت دراج
suntingHasil perkahwinan dengan Tengku Aishah Rohani, baginda berdua memperoleh tiga orang putera iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin, Tunku Zain Al-'Abidin dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.
- Putera sulung baginda, Tunku Ali Redhauddin diputerakan pada 26 April 1977 di Hospital Universiti, Putrajaya.
- Putera kedua baginda, Tunku Zain Al-'Abidin diputerakan pada 6 Julai 1982 di Hospital Universiti, Putrajaya.
- Putera bongsu baginda, Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin diputerakan pada 3 September 1984 di Hospital Besar Kuala Lumpur dengan kekurangan vitamin K di dalam otak. Almarhum mangkat pada 15 Januari 2016 ketika beliau berusia 32 tahun di Hospital Canselor Tuanku Muhriz berikutan kegeringannya. Almarhum dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah dan disemadikan bersebelahan dengan makam nendanya, Almarhum Tunku Ampuan Durah.
Tunku Besar Seri Menanti تونكو بسر سري مننتي
suntingDilantik sebagai Tunku Besar Seri Menanti pada 1961, Tunku Muhriz dipilih oleh Majlis Undang berikutan kemangkatan ayahanda baginda. Perlembagaan Negeri Sembilan menyatakan bahawa penggantian takhta adalah mengikut anakanda lelaki, cucunda lelaki, adinda lelaki dan anak kepada adinda lelaki kepada pemerintah itu. Tunku Muhriz merupakan waris pertama selepas kemangkatan Tuanku Munawir, lalu diikuti oleh Tuanku Ja’afar dan Tunku Abdullah. Walau bagaimanapun, baginda tidak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar ketika itu tetapi ayahanda saudaranya, Tuanku Ja’afar yang untuk satu penggal iaitu 5 tahun ketika itu seorang diplomat, telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar yang ke-10. Pemilihan ini secara tidak langsung dicadangkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman, yang meminta supaya Tuanku Muhriz tidak dipilih kerana masih terlalu muda iaitu ketika itu berusia lapan belas tahun.
Istiadat pemasyhuran ايستيعادة ڤماشهوران
suntingKesemua Undang Yang Empat bersidang di Dewan Keadilan dan memutuskan pemasyhuran Tuanku Muhriz sebagai pengganti Almarhum Tuanku Ja’afar. Kemudian tembakan meriam 32 das dan 21 das lagi menandakan pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru. Semua Undang Yang Empat menghadap Tuanku Muhriz dan Mubarak menyampaikan persembahan Mas Manah. Seterusnya Mufti negeri, Datuk Murtadza Sheikh Ahmad membacakan doa kesyukuran.
Baginda hadir dalam Istiadat Pemakaman Diraja iaitu membawa jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar dari Pelambar di Istana Besar Seri Menanti ke Makam Diraja Seri Menanti bersebelahan Masjid Tuanku Munawir diiringi 86 das tembakan meriam.
Yang di-Pertuan Besar يڠ دي-ڤرتوان بسر
suntingTuanku Muhriz akhirnya dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 29 Disember 2008 di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Istiadat pemasyhuran itu dilakukan oleh Undang Luak Sungai Ujong, Dato' Klana Petra Dato' Mubarak Dohak mengikut Adat Perpatih yang dibawa dari Pagar Ruyung, Sumatera, Indonesia.
Pemilihan pengganti dibuat antara Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Muhriz Ibni Tuanku Munawir, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Tuanku Ja'afar dan Tuanku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Tuanku Ja'afar. Tunku Naquiyuddin pernah menjadi pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Tunku Imran dan Tunku Nadzaruddin turut dipertimbangkan sebagai calon Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.
Turut hadir ialah kesemua putera Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar; Tunku Muda Serting, Tunku Imran Tuanku Ja’afar; dan Tunku Panglima Besar, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar, Undang Luak Jelebu, Dato' Musa Wahab; Undang Luak Rembau, Dato' Muhamad Sharip Othman; dan Undang Luak Johol, Dato' Mohd. Jan Abdul Gani. Lain-lain ialah Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri; Tunku Besar Tampin ; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta pemimpin negeri.
Selepas kemangkatan Tuanku Ja'afar, DYMM Tuanku Muhriz dilantik sebagai Canselor UKM pada 2009.
Kolonel Yang DiPertua
suntingDYMM Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah Kolonel Yang DiPertua Rejimen Semboyan Diraja (RSD) dan Kolonel Yang DiPertua Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD).[2]
Terasul dan gelaran تراسول دان ڬلرن
suntingGelaran hormat bagi Tuanku Muhriz | |
Gaya panggilan | Duli Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Duli Yang Maha Mulia |
Gaya pilihan | Tuanku |
- 14 Januari 1948 - 4 April 1960 : Yang Mulia Tunku Muhriz ibni Tunku Laxamana Munawir
- 5 April 1960 - 5 Julai 1961 : Yang Amat Mulia Tunku Muhriz ibni Tuanku Munawir
- 6 Julai 1961 - 14 April 1967 : Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Muhriz ibni Tuanku Munawir
- 15 April 1967 - 28 Disember 2008 : Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir'
- 29 Disember 2008 - kini : Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
Gelaran penuh baginda ialah :
Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, D.K., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Perlis), D.K.(Selangor), D.K.(Kedah), D.K.(Kelantan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.Y.R., P.P.T.
Penghargaan ڤعهرڠان
suntingNegeri Sembilan
suntingBaginda telah dianugerahkan:
- Negeri Sembilan :
- Darjah Kerabat Negeri Sembilan (D.K.N.S) Penerima (sejak 25 Februari 2009)
- Darjah Kerabat Yam Tuan Raden (D.K.Y.R.) (sejak 29 Disember 2008)
- Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T)
Malaysia
sunting- Malaysia :[3]
- Penerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) (2009)
- Perak :
- Penerima Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati (D.K.) (5 Mac 2009)
- Perlis :[3]
- Selangor :
- Penerima Darjah Kelas Pertama Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K. I) (21 Januari 2010)
- Kedah :
- Penerima Darjah Kerabat (D.K.) (13 Mei 2010)
- Kelantan :[3]
- Penerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.)
- Johor :[3]
- Penerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K. I)
- Terengganu :[3]
- Penerima Darjah Yang Pertama Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Dihormati (D.K. I)
Eponim
sunting- Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM)
- Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz[4][5]
- Masjid Tuanku Muhriz
Keturunan كتورونن
suntingKeturunan Tuanku Muhriz | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Rujukan رجوكن
sunting- "Tunku Muhriz Is Proclaimed New Yang Dipertuan Besar Of NS". BERNAMA. 2008-12-29. Dicapai pada 2008-12-29.
- ^ Undang (Negeri Sembilan), 2024-11-02, dicapai pada 2024-11-02
- ^ "Kolonel Yang DiPertua Rejimen Dan Kor". Warisan Permaisuri. 22 Julai 2016.
- ^ a b c d e List of Malaysian rulers with mentions of orders received
- ^ "Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz dimasyhurkan". Berita Harian. 30 Julai 2024.
- ^ "KTE Forest Heights Seremban Kini Dikenali Sebagai KTE Tuanku Muhriz". Bernama. 30 Julai 2024. Dicapai pada 1 Ogos 2024.
Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir Kerabat diraja Negeri Sembilan Tarikh keputeraan: 14 Januari 1948
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Tuanku Ja’afar |
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan 1957 – 1960 |
Pemegang jawatan kini |