Tunku Besar Seri Menanti
Tunku Besar Seri Menanti merupakan gelaran adat bagi pembesar negeri bagi Luak Tanah Mengandung di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Gelaran dan jawatan ini mula diperkenalkan selepas penjenamaan semula nama Yang di-Pertuan (Yamtuan) Seri Menanti kepada Yang di-Pertuan (Yamtuan) Besar Negeri Sembilan pada 29 April 1898[1].
Tunku Besar Seri Menanti Negeri Sembilan | |
---|---|
![]() | |
Penjawat kini | |
Yang Amat Mulia Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz sejak 2009 | |
Butiran | |
Raja pertama | Tunku Besar Burhanuddin |
Pembentukan | 1898 |
Kedudukan dan peranan sunting
Kedudukan Tunku Besar Seri Menanti dijamin dalam Perlembagaan Negeri Sembilan dan merupakan salah seorang anggota Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan. Tunku Besar Seri Menanti adalah gelaran yang paling kanan di antara Putera Yang Empat. Tiga gelaran lain ialah Tunku Laksamana, Tunku Muda Serting dan Tunku Panglima Besar. Tugas-tugas Putera Yang Empat termasuk menyelia hal ehwal istana dan pegawai-pegawai istana dan sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Besar[2].
Senarai penjawat sunting
No | Nama | Gelaran | Tempoh Takhta |
---|---|---|---|
1 | Tengku Ibrahim ibni Tuanku Hitam | Tunku Besar | |
2 | Tunku Nasiruddin ibni Raja Ali (Yamtuan Radin) | Sehingga 1831 | |
3 | Tunku Ulin ibni Raja Ali (Yamtuan Imam) | 1831 - 1861 | |
4 | Tunku Daud ibni Yamtuan Radin | ||
5 | Tunku Lintau ibni Yamtuan Radin | ||
6 | Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah | Tunku Besar Seri Menanti | 1882 - 1888 |
7 | Tunku Besar Burhanuddin ibni Yamtuan Antah | 1888 - 1961 | |
8 | Tuanku Muhriz ibni Tuanku Munawir | 1961 - 2008 | |
9 | Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz | 2009 - kini |
Lihat juga sunting
Rujukan sunting
- ^ Buyong Adil (2019). Sejarah Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 70. ISBN 978-983-49-2189-7.
- ^ BERNAMA (22 Februari 2009). "Tunku Ali Redhauddin dilantik Tunku Besar Seri Menanti". mStar. Star Media Group Berhad. Dicapai pada 2 Ogos 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)