Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan
Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (Bahasa Inggerisː The Council of the Yang di-Pertuan Besar and the Ruling Chiefs) merupakan sebuah institusi adat yang ditubuhkan menerusi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Kerangka | |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Badan penasihat ![]() |
Keanggotaan |
|
Sejarah | |
Ditubuhkan | 1959 |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Istana Hinggap, Seremban ![]() |
Lokasi |
|
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Peranan sunting
Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan berperanan untuk menasihatkan segala persoalan berkenaan adat istiadat orang-orang Melayu di Negeri Sembilan termasuk soal berkaitan dengan pemilihan atau warisan, atau pelucutan atau pengosongan jawatan Undang yang Empat dan Tunku Besar Tampin.
Nasihat-nasihat Dewan ini berkaitan adat istiadat orang-orang Melayu di Negeri Sembilan termasuk soal berkaitan dengan pemilihan atau warisan, atau pelucutan atau pengosongan jawatan Undang yang Empat dan Tunku Besar Tampin adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas sebarang alasan.
Dewan inilah yang seterusnya bertanggungjawab menjalankan kewajipan yang telah diberikan oleh Perlembagaan atau undang-undang bagi memelihara segala urusan berkaitan dengan adat istiadat Melayu di Negeri Sembilan.
Keanggotaan sunting
Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan hendaklah dianggotai[1] oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Dato' Undang Luak Sungai Ujong, Dato' Undang Luak Rembau, Dato' Undang Luak Johol, Dato' Undang Luak Jelebu, Tunku Besar Tampin, Tunku Besar Seri Menanti, Dato' Shahbandar Sungai Ujong, Menteri Besar Negeri Sembilan (bagi perkara dasar negeri dan kebangsaan), Setiausaha Dewan dan mana-mana ahli Melayu yang dilantik dari masa ke masa yang ditetapkan.
Penjawat semasa sunting
Kemas kini pada 8 September 2021
Jawatan | Penyandang | Tempoh khidmat |
---|---|---|
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | Tuanku Muhriz | Sejak 2009 |
Dato' Undang Luak Sungai Ujong | Dato' Klana Petra Dato' Haji Mubarak Dohak | Sejak 1993 |
Dato' Undang Luak Rembau | Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharif Othman | Sejak 1998 |
Dato' Undang Luak Johol | Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato' Muhammad Abdullah | Sejak 2016 |
Dato' Undang Luak Jelebu | Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Dato' Maarof Mat Rashad | Sejak 2018 |
Tunku Besar Tampin | Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus al-Qadri | Sejak 2005 |
Tunku Besar Seri Menanti | Tunku Ali Redhauddin | Sejak 2009 |
Dato' Shahbandar Sungai Ujong | Dato' Seri Utama Haji Badarudin Abdul Khalid | |
Menteri Besar Negeri Sembilan | Dato' Seri Aminuddin Harun | Sejak 2018 |
Setiausaha Dewan | Datuk Jemal Zainal Kasim |
Lihat juga sunting
Rujukan sunting
- ^ Fasal 17 & Fasal 25, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan