Tunku Ampuan Durah

Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan

Tunku Durratun Nafisah Azibah binti Tunku Besar Burhanuddin atau Tunku Ampuan Durah merupakan mantan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan dan permaisuri kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9, Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Tunku Ampuan Durah
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan
Pemerintahan5 April 1960 - 14 April 1967
Didahului olehTunku Ampuan Kurshiah
Diikuti olehTunku Ampuan Najihah
Tunku Ampuan Negeri Sembilan
Tempoh14 April 1967 - 8 Ogos 1999
Diikuti olehTunku Ampuan Najihah
KeputeraanTunku Durratun Nafisah Azibah binti Tunku Burhanuddin
(1922-06-26)26 Jun 1922
Istana Baroh, Seri Menanti, Negeri Sembilan, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Tanah Melayu
Kemangkatan8 Ogos 1999(1999-08-08) (umur 77)
PemakamanMakam Diraja Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan, Malaysia
PasanganTuanku Munawir (k. 1940; m. 1967)
Anakanda
  • Tunku Umpa Munawirah (mangkat 9 Oktober 1991)
  • Tunku Mudziah (mangkat 14 September 2004)
  • Tuanku Muhriz
  • Tunku Anne Dakhlah
  • Tunku Deborah
  • Tunku Deannah (mangkat 9 November 2017)
Nama penuh
Tunku Durratun Nafisah Azibah binti Tunku Besar Burhanuddin
Nama diraja
Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
KerabatPagaruyung
AyahandaTunku Besar Burhanuddin
BondaChe Puan Sharifah Alawiyah

Kehidupan peribadi

sunting

Tunku Ampuan Durah diputerakan di Istana Baroh, Seri Menanti pada 26 Jun 1922. Baginda merupakan salah seorang puteri Almarhum Tunku Besar Burhanuddin yang menaiki takhta kerajaan Negeri Sembilan sebagai Tuanku Ampuan Besar. Kekanda baginda, YMM Tunku Puan Besar Kurshiah menjadi Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan dari 1933 hingga 1960 manakala adinda baginda YMM Tunku Ampuan Najihah menjadi Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan dari 1967 hingga 2008.

Penglibatan

sunting

Tunku Ampuan Durah melibatkan diri dalam beberapa pertubuhan sukarela antaranya menjadi penaung kepada Persatuan Pandu Puteri Daerah Seremban dan Yayasan Wanita Daerah Seremban.

Baginda begitu gemar dengan seni lukisan cina.

Tunku Ampuan Besar (1960 - 1967)

sunting

Tunku Ampuan Durah dilantik sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 1960 sehingga tahun 1967 serta dikurniakan Darjat Kerabat Negeri Sembilan (D.K.N.S.).

Perkahwinan dan anakanda

sunting

Pada tahun 1940, Tunku Ampuan Durah melangsungkan perkahwinan dengan Tunku Laxamana Tunku Munawir. Hasil perkahwinan dengan Tunku Munawir, baginda berdua dikurniakan 5 orang puteri dan seorang putera.

  • Tunku Puteri, Tunku Umpa Munawirah (diputerakan pada 16 Jun 1943 dan mangkat pada 9 Oktober 1991).
  • Tunku Mudziah (diputerakan pada 22 Ogos 1944 dan mangkat pada 14 September 2004).
  • Tunku Muhriz (diputerakan pada 14 Januari 1948).
  • Tunku Anne Dakhlah (diputerakan pada 29 Ogos 1951).
  • Tunku Deborah (diputerakan pada 8 Mac 1953).
  • Tunku Deannah (diputerakan pada 22 November 1954 dan mangkat pada 9 November 2017).

Kemangkatan

sunting

Pada tanggal 8 Ogos 1999, Tunku Ampuan Durah telah mangkat ketika berusia 77 tahun dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti bersebelahan makam Almarhum Tuanku Munawir.

Eponim

sunting
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Tunku Kurshiah
Tunku Ampuan Negeri Sembilan Diikuti oleh:
Tunku Ampuan Najihah