Negeri-negeri Melayu Bersekutu

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Bersekutu |native_name = Negeri-negeri Melayu Bersekutu
نݢري٢ ملايو برسکوتو |conventional_long_name = |common_name = Negeri-negeri Melayu Bersekutu |continent=Asia |region = Asia Tenggara babi |country = Malaysia |empire=United Kingdom |status=Dinaungi |status_text = Terdahulu dinaungi oleh United Kingdom |era= Empayar British |year_start = 1895 |date_start= |event_start = Persekutuan |year_end = 1946 |date_end=31 Mac |event_end = Malayan Union |event1 = Perjanjian Persekutuan |date_event1 = 1 Julai 1896 |event2 = Pendudukan Jepun |date_event2 = 1942 |event3 = Pengunduran Jepun |date_event3 = 14 Ogos 1945 |p1=Selangor |p2=Perak |p3=Negeri Sembilan |p4=Pahang |flag_p1=Flag of Selangor (pre 1965).svg |flag_p2=Flag of Perak.svg |flag_p3=Flag of Negeri Sembilan.svg |flag_p4=Flag of Pahang.svg |s1=Malayan Union |flag_s1=Flag of the Federated Malay States (1895–1946).svg |flag=Bendera Persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu |symbol=Mohor Persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu |image_flag = Flag of the Federated Malay States (1895–1946).svg |image_coat = Mohor Negeri-negeri Melayu Bersekutu.jpg |image_map = Federatedmalaystates.png |image_map_caption = Persekutuan Melayu dalam British Malaya |national_motto = (Melayu: Dipelihara Allah |capital = Kuala Lumpur1 |religion = Islam |legislature = Lembaga Perundangan Persekutuan |type_house1 = Aras Negeri |house1 = Lembaga Negeri |latd=3|latm=8|latNS=N|longd=101|longm=42|longEW=E |common_languages = Bahasa Melayu²
Bahasa Inggeris |title_leader=Monarki British |leader1 = Victoria |year_leader1= 1837-1901 |leader2 = George VI |year_leader2= 1936-1952 |title_deputy = Residen Persekutuan³ |deputy1 = Frank Swettenham |year_deputy1=1896-1901 |stat_area1=71571 |stat_pop1 = 1324890 |stat_year1=1921 |currency = Straits dollar sehingga tahun 1939
Malayan dollar sehingga tahun 1953 |today =  Malaysia |footnotes = 1 Juga merupakan ibu negeri Selangor
² Bahasa Melayu menggunakan skrip Tulisan Jawi
³ Kemudian Ketua Setiausaha kepada Setiausaha Kerajaan dan Persekutuan }}

British Malaya tahun 1922
  Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah sistem persekutuan untuk empat negeri Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Sistem ini dilaksanakan oleh pihak British pada tahun 1895 dan ia bertahan sehingga tahun 1946, apabila ia bersama-sama dengan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan bagi membentuk Malayan Union. Dua tahun kemudian, Malayan Union dibatalkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Akhirnya pada tahun 1963, Malaysia diasaskan dengan pergabungan bersama Sabah (Borneo Utara), Sarawak dan Singapura.

Pihak British bertanggunjawab dalam hal ehwal luar negeri dan keselamatan sementara negeri-negeri bertanggungjwab dalam polisi domestik. Walau bagaimanapun, pihak sultan pada realitinya hanya berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam. Pihak negeri terpaksa mengikut nasihat yang diberikan oleh Residen Jeneral.[1]

Ibu kota persekutuan ialah Kuala Lumpur yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Selangor. Residen Jeneral pertamanya ialah Frank Swettenham.[2]

Setem pos Sunting

Walaupun kempat-empat negeri mempunyai setem-setem mereka sendiri terdapat beberapa siri setem yang memaparkan persekutuan sebagai satu entiti.

Bendera Sunting

Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai benderanya yang tersendiri sehinggalah tahun 1946. Bendera itu mempunyai empat jalur yang terdiri daripada empat warna berbeza; mengikut turutan daripada atas ke bawah iaitu putih, merah, kuning, dan hitam. Gabungan mana-mana warna terbabit dapat membentuk warna untuk negeri-negeri terlibat; merah, hitam dan kuning untuk Negeri Sembilan; putih dan hitam untuk Pahang; hitam, putih dan kuning untuk Perak; dan merah dan kuning untuk Selangor.

Perundangan Sunting

Senarai Enakmen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Nama Enakmen Kod Catatan
Enakmen Mahkamah Bab 2
Kanun Prosedur Jenayah Bab 6 Dimansuhkan oleh Kanun Tatacara Jenayah
Kanun Prosedur Sivil Bab 7
Enakmen Probet dan Pentadbiran Bab 8 Dimansuhkan oleh Akta Probet dan Pentadbiran 1959
Enakmen Akujanji Bab 14
Enakmen Had Masa Bab 18
Executors (Powers) and Fatal Accidents Enactment Bab 19 Dimansuhkan oleh Akta Undang-Undang Sivil 1956
Enakmen Pencen Balu dan Anak Yatim 1915 Bab 26 Dipinda menjadi Akta Pencen Balu dan Anak Yatim 1915 (Akta 681)
Enakmen Askar Melayu Bab 42
Enakmen Manuver Tentera Bab 43
Kanun Keseksaan Bab 45 Dimansuhkan oleh Kanun Keseksaan (Akta 574)
Enakmen Kesalahan Kecil Bab 46
Enakmen Rumah Judi Am Bab 47
Enakmen Bahan-bahan Letupan Bab 49
Enakmen Bil Jualan Bab 57
Enakmen Pemegang Amanah Bab 61
Enakmen Surat Kuasa Wakil Bab 66 Dimansuhkan oleh Akta Surat Kuasa Wakil 1949
Enakmen Kesahtarafan Bab 69
Enakmen Fitnah Bab 70 Dimansuhkan oleh Akta Fitnah 1957
Enakmen Pembahagian Bab 71
Enakmen Pentaksir Negeri Melayu Bab 80
Enakmen Pemegang Pajak Gadai Bab 85
Enakmen Rumah Tumpangan Bab 87
Enakmen Biskop Roman Katolik Melaka Diperbadankan Bab 100
Enakmen Gereja Methodist Episcopal Diperbadankan Bab 103
Enakmen Dewan Perlombongan (Diperbadankan) Bab 104 Dimansuhkan oleh Akta Pemerbadanan Dewan Perlombongan Malaysia 1914
Enakmen Pertubuhan Peladang-peladang Melayu (Diperbadankan) Bab 105
Enakmen Sekatan Alien Bab 116
Enakmen Pinjaman Bab 128
Enakmen Keselamatan Pinjaman Kerajaan Bab 130
Enakmen Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun Bab 131
Enakmen Dadah dan Candu Bab 134 Dimansuhkan oleh Akta Dadah Berbahaya 1952
Enakmen Setem Bab 135
Enakmen Lembaga Bandaran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Bab 137
Kanun Tanah Bab 138
Enakmen Rizab Melayu Bab 142
Enakmen Kerja Penyaliran Bab 144
Enakmen Kawasan Pengairan Bab 145
Enakmen Air Bab 146
Enakmen Melombong Bab 147 Dimansuhkan oleh Enakmen Mineral di negeri-negeri
Enakmen Bijih Mineral Bab 148
Enakmen Pembeli-pembeli Emas Bab 149
Enakmen Perlindungan Hasil Ladang Bab 151
Enakmen Hutan Negeri-negeri Melayu Bersekutu Bab 153
Kanun Buruh Bab 154
Enakmen Pampasan Buruh Bab 155
Enakmen Pesakit Kusta Bab 180
Enakmen Dadah Berbahaya Bab 183 Dimansuhkan oleh Akta Dadah Berbahaya 1952
Enakmen Kuarantin Bab 185 Dimansuhkan oleh Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
Enakmen Pencegahan Penyakit Bab 186 Dimansuhkan oleh Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
Enakmen Tanam Cacar Bab 187 Dimansuhkan oleh Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
Enakmen Perkuburan Bab 189
Enakmen Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Bab 190 Dimansuhkan oleh Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957.
Enakmen Kekejaman terhadap Binatang (Pencegahan) Bab 192
Enakmen Kerbau Bab 194
Enakmen Senjata Bab 199
Enakmen Bahan-bahan Letupan Bab 200
Enakmen Bekalan Air Bab 203
Enakmen Pemegangan Adat Bab 215
Enakmen Pengangkutan melalui Udara 1935 En. 6/1935
Enakmen Hukuman (Penguatkuasaan Salingan) 1935 En. 19/1935
Enakmen Pinjaman Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1936 En. 12/1936
Enakmen Penyakit-penyakit Binatang 1936 En. 40/1936
Enakmen Panggung dan Tempat Hiburan Awam 1936 En. 47/1936
Enakmen Undang-Undang Sivil 1937 En. 3/1937 Dimansuhkan oleh Akta Undang-Undang Sivil 1956
Enakmen Nama Rasmi (Pengubahsuaian) 1937 En. 16/1937
Enakmen Kawalan Makanan 1939   En. 21/1939
Enakmen Pendaftaran Alien 1939 En. 22/1939
Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 En. 11/1940
Enakmen Angkatan Pelawat 1940 En. 19/1940
Enakmen Duti Ladang 1941 En. 7/1941 Dimansuhkan oleh Akta Kewangan 1992
Enakmen Melombong Bawah Tanah Berimilik 1941 En. 11/1941
Ordinan Pemindahan Kuasa-kuasa 1948 En. 1/1948
Ordinan Makhluk Perosak Pertanian dan Tumbuhan Berbahaya 1953 En. 59/1953
 
Replika bendera Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Lihat juga Sunting

Rujukan Sunting