Tunku Ampuan Najihah

Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan

Tunku Ampuan Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin (1 September 1923 – 8 September 2023) ialah Raja Permaisuri Agong ke-10 dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan. Baginda memperolehi pendidikan formal di Sekolah Tuanku Muhammad di Kuala Pilah. Kemudiannya, baginda mengikuti kursus bahasa dan program latihan khas untuk isteri diplomat semasa Seri Paduka Baginda Tuanku Ja'afar menjalani kursus khas Perkhidmatan Diplomatik di London.

Tunku Ampuan Najihah
تونكو امڤوان ناجيهه
Raja Permaisuri Agong
Tempoh26 April 1994 – 25 April 1999
Didahului olehTuanku Bainun
Diikuti olehTuanku Siti Aishah
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan
Tempoh18 April 1967 – 27 Disember 2008
Didahului olehTunku Ampuan Durah
Diikuti olehTuanku Aishah Rohani
Isteri Tunku Muda Serting
Tempoh1942 - 1967
Tunku Ampuan Negeri Sembilan
Tempoh28 Disember 2008 - 8 September 2023
Didahului olehTunku Ampuan Durah
Canselor Pertama
Universiti Sains Islam Malaysia
Tempoh2003 - 2 Disember 2011
Didahului olehDiri sendiri
Diikuti olehTuanku Aishah Rohani
KeputeraanTunku Najihah binti Tunku Burhanuddin
(1923-09-01)1 September 1923
Seri Menanti, Negeri Sembilan, Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Kemangkatan8 September 2023(2023-09-08) (umur 100)
Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia
Pemakaman8 September 2023
Makam Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
PasanganTuanku Ja’afar (k. 1942; m. 2008)
Anakanda
AyahandaTunku Besar Burhanuddin
BondaCik Haljiah Umar

Kehidupan peribadi sunting

Baginda ialah bekas pelajar di London School of Oriental Studies dan menjadi jawatankuasa "Associated Country of the World". Baginda juga menjadi Penaung berbagai-bagai pertubuhan wanita, antaranya Pertubuhan Pandu Puteri Negeri Sembilan, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam dan Institut Wanita. Sebagai seorang ahli sukan yang gigih, Seri Paduka Baginda Tuanku Najihah handal bermain hoki, bola keranjang dan badminton dan baginda juga handal bermain golf, tenis dan menembak. Baginda menjadi Presiden Pasukan Badminton Tuanku Ampuan dan Penaung Pasukan Hoki Wanita Malaysia, Pasukan Bola Sepak Wanita Malaysia, Pasukan Golf Wanita Malaysia dan juga Penaung Persatuan Golf Wanita Malaysia.

Derma kurnia Seri Paduka Baginda terhadap kebajikan rakyat miskin, orang kurang upaya dan yang kurang bernasib baik memang sudah terbukti. Baginda sentiasa bersedia meluangkan masa demi menyokong sebarang usaha yang murni. Sebagai Penaung Rumah Kanak-kanak Tunku Ampuan Najihah di Temiang, baginda sentiasa memberikan perhatian khas terhadap penghuninya yang kurang upaya dan kurang bernasib baik.

Melukis ialah salah satu kegemaran Seri Paduka Baginda. Kaum kerabat Diraja yang lain juga gemar melukis kerana seni ini merangsang kreativiti, menanam sifat kesabaran, ketenangan dan penghargaan terhadap sesuatu yang indah.

Kerabat sunting

Pasangan diraja ini dianugerahkan dengan tiga putera dan tiga puteri, iaitu Tunku Naquiah, Tunku Naquiyuddin, Tunku Imran, Tunku Jawahir, Tunku Irinah dan Tunku Nadzaruddin. Ketiga-tiga putera baginda merupakan tiga orang daripada Putera Yang Empat, kumpulan putera yang menjadi pewaris takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Canselor USIM sunting

Tunku Ampuan Najihah merupakan Canselor Pertama USIM.

Kemangkatan sunting

Tunku Ampuan Najihah telah mangkat pada jam 6.53 pagi, pada hari Jumaat bertarikh 8 September 2023 bersamaan dengan 22 Safar 1445H di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur.[1]

Jenazah baginda selamat dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah bersebelahan dengan makam suami baginda, almarhum Tuanku Ja’afar.[2]

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Darjah kebesaran negeri sunting

  •   Negeri Sembilan
    • Darjah Kerabat Negeri Sembilan (D.K.N.S.)
    • Darjah Seri Paduka Tuanku Ja'afar Yang Amat Terpuji (S.P.T.J.) - Dato' Seri (1990)
  •   Malaysia
    • Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.)
  •   Kedah
    • Darjah Kerabat Kedah (D.K.)
  •   Kelantan
    • Darjah Kebesaran Kerabat Kelantan Yang Amat Dihormati (Al-Yunusi) (D.K.)
    • Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) - Dato' (1992)

Darjah kebesaran negara luar sunting

  •   Sepanyol
    • Banda de Dama de La Orden del Merito Civil (24.3.1995)[3]

Eponim sunting

Beberapa tempat turut dinamakan sempena nama baginda, termasuklah:

  • Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan
  • SMK Tunku Ampuan Najihah, sebuah sekolah menengah di Seremban, Negeri Sembilan
  • Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah di Seremban, Negeri Sembilan
  • Taman Tuanku Ampuan Najihah, sebuah kawasan perumahan di Seremban, Negeri Sembilan

Rujukan sunting

  1. ^ BADRUL HAFIZAN MAT ISA (8 September 2023). Tunku Ampuan Najihah mangkat Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 September 2023.
  2. ^ NOR AINNA HAMZAH (8 September 2023). Jenazah Tunku Ampuan Najihah selamat dimakamkan Kosmo. Dicapai pada 8 September 2023.
  3. ^ Nama dari bahasa Sepanyol. Dalam bahasa Inggeris: Dame Grand Cross of the Order of Civil Merit. Rujuk: "Boletín Oficial del Estado" (PDF).