Putera Yang Empat ialah istilah khas bagi empat orang putera di Negeri Sembilan yang menjadi pewaris takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Keempat-empat putera ini akan menjadi calon Yang di-Pertuan Besar yang akan dipilih oleh Undang Yang Empat sebaik sahaja berlakunya kemangkatan Yang di-Pertuan Besar semasa[1]. Putera Yang Empat terdiri daripada mereka yang menyandang jawatan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Laksamana, Tunku Muda Serting dan Tunku Panglima Besar[2].

Putera Yang Empat
Negeri Sembilan
Penjawat kini
Butiran
Pembentukan1831

Peranan sunting

Tugas-tugas Putera Yang Empat termasuklah menyelia hal ehwal istana dan pegawai-pegawai istana dan sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Besar[2].

Di samping itu, Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa Tunku Besar Seri Menanti adalah anggota Dewan Keadilan dan Undang yang dianggotai Yang di-Pertuan Besar, Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin dan beberapa anggota lain[2].

Penyandang semasa sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Tunku Mukhriz Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11". mStar. 29 Disember 2008. Dicapai pada 7 Julai 2023.
  2. ^ a b c d "Tunku Ali Redhauddin dilantik Tunku Besar Seri Menanti". mStar. 22 Februari 2009. Dicapai pada 7 Julai 2023.