Tunku Naquiyuddin

Tunku Laksamana Negeri Sembilan

Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar ialah putera sulung Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan, yang juga bekas Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai pemangku raja Negeri Sembilan dari 1994-1999 apabila ayahandanya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.[1]

Tunku Naquiyuddin
Tunku Laksamana Negeri Sembilan
Tunku Laksamana
Tempoh1976 - kini
Didahului olehTunku Laksamana Nasir
Keputeraan (1947-03-08) 8 Mac 1947 (umur 77)
Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tanah Melayu
PasanganTunku Nurul Hayati binti Tunku Bahador
Anakanda
  • Tunku Mohamed Alauddin
  • Tunku Alia Nadira
  • Tunku Nadia Sahiya
  • Tunku Khairul Zaim
Nama diraja
Tunku Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar
DinastiPagaruyung
AyahandaTuanku Ja’afar
BondaTunku Ampuan Najihah

Kehidupan awal sunting

Tunku Naquiyuddin ialah seorang bekas diplomat dan ahli perniagaan yang aktif dengan minat yang merangkumi spektrum yang luas. Baginda diputerakan pada 8 Mac 1947, di bandar diraja Seri Menanti.

Tunku Naquiyuddin belajar di Sekolah Anderson, Ipoh; Sekolah Tuanku Besar, Tampin; Junio King's School, Sturry, Kent; King's School, Canterbury; dan belajar politik antarabangsa di Kolej Universiti Wales di Aberystwyth dan lulus dengan ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam Ekonomi dari kolej yang sama.

Beliau berkhidmat di Kementerian Luar dan telah dilantik sebagai Setiausaha Kedua di Kedutaan Malaysia di Paris. Tunku Naquiyuddin kemudiannya mengetuai Antah Holdings Berhad sebagai Pengerusinya, jawatan yang disandang sehingga 2007, yang telah dikosongkan selama tempoh 5 tahun sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pemangku Raja Negeri Sembilan dari 1994 hingga 1999.

Beliau merupakan Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).[2]

Keluarga sunting

Tunku Naquiyuddin berkahwin dengan Tunku Puan Muda Tunku Nurul Hayati binti Tunku Bahador. Mereka mempunyai dua anak lelaki dan dua anak perempuan:

  • Tunku Mohamed Alauddin (lahir 9 Februari 1978).
  • Tunku Alia Nadira (lahir pada 1980).
  • Tunku Nadia Sahiya (lahir pada 1982).
  • Tunku Khairul Zaim (lahir pada 1985).

Darjah Kebesaran sunting

Negeri Sembilan sunting

Terasul dan gelaran sunting

Gelaran hormat bagi
Tunku Naquiyuddin
 
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tunku


Gelaran penuh beliau ialah :

Yang Amat Mulia Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, D.K.N.S., D.K.Y.R., S.U.N.S.

Kepujian sunting

Beliau telah dianugerahkan: [3] [4]

Darjah kebesaran Malaysia sunting

Penghormatan asing sunting

Rujukan sunting

Laman Web "Syarikat Pesaka Antah Sdn Bhd", pembentangan Lembaga Pengarah dengan gambar Tunku Naquiyuddin 
  1. ^ Ahcg Diarkibkan 2012-11-25 di Wayback Machine
  2. ^ Abd. Halim Hadi (Ogos 21, 2020). "UKM lancar syiling sempena Jubli Emas". Malakat Tribune News. Dicapai pada 18 Disember 2021.
  3. ^ Malay Blog "theadmirehunkz"
  4. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".
  5. ^ Perlis awarded decorations Diarkibkan 2013-09-25 di Wayback Machine
  6. ^ Tunku Naquiyuddin, Executive Chairman of the Board of Directors of Antah HealthCare Group Diarkibkan 2012-11-25 di Wayback Machine
  7. ^ Aberystwyth University, Profile of Naquiyuddin Diarkibkan 2013-12-15 di Wayback Machine