Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (Jawi: توانكو جعفر ابن المرحوم توانكو عبدالرحمن‎; 19 Julai 1922 – 27 Disember 2008) merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-10. Baginda telah diputerakan pada 19 Julai 1922, Klang, Selangor dan dibesarkan di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Baginda merupakan putera kedua bagi Yang di-Pertuan Agong yang pertama.

Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
توانكو جعفر ابن المرحوم توانكو عبدالرحمن
HRH Tuanku Ja'afar Yang di-Pertuan Agong of Malaysia.jpg

Yang di-Pertuan Agong X
26 April 199425 April 1999
Pertabalan 22 September 1994
Negeri Negeri Sembilan
Pendahulu Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Pengganti Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Raja Permaisuri Agong Tunku Najihah
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad

Timbalan Yang di-Pertuan Agong IX
26 April 198925 April 1994
Negeri Negeri Sembilan
Pendahulu Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Pengganti Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Timbalan Yang di-Pertuan Agong VII
26 April 197925 April 1984
Negeri Negeri Sembilan
Pendahulu Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Pengganti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10
18 April 196727 Disember 2008
Pertabalan 8 April 1968
Pendahulu Tuanku Munawir
Pengganti Tuanku Muhriz

Tunku Ja’afar ibni Tunku Abdul Rahman
Keputeraan (1922-07-19)19 Julai 1922
Klang, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia)
Serangan Angin Ahmar
Kemangkatan 27 Disember 2008(2008-12-27) (umur 86)
Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, Negeri Sembilan
Pemakaman 29 Disember 2008
Makam Diraja Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan
Tempat persemayaman Istana Besar Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan
Ayahanda Tuanku Abdul Rahman
Bonda Che Engku Maimunah
Tunku Ampuan Tunku Najihah (k. 1942; b. 2008)
Putera-Puteri Tunku Naquiah
Tunku Naquiyuddin
Tunku Imran
Tunku Jawahir
Tunku Irinah
Tunku Nadzaruddin
Galeri Diraja Tuanku Ja'afar

Zaman Membesar dan Pendidikan Awal زمان ممبسر دان ڤنديديقن اولSunting

D.Y.M.M. Tuanku Ja’afar menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dari tahun 1928 hingga 1933. Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar atau The Malay College di Negeri Perak. Baginda menampilkan pelbagai kecemerlangan dalam bidang akademik, kepimpinan dan sukan sehingga dilantik sebagai Headboy dan Kapten bagi Sukan Bola Sepak, Hoki, Kriket, Tenis dan Skuasy.

Selepas menamatkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar, baginda melanjutkan pelajaran di Raffles College, Singapura. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu akibat tercetusnya Perang Dunia II dan terpaksa pulang ke Tanah Melayu. Ketika zaman pendudukan tentera Jepun, baginda berkhidmat dalam Perkhidmatan Pentadbiran Melayu sebagai Penolong Pegawai Cukai di Rembau, Negeri Sembilan.

Ijazah dan Perkhidmatan Dalam Kerajaan اجازه دان ڤرخدمتن دالم كراجأنSunting

Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University of Nottingham, United Kingdom untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang undang-undang. Selepas menerima ijazah pertama baginda memasuki Balliol College, di Universiti Oxford bagi Sarjana dalam bidang ekonomi. Baginda turut mengambil kursus Sains Politik dan Bahasa Perancis di London School of Economics and Political Science (LSE).

Baginda kemudiannya pulang ke Tanah Melayu pada tahun 1952 dan berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Melayu sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Penolong Pegawai Daerah di Parit, Perak dan kemudiannya sebagai Pegawai Daerah Tampin di Negeri Sembilan.

Kerjaya dalam Perkhidmatan Diplomatik di Luar Negara كرجاي دالم ڤرخدمتن ديڤلوماتيک دلوار نڬاراSunting

Kerjaya diplomatik baginda bermula pada 1957 apabila baginda mengambil kursus khas bagi perkhidmatan diplomatik di London selama setahun. Tugasan pertama baginda adalah sebagai Kuasa Usaha di Washington, D.C., Amerika Syarikat diikuti sebagai Setiausaha Pertama dengan Misi Kekal ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Konsul dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu di London.

Baginda kemudian dilantik sebagai Duta Malaysia ke Mesir dan kemudian sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Nigeria and Ghana. Baginda telah dilantik untuk berkhidmat sebagai Duta Malaysia ke Jepun tetapi dipanggil pulang oleh Kerajaan Negeri Sembilan berikutan kemangkatan kekanda baginda, K.D.Y.M.M. Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9 pada April 1967.

Pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 ڤلانتيكن سباڬاي يڠ دڤرتوان بسر نڬري سمبيلنSunting

Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengamalkan sistem pelantikan Raja secara demokrasi sejak turun-temurun. Bagi memilih pengganti K.D.Y.M.M Tuanku Munawir yang mangkat, pemimpin kawasan-kawasan utama di Negeri Sembilan yang digelar Undang Yang Empat mengadakan perbincangan untuk memilih Yang di-Pertuan Besar seterusnya dari kalangan Putera Yang Empat Negeri Sembilan iaitu:

  1. Tunku Besar Seri Menanti, Yang Amat Mulia Tunku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
  2. Tunku Laxamana, Yang Amat Mulia Tunku Nasir Alam ibni Almarhum Tuanku Muhammad
  3. Tunku Muda Serting, Yang Amat Mulia Tunku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
  4. Tunku Panglima Besar, Yang Amat Mulia Tunku Abdullah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Pada 18 April 1967, Undang Yang Empat telah bersepakat melantik dan menabalkan Tunku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10.

Perlantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-10 ڤلانتيكن سباڬاي يڠ دڤرتوان اڬوڠSunting

Baginda telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-10 pada 26 April 1994 dan menamatkan tempoh penuh jawatannya selama 5 tahun pada 25 April 1999. Antara sumbangan terbesar baginda semasa tempoh tersebut adalah sokongan kuat terhadap penganjuran Sukan Komanwel yang berlangsung dengan jayanya di Kuala Lumpur pada tahun 1998.[1]

Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia چنسلور اونيۏرسيتي كبڠسأن مليسياSunting

D.Y.M.M Tuanku Ja’afar dilantik menjadi Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 16 April 1976. Beliau telah dilantik dan memegang jawatan Canselor selama 32 tahun. Baginda sangat aktif dalam pelbagai program akademik dan sukan universiti serta bekerjasama dengan warga universiti dengan baik. Semasa kepimipinan baginda, telah diadakan sebuah memorandum antara Persatuan Kriket Melayu Malaysia antara Universiti Kebangsaan Malaysia bagi menaik taraf mutu sukan kriket UKM dan mengasah bakat-bakat muda yang berkebolehan.

Selain itu, pelbagai kemajuan telah dijalankan di Kampus UKM Bangi dan HUKM Cheras untuk menaiktaraf prasarana untuk kemudahan pelajar dan pengguna.

Sumbangan dan Pengiktirafan سومبڠن دان ڤڠيعترافنSunting

Selama 42 tahun memerintah Negeri Sembilan, pelbagai kemajuan dapat dinikmati rakyat terutamanya dengan wawasan dan kredibiliti baginda yang berpengalaman luas dalam pendidikan dan pentadbiran. Dalam menangani hal ehwal sosio-ekonomi negeri, baginda mengarahkan perhatiannya kepada sektor industri dan perumahan awam supaya dapat meningkatkan mutu hidup rakyat. Kesannya, beberapa kawasan perumahan telah dibangunkan antaranya ialah Taman Tuanku Ja’afar yang merangkumi kawasan perindustrian dan padang golf, Taman Tuanku Ampuan Najihah di Sungai Gadut dan projek perumahan Mambau.

Baginda dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-Undang oleh beberapa buah universiti seperti Universiti Filipina (27 Julai 1990), Universiti Nottingham (21 Julai 1995), Universiti Santiago, Chile (28 September 1995) dan Universiti Brunei Darussalam (11 September 1996).

Sebagai peminat golf, Tuanku Ja’afar merupakan pengikut setia sukan ini dan sering menyertai kejohanan golf dalam dan luar negara. Baginda turut menaik taraf padang golf dan kemudahannya terutama di Kelab Golf Antarabangsa Seremban. Tuanku Ja’afar turut menyertai Golf Pro-Amatur Terbuka Malaysia sejak kali pertama diadakan.

Anakanda انقنداSunting

D.Y.M.M Tuanku Ja’afar mengahwini Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin pada 8 Ogos 1942 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Pasangan diraja Negeri Sembilan ini dikurniakan tiga orang putera dan tiga orang puteri iaitu:

Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Tarikh Kemangkatan Tempat Kemangkatan Tarikh Berkahwin Pasangan Diraja Cucunda Cicinda
YAM Tunku Tan Sri Naquiah (1944-12-26) 26 Disember 1944 (umur 78) Seri Menanti, Negeri Sembilan 18 Julai 1969 YM Tunku Datuk Mudzaffar bin Tunku Mustapha YM Tunku Nadzimuddin Tiada
YM Tunku Datin Myra Madihah ?bin Dato’ Iskandar Ja’afar
?binti Dato’ Iskandar Ja’afar
YM Tunku Nasaifuddin Tiada
YM Tunku Nasruan Adil Tiada
YAM Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin (1947-03-08) 8 Mac 1947 (umur 76) Seri Menanti, Negeri Sembilan Tiada maklumat YAM Tunku Dato' Seri Nurul Hayati binti Tunku Dato' Bahador YM Tunku Muhammad Alauddin YM Tunku Alayna Putri
YM Tunku Alia Nadira Tiada
YM Tunku Nadia Sahiya Tiada
YM Tunku Khairul Zaim Tiada
YAM Tunku Tan Sri Imran (1948-03-21) 21 Mac 1948 (umur 75) Istana Hinggap, Seremban, Negeri Sembilan 18 Februari 1987 YM Che Engku Dato Seri Puan Seri Mahirah binti Abdullah YM Tunku Khairil Imran Tiada
YM Tunku Tarrant Tiada
YM Tunku Abdul Rahman Aminullah Tiada
YAM Tunku Puteri Puan Sri Dato' Seri Jawahir (1952-01-27) 27 Januari 1952 (umur 71) Nottingham, England 27 Ogos 1974 YAM Tan Sri Dato’ Sri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar YM Tengku Asra Jehan Raden Mas Hamza bin Raden Muhammad Iman
Tijan Jauharah binti Raden Muhammad Iman
YM Tengku Aslahuddin Ja’afar YM Tengku Muhammad Ayden Saladin
YM Tengku A'zran Abdul Jawaad Tiada
Marina Azlan (puteri angkat) Tiada
YAM Tunku Dato' Seri Irinah (1957-11-23) 23 November 1957 (umur 65) Bandar New York, Amerika Syarikat 16 April 1981 YAM Tengku Dato’ Seri Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj YM Tengku Alam Shah Amiruddin Tiada
YM Tengku Alana Iman Shahirah Tiada
YAM Tunku Dato’ Seri Nadzaruddin (1959-10-26) 26 Oktober 1959 (umur 63) Kuala Lumpur, Malaysia 6 November 1997 YAM Tunku Dato Seri Mimi Wahida binti Tunku Abdullah Wahman YM Tunku Muhammad Hazim Shah Raden Tiada
YM Tunku Muhammad Mish’al Raden Tiada
YM Tunku Ines Najiha Raden Tiada

Kemangkatan كمڠكتنSunting

D.Y.M.M Tuanku Ja'afar mangkat pada pukul 11:45 pagi hari Sabtu, 27 Disember 2008 di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban pada usia 86 tahun kerana serangan angin ahmar. Dilaporkan bahawa baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8:10 pagi. Pihak hospital tersebut telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr. Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr. K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku. Jenazah baginda telah dibawa ke Istana Besar Seri Menanti untuk majlis penghormatan terakhir dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada 29 Disember 2008.[1]

Tempoh Perkabungan berikutan kemangkatan baginda juga dilaksanakan selama 40 hari, bermula hari kemangkatan baginda.[1]

Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan. Semua majlis rasmi kerajaan dan aktiviti keraian juga ditangguhkan selama tujuh hari.[1]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang تراسول، ڬلرن، كورنياءن دان لامبڠSunting

Terasul dan gelaran تراسول دان ڬلرنSunting

Gelaran hormat bagi
Tuanku Ja'afar
Gaya panggilan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 19 Julai 1922 - 3 September 1933: Yang Amat Mulia Tunku Ja'afar ibni Tunku Besar Abdul Rahman
  • 3 September 1933 - 1946: Yang Amat Mulia Tunku Ja'afar ibni Tuanku Abdul Rahman
  • 1946 - 1957: Yang Amat Mulia Tunku Ja'afar ibni Tuanku Abdul Rahman, Pegawai Daerah
  • 1957 - 1958: Yang Amat Mulia Tunku Ja'afar ibni Tuanku Abdul Rahman, Tunku Muda Serting, Setiausaha Pertama Misi Persekutuan Tanah Melayu ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
  • 1958 - 1 April 1960: Yang Amat Mulia Tunku Ja'afar ibni Tuanku Abdul Rahman, Tunku Muda Serting, Setiausaha Pertama dan Kaunselor Pejabat Suruhanjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia), London
  • 1 April 1960 - 1963: Yang Amat Mulia Tunku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Tunku Muda Serting, Setiausaha Pertama dan Kaunselor Pejabat Suruhanjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia), London
  • 1963 - 1965 : Yang Amat Mulia Tunku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Tunku Muda Serting, Duta Malaysia ke Republik Arab Bersatu
  • 1965 - 14 April 1967: Yang Amat Mulia Tunku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Tunku Muda Serting, Pesuruhjaya Tinggi ke Ghana dan Nigeria
  • 14 April 1967 - 26 April 1994: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
  • 26 April 1994 - 25 April 1999: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Agong X
  • 26 April 1999 - 27 Disember 2008: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja'afar Al-Haj ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Kurniaan كورنياءنSunting

Kurniaan Negeri Sembilan كورنياءن نڬري سمبيلنSunting

Sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (8 April 1967 – 27 Disember 2008), baginda:[2]

Kurniaan Malaysia كورنياءن مليسياSunting

Kurniaan asing كورنياءن اسيڠSunting

 
Darjah Kerabat Mahkota Brunei. Dianugerahkan darjah kepada Tuanku Ja'afar pada tahun 1996. Galeri Diraja Tuanku Ja'afar, Seremban

Baginda menerima banyak anugerah asing ketika tahun khidmat diraja baginda. Antaranya:[2]

Senama سنامSunting

Baginda D.Y.M.M Tuanku Ja’afar merupakan seorang raja yang dikenali dan dihormati oleh rakyat jelata Negeri Sembilan dan di Malaysia seluruhnya. Antara berikut merupakan pengabdian nama baginda :-

Keturunan كتوروننSunting

Lihat juga ليهت جوݢSunting

Rujukan رجوكنSunting

Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Negeri Sembilan
Tarikh keputeraan: 19 Julai 1922 Tarikh kemangkatan: 27 Disember 2008
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
1967–2008
Diikuti oleh:
Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
Didahului oleh
Sultan Azlan Shah
Yang di-Pertuan Agong
1994-1999
Diikuti oleh:
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah