Darjah Utama Seri Mahkota Negara


Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) merupakan darjah yang kedua antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia dan tidak mempunyai darjah kecil.

Darjah-Darjah Kerabat Persekutuan
Dianugerahkan oleh

Yang di-Pertuan Agong
JenisDarjah Kebesaran Persekutuan
Dizahirkan16 Ogos 1958
NegaraMalaysia Sunting ini di Wikidata
RebenKuning dan di tengahnya terdapat jalur merah. Di kedua-dua belah tepinya terdapat jalur kecil putih di antara dua jalur kecil berwarna biru.
Cogan kataBerpegang Tegoh Pada Allah
KelayakanRaja Permaisuri Agong, Raja-Raja Melayu, anak-anak Raja negara luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.
StatusMasih dikurniakan
PenganugerahYang di-Pertuan Agong
GredDarjah Utama Seri Mahkota Negara
Singkatan darjahD.M.N.
Perangkaan
Pelantikan pertama1958
Pelantikan terakhir2023
Jumlah lantikan45 DMN
68 DMN (K)
Susunan keutamaan
Lebih tinggiDarjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia
Lebih rendahSeri Maharaja Mangku Negara

Reben darjah
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bilangan ahli D.M.N. terhad kepada 30 orang. D.M.N ini dikurniakan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang baru sahaja ditabalkan di negerinya. 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Asing, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.

Darjah Utama Seri Mahkota Negara ini mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana. Kalung Darjah mengandungi motif tengah yang berbentuk dua bilah keris bersarung yang bersilang serta menjulang. Bintang dan Bulan Sabit Bintang Darjah ini diperbuat daripada emas dan berbentuk bintang pecah sembilan. Lencana Darjah ini diperbuat daripada bintang pecah lima. Selepang Darjah diperbuat daripada kain sutera kuning dan di tengahnya terdapat jalur merah dan hujungnya berikat reben.

Di kedua-dua belah tepinya terdapat jalur kecil putih di antara dua jalur kecil berwarna biru. Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958.

Senarai penerima sunting

D.M.N. sunting

D.M.N. (K) sunting

Pautan luar sunting

  1. ^ "Royal Ark". www.royalark.net. Dicapai pada 10 June 2017.