Sultan Pahang

raja pemerintah Pahang

Kesultanan Negeri Pahang Darul Makmur adalah daripada keturunan Raja-Raja dan Bendahara Melaka yang merupakan keturunan daripada Sang Nila Utama dengan puteri Demang Lebar Daun dari Palembang iaitu Raden Ratna Cendera Puri.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang
سلطان ڤاهڠ
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Al-Sultan Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah
sejak 11 Januari 2019
dimasyhurkan 15 Januari 2019
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Pewaris takhtaTengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Raja pertamaSultan Muhammad Muayat Shah I Ibni Sultan Mansur Riayat Shah I.

Sultan Pahang Pertama (Dinasti Kesultanan Melaka).

Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah ibni Raja Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Ali.

Sultan Pahang Pertama (Dinasti Raja Bendahara Pahang) atau (Dinasti Kesultanan Pahang Moden).
Pembentukan1470; 553 tahun yang lalu (1470)
PersemayamanIstana Abu Bakar, Pekan
Laman sesawangwww.dirajapahang.my

Sejarah kesultanan Sunting

Pengasas Sunting

Kesultanan Negeri Pahang dikatakan telah wujud semenjak zaman Melaka apabila Sultan Muhammad Shah[1] iaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang berada dibawah pemerintahan Kerajaan Siam.

Perebutan kuasa Sunting

Pada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya dan berakhir dengan satu pembunuhan di mana Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah terbunuh. Bagi mengekalkan pemerintahan Negeri Pahang, Sultan Ahmad telah dilantik sebagai Sultan di Pahang.

Serangan Acheh Sunting

Pada tahun 1617, Acheh di bawah kepimpinan Sultan Iskandar Muda telah menyerang Pahang dan membawa Sultan Ahmad dan keluarganya ke Acheh.

Di bawah pemerintahan Johor Sunting

Seterusnya,pemerintahan Negeri Pahang telah diletakkan di bawah Kesultanan Johor yang berpusat di Johor. Di bawah kesultanan tersebut, pemerintahan Negeri Pahang diletakkan di bawah pemerintahan seorang Bendahara. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Marhum mangkat dijulang). Apabila Sultan Mahmud Shah II mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) pemerintahan telah berpindah kepada Bendahara pada masa itu iaitu Bendahara Paduka Raja, Tun Abdul Jalil anak Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang Saujana).

Tun Abdul Jalil (Marhum mangkat di Kuala Pahang) menaiki takhta kerajaan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil IV. Seorang putera Baginda bernama Tun Abbas dijadikan Bendahara yang memerintah di Pahang. Dari zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang daripada kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja,Wan Ahmad.

Pemerintahan sendiri Sunting

Dengan termetrinya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, telah mengakibatkan pemisahan pemerintahan diantara Riau dengan Johor dan Pahang. Setelah kuasa Raja di Riau dirampas oleh Belanda, maka pemerintah Pahang dan Johor telah mengisytiharkan pemerintahan sendiri dengan memakai gelaran Sultan. Kesultanan Pahang yang ada pada hari ini telah bermula apabila Bendahara Wan Ahmad mula memakai gelaran Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah pada tahun 1882 dan dari zuriat Baginda, kekalnya Raja Pemerintah Negeri Pahang hingga ke hari ini.

Senarai Sultan Pahang Sunting

Sultan Pahang Sunting

  1. 1470–1475:Sultan Muhammad Muayat Shah I[2][3]
  2. mac – ogos 1475:Sultan Abdul Jamal Shah I
  3. 1475–1497:Sultan Ahmadd Muayat Shah I
  4. 1497–1519:Sultan Mansur Muayat Shah I
  5. 1519–1530:Sultan Mahmud Shah Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah
  6. 1530–1542: Sultan Muzaffar Muayat Shah Ibni Almarhum Sultan Mahmud Muayat Shah
  7. 1540–1555: Sultan Zainal Abidin Shah Ibni Almarhum Sultan Mahmud Muayat Shah
  8. 1555–1560: Sultan Mansur Muayat Shah II Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
  9. 1560–1575: Sultan Abdul Jamal Shah II Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
  10. 1575–1590: Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
  11. 1590–1592: Sultan Ahmad Muayat Shah II
  12. 1592–1614:Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah
  13. 1614–1615:Sultan Alauddin Riayat Shah
  14. 1615–1617:Raja Bujang [4]
  15. 1641–1676:Raja Bajau (Putera Sultan Abdullah Ma’ayat Shah II @ Putera Raja Bongsu , Sultan Johor ke-6) [5]
  16. 1676–1688:Sultan Ibrahim Shah I (Sultan Johor ke-8) (Raja Ibrahim @ Putera Raja Bajau)

[5]

Raja Bendahara Sunting

  1. 1688–1697:Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid bin Tun Tun Sayyid Muhammad Ali Al-Aidrus
  2. 1697–1699:Tun Abdul Jalil bin Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid Al-Aidrus
  3. 1699–1708:Tun Mas Anom bin Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid Al-Aidrus
  4. 1708–1716:Tun Abdullah bin Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid Al-Aidrus
  5. 1718–1721:Tun Abdul Djamal bin Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid Al-Aidrus
  6. 1722–1724:Tun Abbas ibni Sultan Abdul Jalil IV
  7. 1724–1734:Tun Husain ibni Sultan Abdul Jalil IV
  8. 1734–1748:Tun Mutahir I ibni Sultan Abdul Jalil IV
  9. 1748–1777:Tun Hasan bin Tun Abbas
  10. 1777–1802:Tun Abdul Majid bin Tun Hasan
  11. 1802–1803:Tun Muhammad bin Tun Abdul Majid
  12. 1803–1806:Tun Koris bin Tun Abdul Majid
  13. 1806–1847:Tun Ali bin Tun Koris
  14. 1847–1863:Tun Mutahir bin Tun Ali
  15. 1863–1881:Tun Ahmad ibni Tun Ali (Permasyhuran ke-1 kemudian Baginda menggunakan gelaran Sultan)

Sultan Pahang Moden Sunting

  1. 16 Ogos 1881 – 13 April 1909:Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah (Permasyhuran ke-2)[6]
  2. 13 April 1909 – 11 Jun 1917:Sultan Mahmud Shah[6]
  3. 11 Jun 1917 – 22 Jun 1932:Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah[6]
  4. 22 Jun 1932 – 7 Mei 1974 : Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah[6]
  5. 7 Mei 1974 – 11 Januari 2019 : Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah[6]
  6. 11 Januari 2019 – kini : Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah[7]

Rujukan Sunting

  • Aruna Gopinath (1991). Pahang 1880-1933: A Political History. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.
  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.

Nota kaki Sunting

  1. ^ "Sejarah Kesultanan Pahang". Laman Komuniti Pekan. Laman Komuniti Pekan. 2010. Dicapai pada 7 Februari 2010.
  2. ^ Aruna Gopinath, 1991, m/s 12
  3. ^ "Sejarah Kesultanan Pahang". Marhum Bugis Syah. Tengkusyah. 2011. Dicapai pada 28 Julai 2012.
  4. ^ Aruna Gopinath, 1991, m/s 16
  5. ^ a b Aruna Gopinath, 1991, m/s 17
  6. ^ a b c d e "KDYMM Sultan Pahang". Laman Web Rasmi Pahang Darul Makmur. Kerajaan Negeri Pahang. 2009. Dicapai pada 6 Februari 2010.
  7. ^ Israr Khalid (12 Januari 2019). "Tengku Abdullah dimasyhur Sultan Pahang 15 Jan". Astro Awani. Dicapai pada 12 Januari 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar Sunting